Monday, July 20, 2009

RNC - 100 HARI YANG GAGAL DAN MENYELEWENG

KOI dah agak dari dulu yang Raja Nong Chik (RNC) akan gagal sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Orang yang taksub ataupun yang terima habuan daripada RNC selama 100 hari jadi Menteri tidak akan setuju dengan Koi. Biasalah tu bila mulut kena tutup dengan anugerah projek, maka yang sumbing pun akan dilhat mengancam dan seksi, yang busuk pun akan jadi wangi.

(Gambar : RNC dah mula amalkan rasuah dalam pentadbirannya.)

Bagi Koi Raja Nong Chik dah menyeleweng. Dah tak amanah. Amik kesempatan untuk mengkayakan kawan-kawan rapat. Bacul untuk masuk parlimen bagi jawab soalan lisan. Terbaru RNC anugerahkan projek kepada kawan-kawan dia di UMNO Bahagian Lembah Pantai yang mana dia jadi jadi Ketua Bahagian. Ehsan, Timbalan Ketua Bahagian dapat 2 projek, Ibrahim Setaiuasaha Bahagian dapat 1 projek, Ramlan Askolani( Pegawai Khas yang muflis) dapat dua projek, Ishak ( Pegawai Khas Menteri) dapat 1 projek dan Kamel juga dapat satu projek dan ini adalah semua projek DBKL.

Ini adalah rasuah dan penyelewengan awal RNC. Menggunakan kedudukan dan kuasa untuk batalkan keputusan Datuk Bandar. Inilah masalahnya bila pemimpin buta yang nak berlagak celik. Bodoh yang mengaku pandai dan SPRM kena siasat dan Koi percaya akan ada aduan akan dibuat kepada suruhanjaya ini.

Koi tak tahu kenapa RNC berani buat begini. Adakah kerana dia anak emas Rosmah Mansor ataupun budak tak cukup size yang dipuja Najib. Setakat ni dulu. Koi tengah tunggu maklumat baru.Wallahhualam

Wednesday, July 15, 2009

Koi sambut cabaran

Koi terima banyak caci maki bila Koi postingkan artikel sebelum ni. Koi seronok baca komen. Siap ada yang suruh Koi berhenti menulis kalau sekadar nak buat fitnah. Amboi! Kalau kena bab pemimpin UMNO atau kekawan, fitnah je. Razlan pula siap bagitahu baru 100 hari. Kalau nak balun tak perlu tunggu 100 hari, seminggu pun boleh balun Cuma mungkin malu mata atau buat-buat baik dulu. Kononnya nak kerja untuk rakyat. Baguih sangat tu..

Koi lagi kena maki lagi seronok. Baru rasa sempurna hidup Koi. Tak kena maki macam makan tak ada kari. Terima kasihlah diatas makian kekawan. Alhamdulillah. Koi tak bimbang sangat Cuma Koi bimbang takut mati nanti tak tahu nak jawab dengan Tuhan, bila Tuhan Tanya kenapa tak dedahkan penyelewengan, sedangkan kamu tahu.

Ko sambut cabaran dan kebetulan Koi terima senarai sapa-sapa yang dapat projek Bersih Sungai DBKL. Katanya projek nilai dekat dengan RM 5 Juta.Jadi nak bagitahulah Koi tulis bukan tembak jarang jer..dan Koi selidik sapa-sapa tuan syraikat ni

Koi bangga kalau syarikat ni orang Melayu tapi yang Koi diberitahu tukang bawak tender atau orang tengah aje Melayu, di belakang mereka orang lain. Jadi betullah Najib pinda kuota 30% bumiputera tu.

Koi juga ada maklumat sahih bahawa pencacai yang bawak kertas tender ni memang ada hubungan tertentu dengan orang-orang tertentu yang berkuasa meluluskan tender ini. Yang ni Koi simpan dulu. Cuma Koi takut projek tak siap. Sungai macam tu juga.

Nah ini dia senarai nama syarikat. Koi tahu Razlan yang hantar komen kat Koi Ketua Pemuda UMNO Seputeh. Pegilah siasat. Baru tahu sapa kroni sapa. Ataupun Razlan juga ada kepentingan dalam syarikat2 yang Koi senaraikan ni? Jangan marah, Koi cuma tanya. Koi nak bagi satu maklumat kepada Razlan, ada(5) syarikat yang dapat projek bersih sungai ini terdiri daripada orang (5) daripada Bahagian UMNO yang Ketuanya ada jawatan. Razlan carilah sapa.

