Monday, April 27, 2009

Hanya 2 orang sign memo singkir Zulhasnan dan Kamaruddin Ambok

LEPAS cuti Koi ada mood nak nulis.Koi nak tunai janji. Koi dah dapat memorundum. Tajuk memorundum yang dihantar pada Najib cukup mudah, Menyingkirkan Pengerusi Perhubungan Wilayah Persekutuan Dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Wilayah Persekutuan. Nyata memo ini berjaya apabila Zulhasnan dan Kamaruddin Ambok tak dapat pegang balik jawatan tu.

Itu pada Koi oklah tapi yang sign memo ni hanya dua orang Ketua Bahagian iaitu Syed Ali, Ketua UMNO Cheras dan Yahya Mat Ghani, Ketua UMNO Batu. Yang Koi dapat tahu, memo menyingkirkan serta memadamkan karier politik bekas Pengerusi dan Timbalan Pengerusi ni berjalan cukup rapi dan sistematik.

Kabornya kumpulan yang nak singkir atau pancung karier politik kedua bekas yang Koi sebut tadi bermula dalam kapalterbang daripada Kuala Lumpur ke Kuala terengganu, dalam kapal tu ada Shafie, Yahya, Syed Ali dan Mustafa Seputeh. Kabornya mereka ni rancang cari jalan bagia mana nak reka memo tu.

Lepas balik dari Terengganu, mereka bincang di hotel Crown Princess, Kuala Lumpur. Yang hadir ialah Shafie, Yahya, Syed Ali, Raja Nong Chik, Ikhsan. Kata putus mereka buat, mereka senaraikan nama-nama yang patut ganti Zulhasnan iaitu Syed Ali, Tengku Adnan, Shafie dan Raja Nong Chik.Peliknya yang lain tak sign.

Selepas tu, kumpulan ni ada ruang main golf di Kelab Golf Sungai Long, program ni dianjur oleh UMNO Wangsa Maju, Najib dan Muhyidin join sekali, tikanilah kumpulan ni desak Najib supaya gantikan Zulhasnan dan Kamaruddin Ambok. Ini ceita yang boleh buat memo tu bergerak dan yang Koi terfikir, adakah Naib juga terlibat, macam Koi tulis sebelum ni..yang ada dalam kumpulan budak-budak nakal dalam WP ni termasuklah Setiausaha Politik dia iaitu Shafie Abdullah, Ketua UMNO Wangsa Maju. Mustahil Najib tak tahu atau sengaja buat tak tahu supaya dia ada alasan untuk singkirkan Zulhasnan dari kabinetnya dan ganti dengan kawannya, Raja Nong Chik.

Koi ada cerita lagi lepas ni..Koi nak dedahkan semua yang terlibat dan sebelum tu, Koi terkejut jugaklah, dalam politik ni cukup dengan dua orang tak suka, kita boleh buang orang tu.Tunggu,,Koi nak sambung lagi lepas ni..Wallahhualam..

Monday, April 20, 2009

Suhaili tak sempat bela diri..Ku Nan dah pecat

PENERBANGAN Koi agak lewat, tidak seperti djadualkan.Koi ingat nak tukar iklim, kebetulan ada sikit duit lebih, Koi dah lama pasang niat nak ke Brunei. Alhamdulillah..tercapai jugak hajat Koi..Dalam duk tunggu flight, Koi dapat satu call yang nak cerita pasai Suhaili.

Koi ingat dah habis cerita pasai Suhaili ni..tapi bagi Koi cerita dari pemanggil ni agak interesting dan Koi amik note book Koi..Koi nak catat sebelum Koi terbang ke Brunei Darussalam...

