Friday, February 13, 2009

Perwakilan - Awasi calon ini ....

SATU peringatan kepada seluruh perwakilan untuk melihat jati dirii UMNO sebenarnya seorang ahli politik yang bernama Syed Ali Al-Habshee. Jangan mudah terpedaya dan termakan dengan segala retorik pemimpin yang sering mengaku sebagai pejuang UMNO yang tulen.

Selain beberapa nama yang perlu ditolak, Syed Ali antara calon yang perlu difikirkan dengan lebih mendalam. Apabila seseorang calon suka memburukkan orang lain, menghasut orang lain, sesesungguhnya Syed Ali TIDAK LAYAK untuk dipilih sebagai wakil MKT.

Antara sebab lain, setakat ini, ini dulu yang disenaraikan, fikirkanlah :

1. Calon ini adalah antara perosak kepada keharmonian UMNO Wilayah Persekutuan.

2. Menggunakan UMNO hanya untuk kepentingan peribadi.

3. Vokal tetapi umpama tin kosong. Nampak macam pejuang UMNO tetapi tidak mengundi dalam Pilihanraya ke 12.

4. Tidak menyalurkan peruntukan RM 700,00 untuk Pilihanraya ke 12. Bila tidak salur, kemana Syed Ali bawa wang tersebut?

5. Kononnya tidak mahu menang dalam pertandingan MKT UMNO dengan cara rasuah tetapi ada yang mengaku menerima RM 500 - RM 1,000 bagi membeli undi daripada pihak beliau. Cakap tidak serupa bikin.

6. Antara pemimpin yang syok sendiri. Kononnya beliau boleh menjadi jaguh di Wilayah Persekutuan.

7. Budak suruhan kepada Adnan Mansor, Ketua UMNO Bahagian Putrajaya yang juga Setiausaha Agung UMNO Malaysia.

8. Kerana kecewa tidak terpilih sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP, dia menyerang Zulhasnan, Menteri WP dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP.

9. Kerana marahkan Zulhasnan yang kononnya tidak membantu beliau untuk mendapatkan empat ekar tanah di Cheras, dia menghasut perwaklian supaya tidak mengundi Zulhasnan sebagai ahli MKT UMNO.

10. Hanya menggunakan jawatan UMNO di Cheras untuk kepentingan peribadi sedangkan dia bersama dengan hampir keseluruhan AJK UMNO Cheras bukan pengundi dalam Parlimen Cheras.

11. Cukup bijak manipulasi isu untuk kepentingan politiknya dalm semua isu.

12. Membayar secara bulanan kepada beberapa orang wartawan baik daripada media cetak ataupun elektronik untuk mempromosikan beliau supaya dilihat hebat untuk survival politiknya.

Meskipun UMNO perlukan perubahan, perwakilan diingatkan untuk tahu dan matang membezakan antara pemimpin yang mampu berkerja tanpa cakap berdegar-degar kalau mahu dibandingkan dengan Syed Ali yang hanya tahu menjerit terpekik terlolong macam orang mabuk todi.


Perubahan perlu daripada yang buruk menjadi elok tetapi memenangkan Syed Ali, tidak mustahil, lepas ini dia akan buat kenyataan supaya pemilihan UMNO diadakan semula kerana dia tidak menang.Orang yang mengaku hebat sebenarnya tidak mempunyai apa-apa idelisme. Fikirkanlah.