IKHTISAM BINA SDN BHD
KUWENG CORPORATION SDN BHD
>MYZACO SDN BHD
EMF SYNERGY SDN BHD
GELIGA SEMARAK SDN BHD
UMMI TIMUR DEVELOPMENT SDN BHD
TOK UBAN MAJU TEGUH SDN BHD
PESAKA JAYA
LYNAN TRADING
MESTIKA TERBILANG
ABM TECH RESOURCES
ZIT CORPORATION
NAZIRA CONSTRUCTION
KELISA ASPIRATION
JUBLI INDAH JAYA
CHIEF ALLIANCE
NCE CONSTRUCTION
CEMPAKA JAYA.
ZUL CONSTRUCTION
PEMBANGUNAN MAT TAIB
SML BINA
UDC GLOBAL
ARASA CIPTA
PRO M BULIDING
CPS CEKAL
AKASEM CORPORATION
HL SUPPLY
PRPSPEC SANJJUNG
AMINAH MD SAID

Koi amik risiko dedahkan ini. Takpalah Koi tanggung. Cuma kalau betul syarikat ni ada pengalaman, pada Koi okey tapi kalau sekadar dapat tender kerana ada orang tengah atau kenal Menteri, Perdana Menteri ataupun Datuk Bandar, lu fikirlah sendiri..Wallah hu alam.

Sunday, July 12, 2009

Siapa yang balun projek DBKL

SEPERTI yang Koi janjikan, Koi nak nulis semula. Selama ni Koi tak kemana. Malam tadi Koi pegi majlis UMNO Cheras raikan Pak Lah. Betul jugaklah, dulu Syed Ali kondem Pak Lah bagai nak rak tapi malam tadi Syed Ali lambung dan pekena jugak Pak Lah dalam senyum. Nampak macam puji tapi sasaran ucapannya mungkin menguris hati Pak Lah. Takpalah itu gaya Syed Ali yang stylo.

Dalam Koi nak melepak kat majlis tu, Koi dengar macam-macam orang duk bercakap tentang UMNO WP dan paling tak sedap, dah ada suara balun Raja Nong Chik pasai projek DBKL. Yang merungut tu Koi rasa mesti kontraktor. Katanya dah beratus kali dia cuba cari jalan meniaga dengan DBKL tapi tak sekalipun dapat, alih-alih yang dapat kawan2 depa je..

Depa kata kat Koi, ingat bila Raja Nong Chiuk jadi Menteri WP, dapatlah dia konrak sikit-sikit, buleh buat bayar gaji pekerja, tanggung anak bini tapi Raja Nong Chik pun pilih bulu. Dia bagi kat kawan-kawan dia je..Dai tak sangka peranagi raja Nong Chik begitu, dahlah dapat jadi Menteri WP free, tak payah bertanding, hanya kerana ehsan Najib dan kebetulan kawan baik Najib, dapatlah dia jadi Menteri WP.

Depa kata lagi, sebelum berkuasa, janji nak bela rakyat, janji nak tolong orang Melayu tanpa kira fahaman politik dan macam-macamlah tapi alih-alih Raja Nong Chik kong kali kong jugak, 2x5 je. Depa kata lagi ada syarikat tu tipa-tiap kali ada tender baru, tak pernah tak dapat,,itu yang buat depa tu tak tahan sangat.

Koi nak jugak selidik sapa sebenarnya yang sedang kuat mentekedarah projek DBKL ni..betul ke kawan-kawan Raja Nong Chik? Layak ke mereka atau kerana ada tangan-tangan iblis di belakang mereka selain raja Nong Chik dan kalu betul le macam depa duk merungut kat majlis syed ali tu, nampak sangatlah Raja Nong Chik ni pun kaki rasuah jugak.

Tapi Koi pun setuju kerana bukan senang nak balun harta karun yang ada di DBKL tu..tapi nampak sangat, kurang 100 hari, dah ada episod balun membalun dalam WP. Koi pun nak balun jugak, tunggu nak menyiasat aje.Wallahhulam