Friday, December 26, 2008

Batu - tujuannya memalukan UMNO

KOI tengok UMNO Wilayah Persekutuan dah dijadikan semakin gila oleh UMNO Malaysia, tunggang langgang, kacau bilau dan alat untuk menjadikan UMNO WP bertambah gila ialah mesyuarat semula UMNO bahagian Batu, membabitkan pemilihan Ketua aje. SoalAbas Batu hanyalah alternatif sahaja tetapi yang sebenarnya adalah untuk menterjemahkan kebencian Adnan Mansor terhadap Pengerusi Perhubungan, Zulhasnan Rafique.

Abas, tokey ikan pasar borong yang menyewakannya kepada peraih Cina adalah orang kuat Shafie Abdullah dan Adnan Mansor pula menggunakan Abas dan Shafie untuk menghuru harakan UMNO WP. Benci, geram Adnan Mansor pada Zulhasnan, semua orang WP tahu. Dan beliau menggunakan kedudukannya sebagai setiausaha Agung UMNO untuk memberi malu kepada badan Perhubungan UMNO WP.

Walaupun UMNO WP telah membuat keputusan bahawa pemilihan UMNO bahagian batu tidak ada cacat celanya tetapi Adnan Mansor, Shafie mencari helah untuik membatalkan keputusan yang telah dibuat oleh UMNO WP itu. Bagi Adnan Manosr, tujuannya tidak lain hanyalah mahu memalukan Zulhasnan sebagai Pengerusi Perhubungan. Begitu tebal dendam bekas tauke karpet ni pada Zulhasnan.

Kalau UMNO Malaysia sendiri sudah hilang hormat kepada badan-badan UMNO negeri, maka rakyat ataupun ahli UMNO lain akan semakin meluatlah dengan UMNO. Lagi meluat apabila nama-nama seperti Adnan Mansor, Hussainy, Shafie, Mustaffa dan beberapa orang lagi menjadi ketua.

Koi dengar macam-macam cerita. Cerita macam kaduk naik junjung. Koi percaya akan berlaku sesuatu yang buruk di Wangsa maju sekiranya Shafie meneruskan usahanya untuk mengambil alih Bazar Larut Malam di danau Kota. yang tak sedap dengarnya, Shafie mengeluarkan arahannya, sebarang kegiatan di Wangsa maju perlu mendapat kelulusannya walaupun daripada pihak DBKL ataupun kementerian Wilayah persekutuan. maknanya Shafie telah menobatkannya sebagai Raja Baru dalam Wangsa Maju yang bari sahaja dinobatkan sebagai Ketua Bahagian. Yalah bosnya bakal jadi Perdana Menteri, bertambah berlagaklah mamat yang tak sedar diri ni.

Balik pada cerita Batu, Adnan Mansor sebenarnya sedang menghakiskan sokongan ahli UMNO kepada UMNO WP ataupun lebih tepat lagi, dia mahu seruh Ketua bahagia yang dilihat menyokong Zulhsanan kalah dalam pemilihan Ketua Bahagian dan Dato Yusuf Hamid akhirnya dinafikan kemenangan oleh Pengurusan UMNO dan perlu mesyuarat semula. Mereka ini percaya Yusuf Hamid akan kalah dan akan dipastikan kalah oleh kumpulan yang bakal menjahanamkan UMNO ini terutama sekali di WP.

Agenda Adnan dan kumpulannya ini harus disekat. Dia sedang mematahkan ikatakn ukhwah UMNO di WP hanya kerana bencinya dia pada Badan Perhubungan UMNO WP yang dia juga salah seorang ahlinya. Dulu dia kata walaupun pernah jadi imam, dia bersedia untuk jadi maamun yang baik kepada imam yang baru dilantik. Tapi cakap orang politik, lidah macam lidah biawak, bercabang-cabang.

Lidah Adnan Mansor sama macam lidah Shafie. Masa susah cakap lain, bila dah senang langsung lupa diri. Kalau Zulhasnan tak jadi MP Wangsa Maju, Shafie tak merasa hidup mewah. Koi dah cerita sebelum ni dan kalau nak tahu lebih lanjut tanyalah Zulhasnan, wajah apa sebenarnya Shafiee ni..Lagi lama Najib simpan Shafie, lagi banyak yang buruk akan keluar tapi elpk juga Najib pun bukanlah elok sangat.

