Wednesday, July 15, 2009

Koi sambut cabaran

Koi terima banyak caci maki bila Koi postingkan artikel sebelum ni. Koi seronok baca komen. Siap ada yang suruh Koi berhenti menulis kalau sekadar nak buat fitnah. Amboi! Kalau kena bab pemimpin UMNO atau kekawan, fitnah je. Razlan pula siap bagitahu baru 100 hari. Kalau nak balun tak perlu tunggu 100 hari, seminggu pun boleh balun Cuma mungkin malu mata atau buat-buat baik dulu. Kononnya nak kerja untuk rakyat. Baguih sangat tu..

Koi lagi kena maki lagi seronok. Baru rasa sempurna hidup Koi. Tak kena maki macam makan tak ada kari. Terima kasihlah diatas makian kekawan. Alhamdulillah. Koi tak bimbang sangat Cuma Koi bimbang takut mati nanti tak tahu nak jawab dengan Tuhan, bila Tuhan Tanya kenapa tak dedahkan penyelewengan, sedangkan kamu tahu.

Ko sambut cabaran dan kebetulan Koi terima senarai sapa-sapa yang dapat projek Bersih Sungai DBKL. Katanya projek nilai dekat dengan RM 5 Juta.Jadi nak bagitahulah Koi tulis bukan tembak jarang jer..dan Koi selidik sapa-sapa tuan syraikat ni

Koi bangga kalau syarikat ni orang Melayu tapi yang Koi diberitahu tukang bawak tender atau orang tengah aje Melayu, di belakang mereka orang lain. Jadi betullah Najib pinda kuota 30% bumiputera tu.

Koi juga ada maklumat sahih bahawa pencacai yang bawak kertas tender ni memang ada hubungan tertentu dengan orang-orang tertentu yang berkuasa meluluskan tender ini. Yang ni Koi simpan dulu. Cuma Koi takut projek tak siap. Sungai macam tu juga.

Nah ini dia senarai nama syarikat. Koi tahu Razlan yang hantar komen kat Koi Ketua Pemuda UMNO Seputeh. Pegilah siasat. Baru tahu sapa kroni sapa. Ataupun Razlan juga ada kepentingan dalam syarikat2 yang Koi senaraikan ni? Jangan marah, Koi cuma tanya. Koi nak bagi satu maklumat kepada Razlan, ada(5) syarikat yang dapat projek bersih sungai ini terdiri daripada orang (5) daripada Bahagian UMNO yang Ketuanya ada jawatan. Razlan carilah sapa.

IKHTISAM BINA SDN BHD
KUWENG CORPORATION SDN BHD
>MYZACO SDN BHD
EMF SYNERGY SDN BHD
GELIGA SEMARAK SDN BHD
UMMI TIMUR DEVELOPMENT SDN BHD
TOK UBAN MAJU TEGUH SDN BHD
PESAKA JAYA
LYNAN TRADING
MESTIKA TERBILANG
ABM TECH RESOURCES
ZIT CORPORATION
NAZIRA CONSTRUCTION
KELISA ASPIRATION
JUBLI INDAH JAYA
CHIEF ALLIANCE
NCE CONSTRUCTION
CEMPAKA JAYA.
ZUL CONSTRUCTION
PEMBANGUNAN MAT TAIB
SML BINA
UDC GLOBAL
ARASA CIPTA
PRO M BULIDING
CPS CEKAL
AKASEM CORPORATION
HL SUPPLY
PRPSPEC SANJJUNG
AMINAH MD SAID

Koi amik risiko dedahkan ini. Takpalah Koi tanggung. Cuma kalau betul syarikat ni ada pengalaman, pada Koi okey tapi kalau sekadar dapat tender kerana ada orang tengah atau kenal Menteri, Perdana Menteri ataupun Datuk Bandar, lu fikirlah sendiri..Wallah hu alam.