Koi setuju sangat macam kata si pemanggil tu..UMNO macam tak bagi dia peluang bersihkan diri..Suhaili baru kena dakwa tapi UMNO terus pecat dia...UMNO layan Suhaili tak adil..macam Suhaili tu penyokong PAS ataupun KeADILan..patutnya Suhaili kena dibagi peluang seperti orang lain...sekurang-kurangnya gantung dulu jawatan Suhaili seperti UMNO gantung jawatan beberapa Ketua Bahagian sebelum ni yang terlibat dengan kes jenayah..Koi ingat satu kes di Kelantan..Ketua bahagiannya kena kes jenayah tapi UMNO gantung jawatan .dia..tak dipecatnya pun...

Orang yang call Koi cerita lagi...dia nampak Ku Nan macam benci sangat kat Suhaili..tak sempat tunggu mesyuarat MT..Ku Nan amik keputusan sendiri, pecat Suhaili. Kata yang call Koi lagi..Ku Nan marah sangat kat Suhaili kerana jadi tukang kempen masa pemilihan MT dulu untuk si Zulhasnan. Itu yang Ku Nan tak leh terima..jadi bila ada peluang, Suhaili kena dakwa, Ku Nan tanpa tunggu arahan MT, pecat Suhaili..besarnya dosa Suhaili...!

Yalah Koi nampak pun macam ada double standard dalam kes Suhaili ni..tak patut UMNO buat macam tu..belum tahu Suhaili salah atau tidak. Suhaili patut diberi peluang bela diri dan UMNO kena sokong dia selagi dia belum salah. UMNO tak boleh hukum Suhaili sebelum mahkamah buat keputusan..Ku Nan tak leh jadi hakim..jadi bila Ku Nan buat macam ni..dah tentu orang akan kata Ku Nan berat sebelah dan UMNO tak adil pada pemimpinnya..kalau dah pada pemimpin dah tak adil apatah lagi pada rakyat.

Koi pun nak tanya Ku Nan, betul ke ada arahan supaya jangan dimenangkan sorang pun wakil WP dalam MT baru-baru ni? Kalau betul sapa yang arah tu..? Betul ke Hishamuddin menang baru-baru ni untuk VP? Ada wakil calon bercakap..ada silap mata masa kira undi..Ku Nan tahu ni sebab dia ada dalam dewan tu..sebab banyak yang Ku Nan taulah...dia kabornya kan terus kekal jadi SUA UMNO. Entahlah..Wallahhualam.

Sunday, April 19, 2009

SPRM - SILA AWASI ORANG-ORANG INI
















KOI tau SPRM efisen. Tapi Koi nak amik kesempatan, peringatkan SPRM supaya awasi orang-orang yang Koi maksudkan ini. Mereka ni kabornya ligat di Wilayah Persekutuan selepas saja Raja Nong Chik jadi Menteri Wilayah Persekutuan.

Ada yang dah kumpul beratus kertas-kertas tender projek. Kabor yang sampai ke telinga Koi, salah seorang pimpinan UMNO Bahagian Batu, kabor yang sampai ke telinga Koi, dia ni dah lantik diri sendiri jadi agen. Mengaku orang kuat Raja Nong Chik. Pemimpin ni bukan Yahya.

Dulu Koi dengar dema ni tak sempat nak `samun masa Zulhasnan. Kata mereka zaman Zulhasnan banyak pantang larang. Dema kata kat Koi, Zulhasnan susah mereka nak kelebet. Nak tanah susah, nak projek susah, pendeknya semua susahlah kerana dema ni tak nak ikut peraturan. Ada yang minta tanah, dapat tanah jual kat bangsa lain.

Koi tak nak cakap banyak cuma Koi nak bagi klu kat SPRM.Awasilah orang-orang ni supaya mereka tak buat Kementerian Wilayah ataupun DBKL tu macam harta mak bapak mereka. Wallahhualam.

Friday, April 17, 2009

Apa kaitan Panel Code dengan SPRM ?

BANYAK benda yang Koi nak tanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia..Koi ngaku, Koi tidak arif sangat pasai undang-undang tapi sikit-sikit Koi tahulah..beli buku..baca sikit sebanyak tentang undang-undang yang ada kait mengait terutamanya macam kes Suhaili Abdul Rahman.