Wednesday, December 17, 2008

Mahfuz dedah rasuah Wangsa Maju

KOI tidak terkejut apabila MP Pokok Sena, YB Mahfuz Omar mendakwa di Parlimen bahawa BPR tidak mengambil tindakan atas laporan rasuah yang membabitkan penyalahgunaan wang Ketua UMNO bahagian Wangsa Maju, Shafie Abdullah. Sebabnya mudah, Shafie adalah Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Najib Razak, kedua BPR sebenarnya lebih kurang macam burung kakak tua, bercakap aje tetapi satu apa pun mereka tak faham, ketiga, pegawai penyiasat BPR juga berkemungkinan ada kepentingan, maklumlah semua orang nak kaya.

Koi tahu semua orang UMNO tahu terutama sekali di Wangsa Maju, macam mana Shafie menggunakan wang untuk menang jawatan Ketua Bahagian sehingga Pemangku Ketua Bahagian terpaksa mengalah sebelum bertanding. Dah ada pun yang kata Shafie sebenarnya pengkhianat bukan sahaja kepada UMNO wangsa Maju tetapi ingin pengkhianat kepada UMNO WP.

Ada orang bagi tahu Koi, Shafie menggerak kumpulannya supaya cabar semua Ketua Bahagian termasuklah Abas di Batu, Hadi di Segambut, Mustaffa di Seputeh, yang menang cuma Mustaffa, itupun menang dengan cara yang tidak bermaruah.

Shafie cuba meruntuhkan seluruh institusi UMNo di WP tetapi sayangnya segala hajat Shafie tidak tercapai kerana orang Segambut dan Batu tahu, Shafie hanya ingin menjadikan kedudukannya sebagai jambatan mengukuhkan kedudukan beliau sebagai orang poltik bertiketkan jawatan Setpol.

Bayangkanlah bila Mahfuz mendedahkan salah laku rasuah, NBazri minta bukti pulak. Bukti memang dah ada dengan BPR, saksi pun dipanggil, bukti apa lagi. Najib nak jadi apa ni? Sanggup ke Najib bersekongkol dengan Setpolnya yang kini dah ada jawatan baru, jadi peon kepada Ahli Parlimen Cina dari Sarawak tu? Entah apa yang Shafie janji hinggakan Ahli Parlimen Cina ni bagi duit untuk Shafie beli pencalonan daripada Ketua-Ketua Cawangan dalam Wangsa Maju.

Kita tak nak Shafie jadi duri dalam daging kepada Najib dan UMNO. Kita mahu Najib bersihkan segala unsur rasuah dalam kabinetnya, SPRM pun dah lulus, takkan nak buat SPRM itu untuk orang biasa sahaja.

Macam mana rakyat nak percaya Najib benar-benar nak hapuskan rasuah sedangkan dalam selimut Najib sendiri penuh dengan rasuah. Ambil kira pandangan luar, jangan syok sendiri aje. Koi percaya jika Najib terus diamkan diri, Shafie akan jadi liabliti. Bermaharajalelalah dia. Manusia jenis Shafie ni dia sanggup buat apa sahaja, sanggup pijak kawan, sanggup tipu kawan asalakan matlamat dia sampai dan Wangsa maju terbukti rakusnya Shafie..Jadi beringatlah Najib, cukuplah kotor lalu, jangan kotor Shafie pulak menimpa...maknanya Najib tak habis-habis simpan barangan kotor...





Tuesday, December 9, 2008

BPR rasuah dalam rasuah

ORANG di luar dah mula bercakap, tubuhlah apa suruhanjaya sekalipun apatah lagi kalau melibatkan BPR, sama aje, tak kemana kalau sikap pegawai BPR sendiri memilih untuk diambik tindakan. Biar berbuih mulut Ketua Pengarahnya, siap dengan bukti, tangkap bukan sahaja ikan bilis tetapi jerung pun masuk perangkap mereka. Itu retorik tu..

Ada orang bagitahu Koi, orang Wangsa Maju dah tak percaya dengan BPR. Katanya BPR dah makin mengarut, pegawai BPR pun makan rasuah jugak. Adake patut bila melibatkan kes Shafie Abdullah, SETPOL Najib, pegawai BPR kata tak ada bukti nak dakwa. Tak ke gilanya alasan ni..

Yang Koi tahu, pengadunya seorang Ketua Cawangan siap serahkan duit sebanyak RM1,000, telefon, alat rakam suara dan bawak lagi empat saksi, mengesahkan bahawa Shafie cuba merasuah mereka untuk mendapatkan pencalonan sebagai ketua Bahagian dan secara tidak langs
ung, boleh jadikan Pemangku Ketua Bahagian ketika itu tidak cukup pencalonan.

