Monday, November 17, 2008

Najib sedang dibodohkan...

Wah..Koi dengar orang-orang yang mengaku, orang Dato Najib makin kuat naik tocang di WP.Seluruh WP nampak beriya-iya nak mengaku orang Najib, kebetulan pulak Dato Shafie menang percuma di Wangsa Maju, maka Shafie dah jadi macam bangkai, semua lalat dan langau sedang hurung dia. Bertuah Shafie..!

Ada pulak dah nak dicantas orang itu dan orang ini, kununnya mereka ini bukan orang Dato Najib, mereka ini orang Pak Lah, mereka ini orang Mahathir, mereka ini akan jadik gunting dalam lipatan, pembawa masalah kepada Najib..amboi bukan main lagi..! Tak dapat hurung Dato Najib, dapat hurung Dato Shafie pun kira ok lah...memang dah jenis lalat, tak kira busuk macam mana pun walaupun najis akan tetap dihurungnya juga..dah begitu perangai orang UMNO.

Koi bukan apa..kesian Dato Najib, bimbang kalau ada sokong yang membawa rebah..banyak masalah lagi yang Najib belum selesai termasuklah persepsi rakyat terhadap macam-macam kes peribadi termasuklah kesah Rosmah yang kununnya ada telinga Koi dengar dah buka pejabat di Kementerian Kewangan..melampau la tu..lagi cepat la hancur UMNO dan tunggang langgang Najib.

Koi dengar lagi, di WP dah ada kabinet bayangan, siapa jadi Pengerusi Perhubungan, dah tentu Dato Shafie, senang nak telan macam-macam yang ada di WP, takdak sapa nak marah..iyalah orang kanan Dato Najib..Dato Shafie pulak beriya-iya nak Abas Batu menang, sebab tulah diusahakan diadakan semula Mesyuarat Bahagian Batu..harap Abas menang kerana Abas ni balaci Dato Shafie dari muda lagi..sama-sama telan dan faraid sama-sama..apa yang ditelan Koi tak nak komen, fikirlah sendiri..

Kou tak nampak gelombang pemilihan UMNO kali ni boleh untungkan UMNO dan rakyat..banyak yang cabar. lawan, ugut, minta secara percuma jawatan bukanlah kerana sayang UMNO, perjuangkan UMNO tapi lebih kepada nak tumpang nama Dato Najib..nak kaut apa yang patut untuk buncitkan perut sendiri dan keluarga..tak termasuk nafkah untuk perempuan jalang yang mereka simpan di kondo-kondo mewah yang ada dalam WP ni..

Najib ni kalau nak selamat mudah aje..kalau tak nak jadi macam Pak Lah senang jer...tengok anak-anak buah dia, jangan bagi anak buah jual nama untuk kepentingan diri sendiri..anak-anak buah Najib yang ada kat WP ni sedang hebat menjaja nama Dato Najib..kita tahu Dato Najib bukan pemimpin bodoh tetapi Dato Najib boleh jadi bodoh kalau benarkan dia diperbodohkan oleh orang-orang kanan dia sendiri.