Koi pening..macammana SPRM boleh amik kerja polis, yang patut dakwa Suhaili, PDRM bukannya SPRM. Kes Suhaili ni di bawah Panel Code.Apa kena mengena dengan SPRM? Dah tak ada keja lain ke ?

Kes tipu dan kes beri keterangan palsu takdak kena mengena dengan SPRM. Tapi SPRM nampaknya dah amik kerja polis. Lagi pening Koi, sapa pulak yang buat report, ada ke report daripada bank, kerana yang Koi tahu bank ni dia tak kira sapa yang nak pinjam, ada lebih dari sepuluh IC ke selagi orang yang pinjam tu bayar. Lailnah kalau orang yang pinjam tu tak bayar..ada lah kes dari bank. Koi nak tanya ada ke pihak bank yang buat repot..adakah bank mudarat dengan pinjaman yang Suhaili buat tu?

Takkanlah SPRM amik tindakan kerana ada report dari orang awam yang tak ada kepentingan. Dan kalau ada sapa orang awam tu, apa mudarat orang awam tu dengan Suhailli tu. Lagi pun kes ni 13 tahun. Yang Koi tahu Yusuf Mahal tu yang ada kes dengan SPRM. Dah dibuka failpun tapi tak amik tindakan . Macammana Yusuf Mahal yang jadi Timbalan Pengerusi Labuan boleh dapat dua projek daripada Perbadanan Labuan, itu masa jadi Timbalan Pengerusi, macammana agaknya dia samun projek Perbadanan Labuan kalaulah dia dipilih jadi Pengerusi pulak. Itu jelas ada kes tapi apa yang SPRM buat?

Dan projek yang Yusuf Mahal dapat tu pun sampai hari ni terbengkalai. Koi sebut ni bukan apa takut ada orang persoalkan intergeriti SPRM tu..kerja polis biarlah polis yang buat, yang SPRM menyibuk ni buat apa. Yang duk sibuk tangkap orang UMNO sana-sini tapi kes MB Selangor macam dah tutup fail..

Koi rasa ada benda yang tak kena dalam kes Suhaili ni..kes ni muncul dalam masa dia tengah tunggu surat nak sambung jadi Pengerusi Perbadanan Labuan dan tak sedap lagi Koi dengar, ada sorang Ketua Bahagian daripada Kuala Lumpur gunakan proksi orang Sabah berketurunan Cina untuk dapat projek daripada Perbadanan Labuan. Diaorang susah hati sebab katanya susah dapat kerjasama dari Suhaili.

Jadi dah ramai orang syak, yang buat kerja ni Yusuf Mahal dan dibantu pulak oleh orang-orang yang ada kepentingan. Tak mustahil Yusuf Mahal akan jadi Pengerusi Labuan sebab dia MP Labuan tapi macam Koi kata tadi, kalau jadi Timbalan pun dia boleh dapat dua projek, bayangkanlah kalau dia jadi Pengerusi.

Bagi Koi, kes ni sebenarnya ada orang nak nayakan Suhaili. SPRM pulak beli keja polis. Jadi Koi nak cadang kepada PDRM, serahlah semua kepada SPRM kerana nampaknya kumpulan ni begitu efisen menyiasat dan amik tindakan.SPRM, Koi harap sangat, janganlah jadi macam kadok naik junjung..Wallahhualam.

Tuesday, April 14, 2009

Selepas 13 tahun..Siapa kenakan Suhaili ..!

KOI nampak ada orang yang akan untung bila Suhaili Abdul Rahman kena dakwa di mahkamah Kota Kinablau semalam.Yang di Labuan untung dan ada jugak di Kuala Lumpur ni yang untung. Untungnya, Suhaili kemungkinan besar tidak disambung sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan.