Tapi BPR tetap kata tak ada bukti, tak boleh dakwa, tak boleh ambik tindakan pada Shafie. Macam tak percaya aje BPR boleh bagi alasan macam tu dan kerana alasan BPR itu, hari ini dan tersebar pula macam-macam SMS, ada yang kata pegawai tersebut telah dirasuah untuk tidak ambik tindakan pada Shafie,

Dakwa orang tu pulak, seorang Ahli Parlimen berbangsa Cina yang menyuap pegawai BPR ni. Tentu tidak sedikit kerana YB ni jugaklah yang menabur duit kepada Shafie hingga dia boleh menang dengan percuma jawatan Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju.

Kalau betullah tuduhan seperti yang sedang berlegar di luar hari ini, Koi kesal sangatlah. Tak guna tubuh Suruhanjaya kalau perangai sebahagian anggota BPR ataupun pegawai penyiasat macam hantu raya tak cukup telur. Kita tak perlu bercakap tentang nak membersihkan minda, tak perlu bercakap tentang nak meningkatkan intergriti BPR. kes Shafie ni cukup mudah, BPR nampak dah semakin hilang maruah dan jati diri.

Kita kesian kat Najib. Kita nak kepimpinan baru Najib nanti terhindar segalanya tentang rasuah. Terpecat semua pegawai beliau yang dikenalpasti amik rasuah. Banyak kes melibatkan Shafie ini termasuklah konsensi balak di Pahang yang melibatkan Shafie dan Persatuan Anak-Anak Pahang. Orang Pahang tahu cerita ni..

Kes yang dia rasuah hampir 30 buah komputer riba, kononnya hadiah dari Najib kepada ketua-Ketua Cawangan dalam Wangsa Maju pun BPR pejam sebelah mata. Ada satu ahli yang buat laporan termasuklah kepada Lembaga Disiplin UMNO, pun diam. Jadi kalau kita nak harap rasuh ni bersih dengan adanya suruhanjaya, maka kita tetap bermimpi di siang hari.

Shafie ni dah jadi cacing yang sedang menjolok mata. Kalau Shafie orang biasa kita tak heran tetapi dia ni Setiuasaha Politik Najib di Kementerian Kewangan. Kalau tak dibendung ataupun tak diambik tindakan, boleh hancur negara. Kalau poerangai begini masa Najib jadi TPM, bayangkanlah kalau Najib jadi PM, tidakkah dia boleh jadi seperi beraja dimata bersultan dihati.

Tapi yang Koi pelik, hairan bin ajaib, kenapa Najib diam menikus aje. Buat pekak badak aje. Macam tak ada apa-apa, macam Najib restu Shafie buat apa pun termasulah jadi barua kepada Datuk Tiong. Kalau Shafie jadi barua takkan Najib pun nak jadi barua macam Shafie tu.

Tapi Koi percaya, kedua makhluk ini, Najib dan Shafie ada rahsia yang mereka sahaja tahu.Kalau betullah, selamat bersemadi UMNO dan Najiblah akan dikenang sebagai pemusnah kepada sebuah negara bangsa.

Monday, December 1, 2008

Najib dan BPR- macam lampam bawah jamban

ADA orang bagitau Koi, lidah penguatkuasa undang-undang termasuklah Pengarah Siasatan BPR, Dato Shukri dah jadi macam lidah Najib. Berbelit-belit bila cakap soal rasuah terutama sekali pasal politik wang dalam UMNO. Shukri yang nampak dulunya begitu tegas, berani dan tak takut pada sesiapa dalam menegak undang-undang tapi hari ini dah terikut budaya bohong pemimpin UMNO terutama sekali Pak Lah dan Najib.

Koi tak tahu daripada mana siasatan bermula apabila mereka ini mendakwa kebanyakkan laporan yang dibuat adalah palsu dan berniat untuk mengaibkan calon-calon. Kita terimalah..sebab hanya mereka yang tahu walaupun kita tidak diberitahu sepenuhnya.

Tetapi dalam bab WP, banyak laporan politik wang dibuat, ada laporan tentang pemilihan UMNO Seputeh, calon bertanding Ketua Bahagian bagi sendiri wang kepada perwakilan untuk mengundi, tapi tak dak tindakan.

