Sunday, November 2, 2008

Setiawangsa : Shuib , lebai yang malang !

TIDAK ada apa yang luar biasa bila kita lihat keputusan pemilihan AJK Bahagian Setiawangsa baru-baru ini. Teman sendiri langsung tidak terkejut. Cuma yang buat-buat terkejut adalah calon Timbalan Ketua Bahagian, Shuib Haji Ibrahim yang kalah kepada penyandang jawatan Dato Abd Halim Samad. Halim dapat undi 159 dan Shuib dapat undi 125.

Shuib buat-buat terkejut. Tak boleh terima bahawa dia boleh kalah kepada Halim. Cara dia menjerit dan marah-marah kepada semua orang yang beliau jangka adalah penyokongnya membuktikan bahawa Shuib cuma seorang ahli politik yang terlalu mentah membaca kekuatan sendiri dan kekuatan orang lain.Shuib tidak akan menjerit-menjerit macam orang hilang akal ataupun macam perempuan gila meroyan.

Kalau dia menjangka dengan memberikan wang kepada perwakilan boleh buat dia menang besar, Shuib sekali lagi melakukan kesilapan dan Shuib sepatutnya kalaulah merasakan dirinya lebih hebat dari Halim, dia sepatutnya kenal yang mana penyokongnya, yang mana penyokong Halim dan yang mana hanya ambil upah dari Shuib tetapi tidak memberikan undi.

Banyak factor yang perlu Shuib ambil kira. Pertama Shuib tidak kenal diri sendiri. Shuib sepatutnya mengukur baju di bandaan sendiri ataupun mencari cermin untuik melihat apakah dia sebenarnya ada aura untuk jadi Timbalan Ketua Bahagian. Kedua sikap Shuib yang memperalatkan Zainal Abidin. Izudin dan Yamin, calon Naib Ketua Bahagian akhirnya membunuh Shuib sendiri dan sikap khianat kepada Zainal dan Izudin akhirnya memakan serta membunuh segala strategi Shuib.

Keghairahan Shuib yang menaja calon itu dan ini baik dari Wanita dan Puteri serta Pemuda untuk berlawan juga bukan budaya politik di Wilayah Persektuan dan Shuib dihukum kerana kebodohan beliau sendiri.

Shuib lihat kembali dan cuba teliti senarai keputusan pemilihan itu. Shuib hanya disokong oleh 125 perwakilan sahaja. Tidak ada lebih. Senarai calon Shuib seperti Ahmad Yahya ( Calon Pengerusi Tetap – 125 undi) dan Ahmad Yahya serta Abdul Rahman Hashim yang begitu kuat menyokong Shuib sebelum ini bernasib baik kerana terselamat daripada tersingkir dari G7 dan AJK Bahagian.

Ahmad yahya dan Rahman Hashim lagi bijak membaca kehendak perwakilan UMNO Setiawngasa daripada Shuib dengan berundur segera daripada kumpulan pro-Shuib. Cuba Shuib jadi cerdik sikit lagi. Tengok keputusan undi kesemua calon yang dikatakan memihak kepada dia. Tidak ada apa-apa yang luar biasa, itu sahaja undin yang mereka dapat lebih kurang 125 dan 127. Sikit lagi untuk benar-benar cerdik, buat perbandingan antara undi kumpulan Halim dengan kumpulan dia. Kalau tak cerdik lagi, tak tahulah.

Teman sebenarnya mededahkan perincian ini kerana kesian tengok Shuib. Nasib baik ada kawan Teman yang emailkan keseluruahan jumlah undi yang diperolehi oleh semua calon. Shuib jadi kurang waras, tuduh orang itu dan ini menjalankan gerakan mengalahkan beliau. Dan dia tak tahu, bukan orang Halim sahaja tak sokong dia, orang dia sendiri pun tak sokong, maknanya mudah, Halim lebih baik dan lebih berkarisma daripada dia sendiri.

Jangan kita jadi macam orang kata, kalau dah tak pandai menari, jangan salahkan lantai. Kalau dah kalah sepatutnya terima dengan berlapang dada. Tak payah maki sana sini. Tuduh orang itu dan ini. Teman tergelak bila ada orang bagitahu bahawa Zulhasnan campurtangan, kononnya mengarahkan semua perwakilan jangan bagi undi kepada Shuib.

Takkah itu cerita gila. Tak masuk akal langsung. Kalau benar Zulhsanan juga turut kempen, rasanya, usahkan 125 undi, silap haribulan tak sampai 50 undi yang Shuib dapat. Lagi malu besar Shuib. Dahlah dikabarkan keluar belanja berjuta. Penyudahnya masuk angin.Aduhai Shuib!

Shuib kena banyak belajar jadi politik. Bab fitnah, kata mengata, Shuib tak perlu dah kerana sejak kalah nak jadi Timbalan Ketua Bahagian, Shuib dah jadi pakar memfitnah, menuduh tanpa bukti, maki hamun kawan-kawan sendiri dan kesilapan cukup besar kepada Shuib ialah memandang rendah mentality perwakilan Setiawangsa. Aduhai Shuib! Dulu jadi pencacai Halim, bila dah ada duit sikit, lawan Ketua.

Kalau Teman jadi Shuib, teman letak jawatan Ketua Cawangan, minta jadi ahli Kelab Vetaran UMNO. Shuib kena hafal perumpamaan orang tua, kalah dah hidung tak mancung, tak payalah pipi tersorong-sorong.Tak usahlah guna gaya politik bangsat, akhirnya makan diri sendiri.