KOI kesian tengok budak Norza tu.Bersungguh sekali nak menang MKT. Bawak pulak penyapu buruk yang dah tak laku di Wangsa Maju, namanya Idris. Idris ni jugaklah antara yang menjadi punca Astaman kena gantung dan kini Norza pula berdepan dengan hukuman gantung oleh UMNO dan mungkin hukuman penjara oleh SPRM.
Kesan dari ghairah nak bertanding, dia lupa ada perangkap yang menanti beliau dan Koi percaya Norza diperangkap oleh orang yang tidak senang dengannya dan ada pula yang kata, Shafie Abdullah yang merancang segala apa yang berlaku pada Norza di Temerloh itu.
Norza bernasib malang kalau nak dibandingkan dengan Ali Rustam ataupun Mat Taib yang juga hebat menabur duit untuk menang jawatan Timbalan Presiden UMNO. Ataupun nasib Norza tidak sama dengan beberapa orang calon-calon Naib Presiden juga hebat menabur duit.
Norza sedar mungkin dengan tak ada apa-apa jawatan dalam politik Wangsa Maju, dia perlu berkerja keras untuk menang MKT tetapi sayangnya, kokok masih belum apa-apa, ekornya sudah bergelumang tahi.
Di Wangsa Maju, karier politik Norza dah dicantas oleh Shafie kerana Shafie merasakan Norza bukanlah calang-calang orang walaupun tingginya tidak sampai lima kaki dan kerana itulah Shafie tidak mencalonkan nama Norza untuk bertanding MKT termasuklah Zulhasnan Rafique dan Astaman Abdul Aziz.
Tapi Koi percaya Norza ada hujah tersendiri untuk membela diri daripada dituduh membeli undi dan kalaupun ada tuduhan dan terpaksa menerima hukuman, Norza kena reda kerana dalam politik orang sanggup menggunakan apa sahaja asalkan musuh mereka berjaya dilumpuhkan.
Koi pun heran jugak, darimana Norza dapat duit sebanyak itu dan belli perwakilan dengan menabur duit sebegitu rupa sedangkan beliau hanya bekas Setiausaha Politik Menteri Kewangan 2? Duit datang dari langit ke ataupun Norza jugak dah jadi macam Shafie yang jadi hamba cina.