Bila tak disambung, mungkin Yusuf Mahal boleh senyum bangga. Sebelum ni dia kalah bertanding Ketua Bahagian dengan Suhaili, nampaknya dialah calon yang sedang siap sedia pasang badan untuk jadi Pengerusi, maklumlah dia ni MP Labuan. Tapi kabornya dia pernah minta banyak projek denga Perbadanan ni...dan ada orang bagitahu Koi, yang rancang nak kenakan Suhaili ni dialah..pakat pula dengan seorang Ketua Bahagian dari Kuala Lumpur..yang turut katanya nak menyamun di Labuan..

Tapi pasai Suhaili lambat lulus ataupun tak pandang pihak yang ada kepentingan peribadi, maka kenalah buat laporan supaya Suhaili kena tangkap..jadi lepas ni..mudahlah orang yang ada kepentingan tu masuk jarum di Labuan...berebut harta dunia tunggulah natijahNYA.


Yalah..bila Koi baca laporan akhbar, kes ni 13 tahun lalu..yang SPRM beriya-iya mesti ada sebab, mesti ada yang desak oleh pihak yang ada kepentingan. Kena pula sama dengan tarikh Suhaili akan disambung jadi Pengerusi Perbadanan tu..

Koi kesian dengan Suhaili ni..dahlah bini mati, gugur pula jadi calon MP Labuan dan hari ni kena pulak dakwa di mahkamah dan Koi [percayalah, SPRM ni hanya ditubuh untuk dakwa orang UMNO aje...yang rasuah, yang jahat cuma UMNO..PAS, KeADILan baik-baik belaka. Tak pun KOI dengar ada pemimpin pembangkang nak didakwa...dulu dengar Khalid Ibrahim tapi takdak apa pun...agak-agak kes Fairus ni ada ke...?

Koi nak minta Suhaili sabar dan Koi yakin Suhaili akan dedahkan di mahkamah nanti..mengapa jadi begitu...keluarkan semua dokumen...kalau betul Yusuf Mahal terlibat..dedahkan...dan kalau pegawai kepada orang utama yang jadi pernacang kes ni..dedahkan juga..orang WP dah tahu buruknya cuma boss dia je yang tak tahu lagi atau buat-buat tak tahu...KOi tahu sikit-sikit je ...Wallah hu alam.

Saturday, April 11, 2009

Siapa dibelakang Zulhasnan

KOI terkejut bila terima satu sms sesat yang masuk ke telefon Koi. Sms tu dakwa yang Zulhasnan terpelanting sebagai Menteri Wilayah kerana dirancang oleh satu komplot, oleh orang Wilayah Persekutuan.

Katanya komplot tersebut telah rangka satu memorondum untuk singkirkan Zulhasnan bukan saja sebagai Menteri Wilayah malah akan dipadam terususebagai Ahli Parlimen. Memorundum tersebut katanya disign oleh lima orang dan nama-nama yang disebut ialah Syed Ali, Yahya Mat Ghani dari Batu, Ikhsan-Timbalan Ketua UMNO Lembah Pantai, Shafie Abdullah- Ketua UMNO Wangsa Maju dan sorang lagi katanya daripada Bukit Bintang.

Kumpulan ini bergerak sudah lama. Bincang di Kuala Terengganu, disalah sebuah hotel dalam Kuala Lumpur. Katanya Raja Nong Chik ada sekali berbincang macam mana nak kenakan si Zulhasnan ni. Koi tengah tunggu maklumat penuh daripada seorang kawan Koi dan Koi janji, Koi akan dedahkan betapa buruknya perangai orang UMNO dalam WP ni.

Koi mula terfikir, kalau Shafie antara yang terlibat, takkan Najib tak tahu kerana yang Koi tahu, Shafiee ni juga Setiausaha Politik dia ataupun adakah ada kemungkinan Najib turut restu kerja-kerja gila yang dibuat oleh kumpulan ini termasuklah Shafie kerana nak lantik Raja Nong Chik.

Koi tak kisah sapa pun jadi Menteri Wilayah asalkan orang Melayu tapi kalau pemimpin Melayu kena khianat oleh orang Melayu ataupun orang UMNO sendiri nampaknya UMNO WP ni tunggu masa nak matilah.

