BANYAK benda yang Koi nak tanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia..Koi ngaku, Koi tidak arif sangat pasai undang-undang tapi sikit-sikit Koi tahulah..beli buku..baca sikit sebanyak tentang undang-undang yang ada kait mengait terutamanya macam kes Suhaili Abdul Rahman.
Koi pening..macammana SPRM boleh amik kerja polis, yang patut dakwa Suhaili, PDRM bukannya SPRM. Kes Suhaili ni di bawah Panel Code.Apa kena mengena dengan SPRM? Dah tak ada keja lain ke ?
Kes tipu dan kes beri keterangan palsu takdak kena mengena dengan SPRM. Tapi SPRM nampaknya dah amik kerja polis. Lagi pening Koi, sapa pulak yang buat report, ada ke report daripada bank, kerana yang Koi tahu bank ni dia tak kira sapa yang nak pinjam, ada lebih dari sepuluh IC ke selagi orang yang pinjam tu bayar. Lailnah kalau orang yang pinjam tu tak bayar..ada lah kes dari bank. Koi nak tanya ada ke pihak bank yang buat repot..adakah bank mudarat dengan pinjaman yang Suhaili buat tu?
Takkanlah SPRM amik tindakan kerana ada report dari orang awam yang tak ada kepentingan. Dan kalau ada sapa orang awam tu, apa mudarat orang awam tu dengan Suhailli tu. Lagi pun kes ni 13 tahun. Yang Koi tahu Yusuf Mahal tu yang ada kes dengan SPRM. Dah dibuka failpun tapi tak amik tindakan . Macammana Yusuf Mahal yang jadi Timbalan Pengerusi Labuan boleh dapat dua projek daripada Perbadanan Labuan, itu masa jadi Timbalan Pengerusi, macammana agaknya dia samun projek Perbadanan Labuan kalaulah dia dipilih jadi Pengerusi pulak. Itu jelas ada kes tapi apa yang SPRM buat?
Dan projek yang Yusuf Mahal dapat tu pun sampai hari ni terbengkalai. Koi sebut ni bukan apa takut ada orang persoalkan intergeriti SPRM tu..kerja polis biarlah polis yang buat, yang SPRM menyibuk ni buat apa. Yang duk sibuk tangkap orang UMNO sana-sini tapi kes MB Selangor macam dah tutup fail..
Koi rasa ada benda yang tak kena dalam kes Suhaili ni..kes ni muncul dalam masa dia tengah tunggu surat nak sambung jadi Pengerusi Perbadanan Labuan dan tak sedap lagi Koi dengar, ada sorang Ketua Bahagian daripada Kuala Lumpur gunakan proksi orang Sabah berketurunan Cina untuk dapat projek daripada Perbadanan Labuan. Diaorang susah hati sebab katanya susah dapat kerjasama dari Suhaili.
Jadi dah ramai orang syak, yang buat kerja ni Yusuf Mahal dan dibantu pulak oleh orang-orang yang ada kepentingan. Tak mustahil Yusuf Mahal akan jadi Pengerusi Labuan sebab dia MP Labuan tapi macam Koi kata tadi, kalau jadi Timbalan pun dia boleh dapat dua projek, bayangkanlah kalau dia jadi Pengerusi.
Bagi Koi, kes ni sebenarnya ada orang nak nayakan Suhaili. SPRM pulak beli keja polis. Jadi Koi nak cadang kepada PDRM, serahlah semua kepada SPRM kerana nampaknya kumpulan ni begitu efisen menyiasat dan amik tindakan.SPRM, Koi harap sangat, janganlah jadi macam kadok naik junjung..Wallahhualam.