Sebab mudah, Ketua Bahagian yang menang adalah orang kuat Tengku Nan, Setiausaha Agung UMNO. Jadi Najib butakan mata, BPR pula buat-buat tak nampak. Tengku Nan pula simpan surat-surat aduan dalam poket sendiri.

Macam di Wangsa Maju. Sebab Ketua Bahagian baru adalah orang kanan Najib, dia ni kebal dari undang-undang. Sampai hari ini tak dak tindakan. Kalau BPR atau Najib kata aduan pasal poltik wang berkenaan dengan pegawainya itu satu tujuan untuk naya, rasanya BPR dan Najib dah buat silap besar.

Ada orang bagi Koi, siap dengan bukti. Setpol Najib ni namanya Shafie, Dato Shafie, takdak gelaran doktor pun. Berjela laporan polis dan BPR dibuat. Satu aduan kepada BPR oleh seorang Ketua Cawangan, Shafie melalui ejennya yang bernama Ramli Manan cuba merasuah seorang Ketua Cawangan sebanyak RM1,000 untuk beli pencalonan. Ketua Cawangan ni buat laporan BPR, Siap dengan bukti- wang RM1,000, pita rakaman dan saksi-sakisinya. BPR pun dah amik kenyataan, rampas wang RM1,000 dan pita rakaman- panggil saksi tapi semuanya macam makan angin aje.

Sampai hari ni satu tindakan pun tak ada. Yang untungnya Ramli Manan, dilantik Setiusaha UMNO Bahagian Wangsa Maju. Jadi Dato Shukri pun lidahnya pun sama kotor dengan lidah Najib. Jadi alat jugaklah..

Ada lagi, Shafie katanya bagi 29 buah komputer riba kepada semua ketua-ketua cawangan, sumber tu kata ini adalah hadiah daripada Dato Najib. Ini pun ada laporan yang dibuat kepada BPR. Tapi macam biasa sebab Shafie Setpol Najib, dia kebal dari undang-undang. Ada imuniti.

Jadi macam mana rakyat terutama sekali orang Wangsa Maju nak percaya kepada keberkesanan BPR. Tubuhlah Suruhanjaya pun selagi BPR juga bersikap macam kapitalis, rasuah akan tetap jadi barah dalam masyarakat kita.

Kita bukan nak cabar BPR tetapi kalau Najib ni umpama seekor ikan, kalau kepalanya busuknya, badan dan ekor akan tetap busuk juga, tak boleh makan. Banyak juga orang bagitau Koi, yang Najib pertahankan sangat Setpol dia ni pasai apa, ada rahsia ke? Koi tak nak dedahkan betapa buruknya Shafie ni, banyak lagi, Koi kenal lama tetapi kalau Najib nak selamat, ini bukan ugut, dia kena buat sesuatu untuk halang Setpol dia ni yang sedang galak menyalahgunakan kuasa, sedang galak jaja nama Najib. Bayangkanlah kalau Najib jadi PM, Shafiee Setpol, alamat jahanamlah negara.

Belakang Shafie pulak ada Dato Seri Tiong, ada John Tee, pemilik syarikat pembekal Evergreen yang Shafiee bantu sepenuhnya untuk pembekalan peralatan ke seluruh kem-kem PLKN di seluruh negara. Takkan bantu percuma. Tiong tak boleh makan Sahlan, tak boleh makan Fatmi, jadi dia nampak Shafie ni rangup, apa lagi dia ratah cukup mudah.

Koi juga nak pesan pada Shafie, janganlah ganas sangat. Ingat Tuhan, ingat masa susah. Ingat kawan-kawan. Kuasa yang ada tak lama. Cina tak boleh bacakan Fatihah untuk kita tapi tak tahulah kalau Shafie nak tempah jirat Cina untuk kuburkan bila dia mati nanti.

Hari ni banyak dah orang bercakap, Shafie, Ku Nan, Syed Ali dan Mustafa Seputeh sedang merancang untuk buat rampasan kuasa di WP, nak singkirkan serta malukan Zulhasnan, Redzuan hamid, Yusuf Hamid, Suhaili, Suleiman Mohamad. Sebab apa, kononnya kerana Najib suruh. Melampau sangat tu. Agak-agaklah, UMNO dah dekat nak mati, yang dok gila kuasa sangat ni, pasai apa.

Jadi pada BPR, jangan retorik. Najib pulak janganlah terlalu dungu. UMNO pun terutama sekali Lembaga Disiplin taksoh lah jadi alat untuk kepentingan sesiapa. Bersihkan UMNO ni..