Koi tengah tunggu katanya ada orang nak bagi kat kawan Koi memorundum tu. Koi nak tengok, katanya ada orang yang arahkan memorundum tu dibuat dan Koi menung jugak, takkanlah kerana lima orang sign, boleh lucutkan gitu je..lantaklah tapi kalau ada konspirasi, Koi kena dedahkan. Cari sapa dalangnya.

Kalau Koi dah dapat semuanya dan benarlah ada komplot nak jatuhkan sesama sendiri. Koi akan dedahkan.Doakan KoiWallah hualam.

Friday, April 10, 2009

Raja Nong Chik tidaklah bersih sangat..

KOI nak tergelak bila Koi jenguk laman web Syed Ali. Rupanya Syed Ali ni kaki ampu, kaki bodek. Bila Koi baca dia ucap tahniah pada Raja Nong Chik, baru Koi nampak wajah sebenar dia, siapa dia. Cara dia ucap tahniah macam Raja Nong Chik tu dah bagus sangat, macam Raja Nong Chik ada bawa tongkat hikmat ataupun tikar terbang yang boleh selesai semua masalah dalam Kuala Lumpur ni.

Tapi yang Koi nampak, Syed Ali macam dah ada jalan untuk dia menggunakan Raja Nong Chik bagi samun apa yang patut dalam Kuala Lumpur ni..,cara bodek Syed Ali ni macam Raja Nong Chik seolah-olah pemimpin yang cukup sempurna sedangkan kita takut, Raja Nong Chik juga ada masalahnya sendiri.

Koi amik jalan tengah bila Raja Nong Chik disahkan sebagai Menteri Wilayah. Koi diberitahu Raja Nong Chik ni pun bukan bersih sangat, sama aje dengan Sye Ali, Abas, Shafie dan Adnan Mansor, cuma Raja Nong Chik agak diam sikit, tak ada terpekik, terjerit terlolong macam Syed Ali.

Dari segi politik Lembah Pantai, dah ada yang bercerita siapa sebenar Raja Nong Chik. Ada yang bagitahu Koi, kalau nak tahu pasai Raja Nong Chik, tanyalah bekas Pemangku Ketua Bahagian Yusri, macam mana Raja Nong Chik tabur duit masa nak lawan Yusri utnuk menang Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai. Maknanya Raja Nong Chik ni bukanlah bersih sangat..itu baru satu perkara dan banyak lagi maklumat-maklumat menarik yang Koi diberitahu pasai Raja Nong Chik ni...akan Koi dedahkan one by one satu hari nanti.

Koi tahu Syed Ali kecewa tapi dia tutup rasa kecewanya bila Adnan Mansor tak jadi Menteri Wilayah, jadi mahu tak mahu dia kena sokong Raja Nong Chik bagi sambung nyawa dia dalam politik Wilayah..sebab tulah khabarnya dia beriya-iya hantar memorundum kepada Najib tak nak Zulhasnan jadi Menteri Wilayah Persekutuan, dia berpakat dengan beberapa orang, katanya yang turut serta serah memorundum tu, Ikhsan Timbalan Ketua UMNO Lembah Pantai, Mustaffa Ketua UMNO Seputeh, Shafie Ketua UMNO Lembah Pantai.

Walaupun Ikhsan babitkan diri, kita percaya ni bukan arahan dari Raja Nong Chik yang memang katanya cukup tergila-gilakan kerusi menteri kerana dia memang ahli politik yang lahir dari hingus dan kahak Najib. Oarang tidak terkejut kerana hubungan Raja Nong Chik dengan Najib ibarat macam seluar dalam yang selalu dipakai.

