Thursday, November 13, 2008

WP - ada cacing nak masuk mata

Koi baru balik dari Temerloh. Tak tahan dengar suara anak merengek. Banyak nyamuk.Sampai KL, Koi belek-belek akhbar, jengah laman-laman web dan blog. Koi tengok masalah UMNO di WP makin kusut. Budaya salah menyalah antara satu sama lain dalam UMNO dah jadi macam ad-adin.

Kesah di Lembah Pantai, khabarnya Raja Nong Chik guna alasan kalah pilihanraya di Lembah Pantai sebagai alat memalukan Yusri, Pemangku Ketua bahagian itu. Akhirnya Yusri kalah.

Yusri pula bangkit lawan balik. Siap nak buat report kat Lembaga Disiplin. Mungkin Raja Nong Chik main duit nak menang Ketua Bahagian. Lantaklah, Koi tak nak komen dalam bab ni. Tapi Koi nak sentuh sikit aje. Yang dema ni duk kalut sangat ni pasai apa. Tahu tak, UMNO hari ni dah makin hari makin nazak. Dah takdak talian hayat. Sepatutnya semua kepimpinan UMNO memikirkan ataupun cari jalan untuk perkasakan kembali UMNO.

Bukan duk nak rebut jawatan aje tapi jangka hayat UMNO semakin hari semakin pendek. Tak cukup menang jawatan kalau duk salahkan satu sama lain. Menang jawatan takdak erti kalau parti semakin hari semakin kurang penyokong. Yang palign tak menarik apabila ada yang kata, ini gelombang politik bari dalam UMNO, orang-orang najib mesti menang dan kena menangkan dengan apa cara sekalipun walaupun dengan cara tipu.

Manakala orang Pak Lah kena kalah ataupun dikalahkan. Ini punya jenis pikir pun ada orang UMNO hari ni. Langsung tak pikir parti. Nak menang jawatan kerana nak menyamun harta rakyat. Nak dapat kontrak dan projek. Soal parti nak mampus ke atau apa ke, itu belakang kira.

Bila dengar guruh Najib nak jadi Perdana Menteri kerana menang tak bertanding Presiden parti, ramai pulak mengaku orang najib, penyokong kuat Najib sedangkan dema ni baik kat kedai kopi ataupun lobi hotel, duk balun Najib macam-macam.

Koi tak tahu bila lagi orang UMNO nak sedar. Tak serik-serik. Ingat tak menang dua pertiga pilihanraya baru-baru ni, bertaubatlah. Muhasabah diri. Tengok cermin. Rupanya tidak, jawatan lagi penting daripada maruah parti.

Tengok macam kes kat UMNO Batu. Dah kalah, terimalah. Ni tidak, merayu, tuduh semua orang tipu. Ni yang susah orang UMNO ni, tak sedar diri. Macam jugak kes kat Seputeh, dah terang-terang ada surat Pendaftar Pertubuhan batalkan satu cawangan, aik beriya-iya pula Setiausaha Agung kata mesyuarat Bahagian itu sah walhal Badan Perhubungan UMNO Negeri arah supaya mesyuarat semula.

Dema ni tak ingat ke peristiwa 1987, bila UMNO kena haram kerana ada cawangan yang tidak sah hadir dalam mesyuarat Bahagian. Apa hal yang bodoh sangat Setiausaha Agung UMNO ni. Ingat bila ganti Radzi yang sibuk duk jual UMNO untuk kepentingan peribadi, selesai masalah tapi tak juga, bertambah rumit.

Yang nampak elok sikit, Titiwangsa dan Cheras, itu pun tak juga. Macam Cheras, kerja lain tak ada. Ada aje yang kena dengan Pengerusi Perhubungannya. Semua Zulhasnan buat, semua tak betul pada Cheras. Siap suruh letak jawatan. Ini pun satu masalah lagi. Bukan nak duk semeja. Walaupun penyokong kuat Tengku Adnan, itu dulu. Dalam politik, kena terima hakikat.

Dalam politik sesama sendiri, mana boleh ada dendam ataupun kepentingan peribadi. Kena fikirkan parti, bukan fikir poket sendiri. Kalau inilah gayanya UMNO, tengoklah nanti, Najib silap haribulan jadi Ketua Pembangkang di Parlimen. Tika tu, kita tengok sapa yang kena.

Tapi yang Koi duk fikir selama perjalanan balik, sempat ke Najib jadi Perdana Menteri? Ataupun Najib akan bermimpi di siang hari.Koi pun nak cadangkan kat Shafie Afdal, siapkan awal-awal satu muzium, kita nak muziumkan UMNO.