Thursday, January 8, 2009

Najib atau Shafie yang nak jadi PM ?

SHAFIE ABDULLAH, Ketua Bahagian Wangsa Maju yang dapat jawatan kerana helahnya yang penuh licik sedang hebat merancang untuk menggulingkan kepimpinan UMNO WP. Itulah SMS yang Koi terima. Malah Koi diberitahu, Shafie juga sedang menjalankan rancangan untuk menukar seluruh kepimpinan UMNO Malaysia bagi melengkapkan penguasaannya dengan menggunakan nama Dato Najib atas kedudukannya sebagai Setiausaha Politik Dato Najib.

Senarai bayangan kepimpinan UMNO WP yang sedang dirancang oleh Shafie -

Pengerusi- Shafie Abdullah - Wangsa Maju
Timbalan Pengerusi - Syed Ali - Cheras
Setiausaha - Mustafa - Seputeh
Bendahari - Adnan Mansor - Putrajaya
Ketua Penerangan - Yahya Mat Ghani @ Abas Batu

Koi tak tahulah apa yang Najib buat. takkan tengok aje Setpolnya sedang salah gunakuasa, jual nama beliau. Shafie yang ada kes rasuah pun Najib selindungkan. Shafie yang jadi barua Cina, Najib macam restunya. Malah ada yang kata, Shafie dah tak pakai RM tetapi sekarang ni dah pakai Us, Euro dan Paund.

Koi pun dah pening tengok sikap Najib ni. Macam dah kena nasi kangkang dengan Shafie, tak berani buat apa.