Jadi pada sesapalah dalam WP, jangan anggap Raja Nong Chik ni bersih sangat. Sharizat mungkin tak boleh lupa macam mana kumpulan Raja Nong Chik sabotaj dia dalam pilihanraya lalu hingga dia kalah ditangan budak hingusan Nurul Izzah dan Yusri cukup tahu bila dia kalah kerana penggunaan wang yang berleluasa oleh Raja Non g Chik kerana nak menang Ketua Bahagian.

Dan semua orang tahu darimana Raja Nong Chik dapat wang yang banyak untuk bukan kilang transformer. Semuanya bakal menyusul. Wallah hualam.

Thursday, April 9, 2009

Najib tak sihat kalau lantik Adnan jadi Menteri..

TERKINI : TERKEJUT beruk Koi bila ada orang sms Koi kononnya Raja Nong Chik, Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai akan dilantik untuk menjadi Menteri Wilayah Persekutuan. Khabarnya Raja Nong Chik dah dilantik sebagai Senator.
Kalau benarlah, kabinet Najib kali ini bukan kabinet perubahan tetapi lebih mementingkan rakan dan taulan, Najib juga rupanya lebih kurang Pak Lah, pentingkan kroni.
Koi tak tahu apa
kelebihan yang Raja Nong Chik ada. Kalau setakat di Jabatan Perdana Menteri tak pa jugak tapi untuk jaga WP, perlu ada pengalaman dan ini yang Raja Nong Chik tak ada. Malah dia pernah kena gantung kerana politik wang. Tahniahlah Najib kalau benar Raja Nong Chik tersenarai sebagai Menteri dalam kabinet ni..

KOI
macam tak percaya bila ada kekawan bagitahu, Najib akan lantik Adnan Mansor untuk memegang jawatan kabinet hari in. Kalau benarlah cakap-cakap ni, Koi berani kata Najib dah tak berapa sihat, perubahan yang Najib cakap dah jadi macam cakap tak serupa bikin.

Lantik Adnan Mansor jadi Setiausaha Agung pun dah satu silap besar yang UMNO buat dan kalau lantik juga untuk pegang jawatan Menteri dalam kabinet Najib yang kononnya kabinet perubahan, satu lagi dosa besar yang akan Najib lakukan kerana pada Koi lantik orang yang telah berdosa samalah orang yang lantiknya itu membuat dosa.

Maaflah kerana sekali lagi Koi nak kata yang Najib ni akan semakin bertambah sakit, sakit mata memandang Adnan terus kekal sebagaio MP Putrajaya, sakit lagi UMNO dan BN kalau lantik pula Adnan seperti khabar angin yang sedang bertiup hari ini.

Adnan ni memang banyak masalah, sejak dia jadi MP Putrajaya, jadi Menteri yang jaga Kementerian Wilayah Persekutuan, lepas tu jadi pulak Setiausaha Agung, macam-macam penyakit yang dia ada. Dalam pilihanraya kecik BN tak pernah menang kerana Adnan ni jenis manusia yang bodoh, tunjuk pandai, tak dengar cakap orang.

Masa jaga Kementerian WP dulu pun, dia berlagak macam Raja dalam Wilayah dan Koi diberitahu dialah Ketua yang hebat merancang nak guling serta malukan Zulhasnan, dibelakang dia pulak ada Syed Ali, Shafie Abdullah dan Abas Batu.

Adnan ni memang banyak masalah baik masa jadi orang korporat ataupun jadi orang politik. Masa jadi orang korporat, dia berhutang dengan bank berjuta-juta, sampai hari ni tak bayar, tunggu masa aje bank nak mufliskan dia. Bank tak buat sekarang kerana nak jaga maruah UMNO tapi UMNO pulak terus simpan orang tak ada maruah macam Adnan Mansor ni. Banyaklah benda yang tak betul pasal Adnan ni..dia sayangkan sangat Syed Ali kerana isteri mereka sama-sama orang Indon..sebab itu mereka boleh jadi pasangan pengkhianat yang baik, sehati dan sejiwa..macam lagu Nurul dan Ajai.

