Sunday, May 17, 2009

Apa Muhyiddin nak buat dengan UMNO WP ?

APA nak jadi dengan UMNO WP ni? Badan Perhubungan lain dah buat mesyuarat. Dah lantik orang itu dan orang ini tapi di WP masih bengap lagi. Dah ada Pengerusi baru, Timbalan Perdana Menteri lagi dan ganding pulak dengan Menteri WP yang baru Raja Nong Chik, patutnya dah buat perlantikan kerana UMNO WP dah dekat nak mati dah ni..


Najib kata UMNO kena dekat dengan rakyat..sampai hari ni tak ada pun program yang dekat dengan rakyat..UMNO lain senyap sunyi kecuali Syed Ali buat program di Cheras khabarnya telan belanja ratus ribu.. Tu..orang kuat najib kat Wangsa Maju..tunggu apa lagi...takkan tak ada program rakyat..katanya rakyat nak didahulukan...takkan nak mengampu Najib aje...

Koi nak juga tengok transformasi UMNo di WP..yalah baru ni kalah teruk dalam pilihanraya..salahkan orang itu dan orang ini tapi datang yang baru, macam tu jugak...Koi tunggu jugak sapa yang nak dilantik..adakah syed ali dilantik balik Setiausaha, kekal ke Azim jadi Bendahari..betul ke abas batu jadi Ketua Penerangan..orang dah duk bercakap tapi sampai hari ni UMNO WP tak pun bermesyuarat...

Dia orang ingat jaga parti ni main-mainkan..macam program Pondok-Pondok Nabil kat TV9 tu ke..UMNO WP tak rosak tapi kerana ada sorang dua pemimin nak rosakkan parti maka jadilah UMNO WP ni kalang kelibut...dah macam tak tahu nak buat apa..agak-agaknya ada daripada dia orang ni duk sibuk hafal Yassin, nak baca waktu nak talkinkan UMNO...

Dalam pada tu Koi nak jugaklah sebut pasai Raja Nong Chik ni..ada orang bagitau raja lantik Ramlan Askolani jadi pegawai Khas di UMNO Bahagian Lembah Pantai..tak salah lantik kawan tapi yang salah Ramlang tu muflis, salah dari segi peraturannya. Lantik lagi jadi Setiuasaha satu Jawatankuasa yang melibatkan perumahan, salah lagi tu..banyak lagi orang-orang UMNo yang boleh Raja pilih.

Dan setakat hari ni Koi tengok Raja macam jadi Menteri WP untuk Lembah Pantai je..asyik2 program Lembah Pantai je..macam tak ada program kat Kepong ke, Wangsa Maju ke, Cheras ke, Setiawangsa ke atau Cheras atau Bandar Tunrazak ke..orang dah bercakap..Raja bukan jadi Menteri tapi jadi Pak Turut kepada Datuk Bandar...maklumkan Raja ni bukan tahu apa pun..tup-tup dilantik jadi Menteri sebab kawan baik Najib..macamlah Adnan dan dengan Yusuf Mahal tak layak..

Koi tengok UMNO WP ni lambat bertindak..dan kalau inilah caranya jangan haraplah nak menang balik kawasan yang pembangkang menang..Koi tengok pemimpin UMNO kat WP ni asyik nak isi tembolok sendiri je..tak fikir pasai parti..

Muhyidin kenalah agresif sikit..memanglah negeri lain banyak masalah tapi WP lagi banyak masalah..patutnya bentuk dulu JK di WP..lepas tu nak berambus ke negeri mana pun lantaklah..sekurang-kurangnya ada kat WP yang boleh buat keja..dah ada Setiausaha, SUK, Bendahari, Ketua Penerangan..mereka ni bolehlah rancang program..takkanlah dah dapat jadi TPM dan Timbalan Presiden tetiba jadi tak boleh fikir..

Nak harap Raja Nong Chik dia ni Timbalan je..pengalaman pun tak ada jadi patutnya Muhyididn bagi tumpuan kat UMNO WP..kalau tau atau banyak sangat tugas lain, yang sangup terima jadi Pengerusi Perhubungan tu buat apa..macamlah dalam WP dah tak ada pemimpin lain yang bagus..Wallah hu alam.