Tuesday, February 24, 2009

Bila tembelang Syed Ali terdedah

WAH..wahhh..marah betoi Syed Ali bila kena kritik, kena dedah tembelangnya. Siap pasang seluruh juak-juak politiknya untuk menyerang tulisan di bawah ini. Kabornya Syed Ali hantar sms kepada seluruh orang mengutuk tulisan di bawah ini. Kenapa Syed Ali melenting sangat ni?

Ingatkan Syed Ali berjiwa besar, sanggup terima kritikan. Ya lah, dalam hebat dia menjerit sana sini, terpekik terlolong suruh Pak Lah letak jawatan dan semua orang UMNO letak jawatan, bila ada tulisan mendedahkan dan melondehkan dia, dia tak dapat terima. Siap dengan maki hamun kononnya tulisan itu memfitnahkan dia. Masya Allah. Jangan jadi munafik Pak Syed!

Betoi kita tak nafikan ada yang kata dia lantang, UMNO perlu pemimpin macam ni tetapi kita nak tanya kelantangan beliau itu untuk apa, dalam UMNO sedang berdepan masalah, dia tak boleh menyalahkan orang lain, patutnya dia bersama dalam saf membetulkan kepincangan, dia tak patut suruh orang itu bdan orang ini letak jawatan kerana semua orang harus mengambil tanggungjawab apabila rakyat menolak UMNO.

Syed Ali kena buktikan bahawa dia mengundi dalam pilihanraya baru-baru ini. Syed Ali kena buktikan dia mengundi dimana, yang pasti dia bukan pengundi Cheras. Syed Ali jangan berlagak menunjukkan dia baik. Koi ada rekod buruknya dalam UMNO. Syed Ali tak payah nak mengkambingkanhitamkan orang lain bagi menghalalkan segala apa yang ia lakukan dalam WP. Syed Ali bukan jenis pemimpin yang menghormati pemimpin. Syed Ali umpama badut tua yang jenaka politiknya kadang-kadang menghiburan dan kadang macam orang bodoh sombong.

Koi nak cerita panjang lagi tapi Koi nak bagi peluang Syed Ali muhasabah diri. Syed Ali jangan main api, Syed Ali jangan ingat dia sahaja betoi, selama ni tak ada orang kritik dia, dia megah atau merak macam dunia ni tak akan kiamat.

Koi tetap pertahankan tulisan Koi sebelum ini. Syed Ali macam Tok Dalang wayang kulit dan dia pun lebih kurang Anwar Ibrahim, menggunakan kepandaian berhujah untuk menutup kelemahan diri sendiri sedangkan di sebalik gayanya, dia macam burung kakak tua.

Sudahlah tu Syed Ali..nak tanya pencacai, berapa pula Syed Ali bayar untuk menghantar komen2 bagi menyerang tulisan ni..