Saturday, April 11, 2009

Siapa dibelakang Zulhasnan

KOI terkejut bila terima satu sms sesat yang masuk ke telefon Koi. Sms tu dakwa yang Zulhasnan terpelanting sebagai Menteri Wilayah kerana dirancang oleh satu komplot, oleh orang Wilayah Persekutuan.

Katanya komplot tersebut telah rangka satu memorondum untuk singkirkan Zulhasnan bukan saja sebagai Menteri Wilayah malah akan dipadam terususebagai Ahli Parlimen. Memorundum tersebut katanya disign oleh lima orang dan nama-nama yang disebut ialah Syed Ali, Yahya Mat Ghani dari Batu, Ikhsan-Timbalan Ketua UMNO Lembah Pantai, Shafie Abdullah- Ketua UMNO Wangsa Maju dan sorang lagi katanya daripada Bukit Bintang.

Kumpulan ini bergerak sudah lama. Bincang di Kuala Terengganu, disalah sebuah hotel dalam Kuala Lumpur. Katanya Raja Nong Chik ada sekali berbincang macam mana nak kenakan si Zulhasnan ni. Koi tengah tunggu maklumat penuh daripada seorang kawan Koi dan Koi janji, Koi akan dedahkan betapa buruknya perangai orang UMNO dalam WP ni.

Koi mula terfikir, kalau Shafie antara yang terlibat, takkan Najib tak tahu kerana yang Koi tahu, Shafiee ni juga Setiausaha Politik dia ataupun adakah ada kemungkinan Najib turut restu kerja-kerja gila yang dibuat oleh kumpulan ini termasuklah Shafie kerana nak lantik Raja Nong Chik.

Koi tak kisah sapa pun jadi Menteri Wilayah asalkan orang Melayu tapi kalau pemimpin Melayu kena khianat oleh orang Melayu ataupun orang UMNO sendiri nampaknya UMNO WP ni tunggu masa nak matilah.

Koi tengah tunggu katanya ada orang nak bagi kat kawan Koi memorundum tu. Koi nak tengok, katanya ada orang yang arahkan memorundum tu dibuat dan Koi menung jugak, takkanlah kerana lima orang sign, boleh lucutkan gitu je..lantaklah tapi kalau ada konspirasi, Koi kena dedahkan. Cari sapa dalangnya.

Kalau Koi dah dapat semuanya dan benarlah ada komplot nak jatuhkan sesama sendiri. Koi akan dedahkan.Doakan KoiWallah hualam.