Sunday, April 19, 2009

SPRM - SILA AWASI ORANG-ORANG INI
















KOI tau SPRM efisen. Tapi Koi nak amik kesempatan, peringatkan SPRM supaya awasi orang-orang yang Koi maksudkan ini. Mereka ni kabornya ligat di Wilayah Persekutuan selepas saja Raja Nong Chik jadi Menteri Wilayah Persekutuan.

Ada yang dah kumpul beratus kertas-kertas tender projek. Kabor yang sampai ke telinga Koi, salah seorang pimpinan UMNO Bahagian Batu, kabor yang sampai ke telinga Koi, dia ni dah lantik diri sendiri jadi agen. Mengaku orang kuat Raja Nong Chik. Pemimpin ni bukan Yahya.

Dulu Koi dengar dema ni tak sempat nak `samun masa Zulhasnan. Kata mereka zaman Zulhasnan banyak pantang larang. Dema kata kat Koi, Zulhasnan susah mereka nak kelebet. Nak tanah susah, nak projek susah, pendeknya semua susahlah kerana dema ni tak nak ikut peraturan. Ada yang minta tanah, dapat tanah jual kat bangsa lain.

Koi tak nak cakap banyak cuma Koi nak bagi klu kat SPRM.Awasilah orang-orang ni supaya mereka tak buat Kementerian Wilayah ataupun DBKL tu macam harta mak bapak mereka. Wallahhualam.