Thursday, April 9, 2009

Najib tak sihat kalau lantik Adnan jadi Menteri..

TERKINI : TERKEJUT beruk Koi bila ada orang sms Koi kononnya Raja Nong Chik, Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai akan dilantik untuk menjadi Menteri Wilayah Persekutuan. Khabarnya Raja Nong Chik dah dilantik sebagai Senator.
Kalau benarlah, kabinet Najib kali ini bukan kabinet perubahan tetapi lebih mementingkan rakan dan taulan, Najib juga rupanya lebih kurang Pak Lah, pentingkan kroni.
Koi tak tahu apa
kelebihan yang Raja Nong Chik ada. Kalau setakat di Jabatan Perdana Menteri tak pa jugak tapi untuk jaga WP, perlu ada pengalaman dan ini yang Raja Nong Chik tak ada. Malah dia pernah kena gantung kerana politik wang. Tahniahlah Najib kalau benar Raja Nong Chik tersenarai sebagai Menteri dalam kabinet ni..

KOI
macam tak percaya bila ada kekawan bagitahu, Najib akan lantik Adnan Mansor untuk memegang jawatan kabinet hari in. Kalau benarlah cakap-cakap ni, Koi berani kata Najib dah tak berapa sihat, perubahan yang Najib cakap dah jadi macam cakap tak serupa bikin.

Lantik Adnan Mansor jadi Setiausaha Agung pun dah satu silap besar yang UMNO buat dan kalau lantik juga untuk pegang jawatan Menteri dalam kabinet Najib yang kononnya kabinet perubahan, satu lagi dosa besar yang akan Najib lakukan kerana pada Koi lantik orang yang telah berdosa samalah orang yang lantiknya itu membuat dosa.

Maaflah kerana sekali lagi Koi nak kata yang Najib ni akan semakin bertambah sakit, sakit mata memandang Adnan terus kekal sebagaio MP Putrajaya, sakit lagi UMNO dan BN kalau lantik pula Adnan seperti khabar angin yang sedang bertiup hari ini.

Adnan ni memang banyak masalah, sejak dia jadi MP Putrajaya, jadi Menteri yang jaga Kementerian Wilayah Persekutuan, lepas tu jadi pulak Setiausaha Agung, macam-macam penyakit yang dia ada. Dalam pilihanraya kecik BN tak pernah menang kerana Adnan ni jenis manusia yang bodoh, tunjuk pandai, tak dengar cakap orang.

Masa jaga Kementerian WP dulu pun, dia berlagak macam Raja dalam Wilayah dan Koi diberitahu dialah Ketua yang hebat merancang nak guling serta malukan Zulhasnan, dibelakang dia pulak ada Syed Ali, Shafie Abdullah dan Abas Batu.

Adnan ni memang banyak masalah baik masa jadi orang korporat ataupun jadi orang politik. Masa jadi orang korporat, dia berhutang dengan bank berjuta-juta, sampai hari ni tak bayar, tunggu masa aje bank nak mufliskan dia. Bank tak buat sekarang kerana nak jaga maruah UMNO tapi UMNO pulak terus simpan orang tak ada maruah macam Adnan Mansor ni. Banyaklah benda yang tak betul pasal Adnan ni..dia sayangkan sangat Syed Ali kerana isteri mereka sama-sama orang Indon..sebab itu mereka boleh jadi pasangan pengkhianat yang baik, sehati dan sejiwa..macam lagu Nurul dan Ajai.

Kalau Najib nak terus sihat dan tidak berdosa, Najib kena jauhkan diri dari manusia bernama Adnan Mansor ni..Adnan ni lick dan cukup merbahaya..tengok macam mana dia bersekongkol dengan Hamzah Zainuddin yang juga bercita untuk jadi Menteri, kalau kedua mereka ini ada dalam kabinet Najib, Najbi tunggulah hukumannya nanti...tak pasal-pasal Najib akan ditimpa musibah..

Hamzah rakan baru Adnan tak pernah menyokong Najib sebelum ni..dia ni lahir dari kocek Anwar, Anwar meliwat, dia mengaku pulak orang Pak Lah, bila Pak Lah kantoi, dia mendakwa dialah penyokong kuat Najib..poorahhhh...

Hari ni Koi nak tengok Najib ni sihat ke tak sihat..wallahhualam