KOI duduk bersembang, pekena kopi O di sebuah warung kat Taman Maluri. Kawan Koi ni orang kuat UMNO Cheras. Jangan sekali-kali cuba nak perlekehkan Syed Ali, silap gaya boleh bertumbuk. Bagi dia Syed Ali dah jadi macam Raja dalam WP. Dia tak boleh terima kalu ada orang pefrkecikkan Syed Ali. Bagi dia bila Najib dah puji Syed Ali dalam majlis ulangtahun Cheras baru-baru ni, Syed Ali dah tak ada cacat celanya. Cakap Syed Ali dah macam firman tak boleh sapa-sapa bantah.
( Gambar : Syed Ali dengan Raja Nong Chik bergambar berlatarbelakangkan gerbang 15 tahun UMNO Cheras)
Koi tak amik kesah pun pasai kawan Koi ni. Koi kenai sangat. Dulu sama-sama satu pejabat dengan Koi. Pernah dia makan sepinggan ngan Koi. Jadi Koi tau sangatlah sebabnya bila dia mati-matian pertahankan Syed Ali, bos dia dan Ketua Bahagian Koi.
Cuma Koi cakap ngan dia, program 15 tahun tu bagus..bagus sangat. Najib dah pun lancar, dah lama dah..tapi Koi sebut kat kawan Koi tu..bila dah lancar mesti ada program. Takkan takat lancar aje, lepas tu diam..
Patutnya lepas Najib lancar seluruh cawangan di Cheras termasuklah cawangan Koi buat program meraikan sambutan tu. Macam kita sambut Merdeka, sepanjang bulan tu ada saja program berkaitan dengan Merdeka. Jadi kepimpinan Bahagian Cheras patutnya atur supaya semua cawangan-cawangan dalam Cheras anjur program untuk rapatkan UMNO dengan rakyat.
Buatlah apa program, sukan ke, pertandingan nyanyi ke, ratu cantik ke atau apa ajelah asalkan sesuai dengan sambutan 15 tahun tu. Isi program itu dengan benda-benda yang boleh UMNO Cheras itu dilihat berfungsi ke akar umbi dan bukan setakat di peringkat Bahagian saja.
Koi cakap kat kawan Koi, kita taknak orang kat a,buat program 15 tahun tapi syok sendiri..lepas tu panggil pemimpin negara, puji ketua kita. Tak cukup tu..rakyat ari ni dah tak nak dengar puji-pujian. Rakyat dah meluat. Koi tanya kawan Koi, cuba hang pi tanya kat Bahagian berapa ramai AJK Bahagian jadi pengundi dalam Parlimen Cheras. Tanya Syed Ali pilihanraya baru ni, dia mengundi kat mana?
Koi berhujah dengan kawan Koi ni bukan apa, Koi taknak orang kata Ketua Bahagian Koi syok sendiri. Buat program 15 tahun, makan belanja ratus ribu tapi sasaran akar umbi tak sampai. Yang untung hanya Ketua Bahagian tapi ahli dan rakyat lain macam mana?
Koi bukan bantah program tu..Koi pun bangga tapi Koi pikir apa ertinya program itu kalau rakyat marhaen tak dapat faedahnya? Pada Koi apa yang kita buat mesti sampai ke akar umbi. Bukan syok aje..Koi setuju sangat dengan sampukan orang kat meja sebelah Koi, kata dia cukuplah UMNO tu dengan pesta berfoya-foyanya. Tak perlu sangat buat majlis besar tapi rakyat tetap tolak kita. Buat kecik pun tak apa kerana baik 10 orang tu sokong kita daripada beribu yang tak sokong kita.
Koi kata lagi kat kawan Koi tu..nasib pemimpin UMNO ni macam selipar jepun je..pakai bila nak ke tandas je..dah habis lepas hajat, tukar pakai Bally, Alain Dellon dan jenama lain. Macam juga pasai Dato Seri Zulhasnan Rafiq, pemimpin kita takdak pun nak ucap terima kasih atas sumbangan ataupun kalau ada jasa yang dia buat pada WP. Kita dapat Muhyiddin Yassin dah macam Muhydidin tu Nabi, kita agung-agungkan. Apa salahnya sebagai orang Melayu, kita berlapik mulut ucap terima kasih kepada barisan kepimpinan UMNO WP sebelum ini...
Pada Koi walau zaman Zulhasnan ada sejarahnya tapi kita tak boleh salahkan dia semata-mata. Kita juga turut bertanggungjawab apabila 10 kerusi Parlimen dalam WP pembangkang menang. Apa yang kita sumbangkan? Kita duk sibuk dengan dengki khianat kita dan Koi tanya kawan Koi tu, adakah barisan yang ada ni elok sangat, kalau tengok pada mood rakyat hari ni...2 x5 je..
Kawan Koi lopong. Nampak ngetap bibir. Dia kata nak telefon Syed Ali. Nak bagi tahu Koi kondem dia. Koi jawan simple, Koi tak kondem kalau benda tu betul tapi Koi tak setuju kalau kita lebihkan diri dulu daripada rakyat terbanyak..Wallah hu alam.