Tuesday, November 4, 2008

Wangsa Maju : Shafie tipu Najib ?

UMNO Bahagian Wangsa Maju dah nak bersidang pada 8hb ni. Semua mata di seluruh Wilayah persekutuan ataupun mungkin di seluruh Negara tertumpu. Debaran kepada kedua penyokong iaitu penyokong Dato Zainal Nazeri dan Dato Shafiee sedang berdetap-detup. Teman yang duk di luar ni pun nampak begitu teruja.

Kem Zainal nampak tenang dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Kem Shafiee pula semakin kuat mencengkam mencari dan mencuri sokongan. Shafiee, Setpol Dato Najib yang sedang disiasat oleh BPR atas tuduhan merasuah beberapa Ketua Cawangan dalam pemilihan UMNO kali ini termasuklah menyumbangkan hampir 45 buah komputer riba untuk cawangan-cawangan bagi mencari sokongan untuk jawatan Ketua Bahagian. Dia berjaya dapat 30 pencalonan berbanding Zainal yang memangku Ketua bahagian sebanyak 10.

Orang luar dah mula bercakap dan berbisik tentang Shafiee ni. Malah dah ada pun yang menuduh Setiausaha Agung UMNO dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia dah jadi tali barut Shafiee. Walaupun ada aduan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dengan buktinya sekali pada Shafiee, kedua orang yang bertanggungjawab di peringkat pentadbiran UMNO Malaysia, tutup fail.

Pun ada yang bagitahu Teman, Lembaga Disiplin pun hanya sekadar lembaga yang berhantu semata-mata, takdak gigi, takdak maruah, cakap tak serupa bikin. Takut nak ambik tindakan kerana Shafiee Setpol Najib. Shafiee guna kedudukannya untuk mengancam Lembaga Disiplin. Patut bubar aje lembaga ni, letak di tepi jalan buat papan tanda. Eloklah kalau orang kata lembaga Disiplin, lembaga haprak.

Setiuasaha Kerja pula khabarnya dapat banyak habuan berbentuk projek daripada Shafiee, patutlah pun kuat sangat menyokong Shafiee. Tak pelik dengan perangai SUK UMNO Malaysia ni. Memang dah jenis begitu. Dia guna jawatan untuk jadi kaya, bertemu pula dengan Sahfiee yang rakus mengejar kuasa.

Teman terima sistem demokrasi. Tapi demokrasi di Wangsa Maju ni pelik sikit. Orang Wangsa Maju mudah percaya pada cerita bohong. Shafiee kata dia bertanding Ketua Bahagian kerana Dato Najib suruh bertanding dan berlawan dengan Zainal. Orang Wangsa Maju percaya. Kalau dia menang, dia akan dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah, orang Wangsa Maju percaya. Kalau dia jadi Ketua Bahagian, Parlimen Wangsa Maju akan diserahkan semula kepada UMNO oleh MCA, orang Wangsa Maju percaya.

Kalau dia jadi Ketua Bahagian, dia akan bantu semua orang di Wangsa Maju, orang Wangsa Maju percaya walaupun dua kali Pilihanraya Umum, Shafiee lari ke Pekan dan tak nampak batang hidung. Ada pula yang kata Sahfiee sebelum ini tidak mahu jawatan apa-apa yang tinggi dalam Wangsa Maju kerana dia tidak berduit tetapi hari ini dia sudah ada duit dan dia layak lawan Zainal, orang Wangsa Maju percaya tetapi tak pernah tanya daripada Shafiee dapat duit begitu banyak hingga boleh beli setiap Ketua Cawangan sebanyak RM6,000 untuk mendapatkan pencalonan. Bayangkanlah RM6,000 x 30 Cawangan, jumlahnya RM 180,000, banyak tu..

Pelik, bangang, bodohnya orang Wangsa Maju ni boleh terima bulat-bulat semua yang Shafiee bohongkan. Tak pernah nak bertanya kepada Dato Najib ke, orang lain di pejabat Najib ke, mereka ini terima bulat-bulat.Tapi bila teman tanya beberapa kekawan di Wangsa Maju, teman tak pelik, sebab kebanyakan Ketua-Ketua cawangan kat sini orang tua, pencen. Jadi otak pun dah berkarat dan Shafie guna kebebalan orang-orang tua kat Wangsa Maju ni sebagai senjata dia. Rupanya dia nak jadi Ketua kepada sekumpulan orang yang bodoh, jadi dia je nampak cerdik.

Teman cuma bimbang tentang Najib, teman yakin Najib tak tahu apa yang Setpol dia buat kat Wangsa Maju. Najib tak tak tahu apa yang Setpol dia lakukan, jual nama ke dan kalau Najib tak tahu, Najib patut diberitahu bahawa Najib sedang membela seekor ular sawa dalam selimutnya.

Ular ini kalau tidak dimusnahkan, bukan sahaja selimut Najib ataupun Rosmah, seluruh hidup Najib akan ditelan oleh ular sawa ini. Dahlah Najib sedang berdepan dengan berbagai-bagai perkara yang sedang nak jejaskan reputasinya sebagai bakal Perdana Menteri, perangai Shafiee pula semakin menjadi-jadi.

Teman tak kenal sangat Zainal ni, jadi teman tak berani nak menulis tentang dia. Takut jadi fitnah. Tapi Shafiee Teman cukup kenal dan tahu perangainya, sejak dari UMNO Batu lagi. Dia guna matlamat menghalalkan cara. Dia akan guna nama Najib sewenang-wenangnya. Dia tahu peluang menang susah kalau tidak guna nama najib, tidak jual nama Najib kerana sejarah panjang dia sebagai ahli politik jarang sekali menang dalam pertandingan.

Jadi untuk pastikan dia menang, dia tidak ada pilihan. Guna kebodohan Ketua Cawangan dan perwakilan di Wangsa Maju, janji macam-macam walaupun terpaksa menjadi Tuhan kepada Ketua Cawangan dan perwakilan yang gelap mata bila tengok duit. Tak tanya pun duit tu halal ke tidak. Ada yang bagitahu, Shafiee guna duit daripada Syarikat Evergreen yang dapat projek PLKN untuk beli Ketua2 Cawangan dan perwakilan. Mak oi..kalau betullah, hancur lebur UMNO apabila dapat pemimpin macam Shafiee ni. Kalau dah boleh jadi alat pada Cina, tak mustahillah dia boleh jual bangsanya sendiri. Mengucap panjang kita…

Apa pun lantaklah..memang orang Wangsa Maju begitu..Shafiee tak salah kerana Shafiee tahu ada Ketua2 Cawangan dan perwakilan UMNO Wangsa Maju lebih buruk dari sikap pelacur ataupun GRO dan kerana duit, mereka ini sanggup jadi macam pelacur…selamat melacur..