SEPERTI yang Koi janjikan, Koi nak nulis semula. Selama ni Koi tak kemana. Malam tadi Koi pegi majlis UMNO Cheras raikan Pak Lah. Betul jugaklah, dulu Syed Ali kondem Pak Lah bagai nak rak tapi malam tadi Syed Ali lambung dan pekena jugak Pak Lah dalam senyum. Nampak macam puji tapi sasaran ucapannya mungkin menguris hati Pak Lah. Takpalah itu gaya Syed Ali yang stylo.
Dalam Koi nak melepak kat majlis tu, Koi dengar macam-macam orang duk bercakap tentang UMNO WP dan paling tak sedap, dah ada suara balun Raja Nong Chik pasai projek DBKL. Yang merungut tu Koi rasa mesti kontraktor. Katanya dah beratus kali dia cuba cari jalan meniaga dengan DBKL tapi tak sekalipun dapat, alih-alih yang dapat kawan2 depa je..
Depa kata kat Koi, ingat bila Raja Nong Chiuk jadi Menteri WP, dapatlah dia konrak sikit-sikit, buleh buat bayar gaji pekerja, tanggung anak bini tapi Raja Nong Chik pun pilih bulu. Dia bagi kat kawan-kawan dia je..Dai tak sangka peranagi raja Nong Chik begitu, dahlah dapat jadi Menteri WP free, tak payah bertanding, hanya kerana ehsan Najib dan kebetulan kawan baik Najib, dapatlah dia jadi Menteri WP.
Depa kata lagi, sebelum berkuasa, janji nak bela rakyat, janji nak tolong orang Melayu tanpa kira fahaman politik dan macam-macamlah tapi alih-alih Raja Nong Chik kong kali kong jugak, 2x5 je. Depa kata lagi ada syarikat tu tipa-tiap kali ada tender baru, tak pernah tak dapat,,itu yang buat depa tu tak tahan sangat.
Koi nak jugak selidik sapa sebenarnya yang sedang kuat mentekedarah projek DBKL ni..betul ke kawan-kawan Raja Nong Chik? Layak ke mereka atau kerana ada tangan-tangan iblis di belakang mereka selain raja Nong Chik dan kalu betul le macam depa duk merungut kat majlis syed ali tu, nampak sangatlah Raja Nong Chik ni pun kaki rasuah jugak.
Tapi Koi pun setuju kerana bukan senang nak balun harta karun yang ada di DBKL tu..tapi nampak sangat, kurang 100 hari, dah ada episod balun membalun dalam WP. Koi pun nak balun jugak, tunggu nak menyiasat aje.Wallahhulam