KALI ni koi nak cerita sikit pasai Adnan Mansor. khabarnya akan diberi jawatan Menteri dalam kabinet Najib. Jawatan dia sekarang ni Setiausaha Agung UMNO. Pasangannya selain dari dua tiga ekor penyamum dalam WP, dia ada sorang lagi iaitu Hamzah Zainuddiny ang bertanding MT tanpa pengesahan dari Ketua Bahagian, Hamzah ni pula bercita-cita nak jadi Menteri WP dengan sokongan Adnan Mansor, diketahui ramai Adnan memang tidak sebulu dengan Zulhasnan.
Koi bukan nak cerita pasai Hamzah tapi Koi nak cerita pasai Adnan Mansor ni..rupanya ada sebab kenapa Adnan nak sangat jawatan dalam kabinet Najib kalau dia tak dikekalkan sebagai Setiausaha Agung UMNO. Rupanya Adnan ni banyak hutang dengan syarikat kewangan masa dia aktif jadi ahli korporat termasuklah buka kasino di Pahang.
Adnan juga bimbang kalau-kalau Najib tak kekalkan dia sebagai Setiausaha Agung UMNO ataupun kalau Najib tak lantik dia jadi Menteri di mana-mana kementerian yang patut untuk dia.Adnan takut dia akan jadi MP biasa di Putrajaya dan kalau itu nasibnya, dia takkan dapat lari dari diburu oleh syarikat-syarikat kewangan yang difahamkan Adnan berhutang beratus juta. Pendeknya Adnan boleh diistiharkan muflis dan kosonglah satu lagi kerusi untuk pilihanraya baru.
Bagi Adnan bila dia kekal sebagai Setiausaha Agung ataupun Menteri, dia boleh lari ataupun syarikat kewangan malu alah untuk ambik tindakan, maklumlah berjawatan Setiausaha Agung ataupun menteri, jaga air muka kerajaan.
Koi pun peliklah dengan Najib ni, tak cukup pegawai-pegawai yang keliling dia banyak masalah, ada pula Setiausaha Agungnya yang sedang bercita-cita untuk jadi Menteri ni menambahkan lagi masalah. Najib pikul banyak beban, tak cukup dengan SETPOLnya yang makan rasuah empat penjuru, ditambah lagi dengan beban yang sorang ni Adnan Mansor.
Patutlah dia lepaskan Pengerusi Perhubungan kepada Zulhasnan, takut dengan pihak bank rupanya. Koi tak tahulah Adnan ni tipu bank ataupun betul-betul pinjam duit naj berniaga tapi kalau jumlahnya ratusan juta, rasanya ada benda lain yang dia buat, kalah judi kot!
Najib keba bersihkan kabinetnya daripada dihuni oleh Adnan ataupun Hamzah. Mereka ini boleh bawa celaka kepada UMNO dan mungkin boleh bawak sial pada Najib. Koi tak nak kerana sial orang lain terpalit pada Najib.
Siasat dulu latar belakang penyamun-penyamun politik ni. Takut mereka jadi gunting dalam lipatan ataupun musang yang bulunya ayam.