KOI dah lama dah tengok gelagat Ketua UMNOBhg Cheras, namanya Datuk Syed Ali Al-Habshee. Seronok tengok gelagat dia, menjerit sana sini, suruh orang tu dan orang ni letak jawatan, pecat orang itu dan orang ini, ganti orang itu kepada orang ini. Pendeknya bab pecat memecat ataupun ambik tindakan cukup seronok keluar dari mulut Syed Ali.
Kadang-kadang tengok dia berhujah dalam TV ataupun surat khabar macam nak terkeluar lidah ataupun bijik mata. Kononnya dia nak tunjuk dia orang perjuangan, ada prinsip, sayangkan parti, kasihkan Barisan Nasional tetapi bila Koi selidik, tanya khabar kawan-kawan, rupa-rupanya Syed Ali ni jenis pemimpin yang cakap tidak serupa bikin, syok sendiri. Dia nak tunjuk dia bagus rupanya ada sebab kerana nak bertanding Majlis Kerta Tertinggi UMNO Mac ini.
Tetapi perwakailan kena diberitahu siapa Syed Ali ini? Kalau dengar cakap dialah antara pemimpin hebat, berani tetapi sebenarnya dia ni tidak ada apa-apa. Pegang Ketua UMNO Bahagian Cheras tetapi tidak membantu Barisan Nasional Cheras dalam PRU lalu. Hari mengundi dia lari pi Penang.
Takpa jugaklah yang paling tak sedap bila ada kalangan kawan-kawan dari Cheras bagitahu, peruntukan hampir 700 ribu yang sepatutnya dibelanjakan dalam PRU lalu, Syed Ali simpan dan tak guna pun duit tu. Khabarnya pihak UMNO Malaysia pun tahu kisah duit ringgit yang dikatakan telah ditelan oleh Syed Ali dan konco-konconya ini. Malah hampir tiga suku AJK UMNO Bahagian Cheras bukanlah pengundi dalam Parlimen Cheras, jadi Syed Ali hanya guna UMNO untuk kepentingan diri sahaja.
Itu cerita bab duit dan kerenah Syed Ali, yang baru sampai ke telinga Koi, Syed Ali bersama dengan Shafie Abdullah sedang menjalankan gerakan di seluruh negara mempengarahui perwakilan UMNO supaya tidak memilih Zulhasnan, Pengerusi Perhubungtan UMNO WP untuk menang jawatan MKT dalam pemilihan parti mereka nanti.
Khabar yang sampai ke telingan Koi, ada perwakilan yang dibayar supaya tidak pilih Zulhasnan. Koi jadi pelik dengan perangai orang UMNO terutama sekali dalam WP. Apa penyakitnya sampai ada kumpulan masing-masing. Yang benci sangat Syed Ali kepada Zulhasnan kenapa, kita pun nak tahu, takkan kerana tak dapat tanah di Ceras, Syed Ali jadi macam katak mabuk hujan.
Kita nak pesan kepada perwakilan UMNO, kita percaya mereka cerdik, matang dan tahu memilih yang mana tong bersisi dan yang mana tong kosong. Mcam Syed Ali ni, kalau perwakilan tak suka Zulhasnan tetapi janganlah pilih Syed Ali sebagai wakil MKT dari WP, pilihlah orang lain tetapi kalau sekadar nak berpolitik, menjerit terpekik terlolong tapi kesanya tidak ada apa kepada parti, orang yang paling sesuai adalah Syed Ali. Kalau UMNO nak pemimpin jenis yang syok sendiri, tak lain tak bukan orangnya adalah Syed Ali Al-Habshee.
Macam Shafie pulak, Koi tak tahu dia ni jenis apa, bangsa apa, keturunan mana, Koi dan kawan-kawan nak sangat tahu, apa dosa Zulhasnan kepada dia tetapi yang Koi tahu, Shafie banyak dosa kepada Zulhasnan. Cuba Shafie bangun pagi, tengok muka kat cermin- tanya pada diri, wajar tak dia bagi duit kepada perwakilan supaya tidak mengundi Zulhasnan, cuba tengok sekeliling rumah, wangt siapa yang Shafie gunakan untuk tinggal di rumah mewah tu.
Jadilah orang Islam yang baik. Jangan jadi diri seperti anjing, saat tersepit cari kawan untuk bantu tapi bila dah terlepas, digigit pula orang yang membantu.