Kalau Najib nak terus sihat dan tidak berdosa, Najib kena jauhkan diri dari manusia bernama Adnan Mansor ni..Adnan ni lick dan cukup merbahaya..tengok macam mana dia bersekongkol dengan Hamzah Zainuddin yang juga bercita untuk jadi Menteri, kalau kedua mereka ini ada dalam kabinet Najib, Najbi tunggulah hukumannya nanti...tak pasal-pasal Najib akan ditimpa musibah..

Hamzah rakan baru Adnan tak pernah menyokong Najib sebelum ni..dia ni lahir dari kocek Anwar, Anwar meliwat, dia mengaku pulak orang Pak Lah, bila Pak Lah kantoi, dia mendakwa dialah penyokong kuat Najib..poorahhhh...

Hari ni Koi nak tengok Najib ni sihat ke tak sihat..wallahhualam

Monday, April 6, 2009

Adnan Mansor bakal muflis ?

KALI ni koi nak cerita sikit pasai Adnan Mansor. khabarnya akan diberi jawatan Menteri dalam kabinet Najib. Jawatan dia sekarang ni Setiausaha Agung UMNO. Pasangannya selain dari dua tiga ekor penyamum dalam WP, dia ada sorang lagi iaitu Hamzah Zainuddiny ang bertanding MT tanpa pengesahan dari Ketua Bahagian, Hamzah ni pula bercita-cita nak jadi Menteri WP dengan sokongan Adnan Mansor, diketahui ramai Adnan memang tidak sebulu dengan Zulhasnan.

Koi bukan nak cerita pasai Hamzah tapi Koi nak cerita pasai Adnan Mansor ni..rupanya ada sebab kenapa Adnan nak sangat jawatan dalam kabinet Najib kalau dia tak dikekalkan sebagai Setiausaha Agung UMNO. Rupanya Adnan ni banyak hutang dengan syarikat kewangan masa dia aktif jadi ahli korporat termasuklah buka kasino di Pahang.

Adnan juga bimbang kalau-kalau Najib tak kekalkan dia sebagai Setiausaha Agung UMNO ataupun kalau Najib tak lantik dia jadi Menteri di mana-mana kementerian yang patut untuk dia.Adnan takut dia akan jadi MP biasa di Putrajaya dan kalau itu nasibnya, dia takkan dapat lari dari diburu oleh syarikat-syarikat kewangan yang difahamkan Adnan berhutang beratus juta. Pendeknya Adnan boleh diistiharkan muflis dan kosonglah satu lagi kerusi untuk pilihanraya baru.

Bagi Adnan bila dia kekal sebagai Setiausaha Agung ataupun Menteri, dia boleh lari ataupun syarikat kewangan malu alah untuk ambik tindakan, maklumlah berjawatan Setiausaha Agung ataupun menteri, jaga air muka kerajaan.

Koi pun peliklah dengan Najib ni, tak cukup pegawai-pegawai yang keliling dia banyak masalah, ada pula Setiausaha Agungnya yang sedang bercita-cita untuk jadi Menteri ni menambahkan lagi masalah. Najib pikul banyak beban, tak cukup dengan SETPOLnya yang makan rasuah empat penjuru, ditambah lagi dengan beban yang sorang ni Adnan Mansor.

Patutlah dia lepaskan Pengerusi Perhubungan kepada Zulhasnan, takut dengan pihak bank rupanya. Koi tak tahulah Adnan ni tipu bank ataupun betul-betul pinjam duit naj berniaga tapi kalau jumlahnya ratusan juta, rasanya ada benda lain yang dia buat, kalah judi kot!

Najib keba bersihkan kabinetnya daripada dihuni oleh Adnan ataupun Hamzah. Mereka ini boleh bawa celaka kepada UMNO dan mungkin boleh bawak sial pada Najib. Koi tak nak kerana sial orang lain terpalit pada Najib.

Siasat dulu latar belakang penyamun-penyamun politik ni. Takut mereka jadi gunting dalam lipatan ataupun musang yang bulunya ayam.