Monday, November 10, 2008

Wangsa Maju : dah tertunai hajat Shafie

Koi mancing di Sungai Pahang nampaknya tak berapa menjadi. Patin pun dah banyak lari. Macam jugak UMNO, ada yang lari awal dan ada yang lari kerna terpaksa (macam lagu Francesca Peters). Koi menung jugak, biasanya ada Patin makan umpan tapi kali ni Patin Pahang dah faham macam mana supaya tidak kena tipu dengan umpan tipu.

Tetiba telefon berdering, signal SMS. Ringkas je ..`Shafie menang percuma di Wangsa Maju'..Koi tersedak, Koi dah jadi macam Patin, tak percaya. Koi telefon balik, nak confirmkan. Confirm. Tahniah lah Koi ucapkan pada Shafie, orang kampung koi. Sekian lama mengidam akhirnya dapat juga jadi Ketua.

Tapi yang menariknya pula, ada yang kata Shafie menang kerana guna jalan belakang, taktik kotor. Dato Najib jadi alat. Shafie guna kedudukannya untuk menekan seterus politiknya, Zainal Nazeri. Ada yang bagitahu Koi, Shafie guna macam-macam cara dan jalan terakhir, guna Dato Najib kerana Najib pernah termakan budi dia sebelum ini.

Shafie takdak cara lain. Betul kalau dia bertanding, peluang menang cerah. Dia dapat pencalonan lebih tinggi dari Zainal tapi dia mahu menang dengan cara lain, jadi dia gunalah apa cara yang ada dan Zainal barangkali tak tahan sangat dengan tekanan, takut disekat kontrak kerana zainal ni kontraktor, jadi tunduklah pada kehendak Shafie.

Kabor yang sampai ke telinga Koi, kumpulan Shafie sapu bersih. Dari Pengerusi tetap hingga ke Pemeriksa Kira-Kira, semua penyokong beliau termasuklah Kumpulan Tujuh. Bab ni Koi tabiklah..tak sia-sia usaha dia. Tapi yang Koi bimbang, takut Shafie jadi diktator. Maklumlah semua jawatankuasa Bahagian empat peringkat orang dia dan kebanyakannya tak tahu apa pasi politik.

Banyak kabor yang sampai ke telinga Koi. Shafie bersungguh sangat nak menang kerana dia nak jadi calon Parlimen Wangsa Maju. Kalau menang, dia akan jadi Pengerusi Perhubungan, ganti Zulhsanan Rafique dan jadi Menteri Wilayah Persekutuan. Tak mustahil sebab Najib ketika tu dah jadi Perdana Menteri ( itupun kalau tak ada apa-apa tentang Najib).

Koi tahu sangat cita-cita besar kawan koi ni. Kebetulan pulak isteri Shafie orang kampung Koi. Sebab tu Koi tak terkejut bila ada yang bagitahu Koi, dia tidak calonkan Zulhasnan, Norza dan Astaman untuk MT. Dia tak mahu ada yang lebih pada dia. Kena pulak Zulhasnan, Norza dan Astaman lahir zaman Pak Lah. Zaman Pak Lah dah dekat nak habis, ni zaman Najib, jadi Shafie kenan susun orang-orang Najib di WP. Itu perancangan dia tapi perancangan Tuhan. tak dak sapa boleh teka termasuk Koi.

Koi takut ghairah Shafie ni makan diri. Nampak sangat halobanya. Dan yang paling Koi terkejut, bila ada yang bisik ke telinga teman, Shafie jadi Ketua kepada kumpulan Yes Men. gerenti tak bantah apa yang dia cakap. Kata kawan Koi tu, Ketua Wanita Shafie drebar bas sekolah, bukan hina kerja dreber tu tapi boleh ke dreber bas sekolah pimpin Wanita UMNO Wangsa Maju? Ni Koi tengah picit kepala ni..ni bukan Bera, Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur..Politik bandar..

Ketua Puteri pulak katanya tak tak tinggal dalam kawasan. Duk kat Kelang..lagi pening kepala Koi..macammana nak khidmat kat Wangsa Maju..takpalah..jangan pening kepala, kita kena hormat pada kehendak orang Wangsa Maju.

Yang Koi nak pesan, mudah aje..jangan jadi diktator..jangan jadi kaduk naik junjung. Jangan berlaku macam di Pekan..jaga Wangsa Maju elok-elok.