Wednesday, November 4, 2009

Memo budaya baru singkir Menteri dan ahli politik

BANYAK perkara menarik bila SMS dedahkan wujud kosnpirasi dalam UMNO WP. Koi nak ucap terima kasihlah kpd penyebar SMS ni.Pertama mengesakan apa yg Koi tulis sebelum ni dan Koi terbukti tidak memfitnah seperti yg disebut dalam beberapa komen yg dipostkan ke blog Koi.
( Gambar : Bersama Shafie ( Setiausaha Politik Dato Najib) ada Syed Ali, Raja Nong Chik, Ikhsan, Abas Batu ( skrg ni Koi diberitahu dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat DBKL) dan ramai lagi- ada yang tak setuju tapi Shafie dikatakan menggunakan nama najib dan disokong oleh Syed Ali dan Abas)
Koi senyum dan Koi yakin, kebenaran akan datang juga. Akhirnya kebenaran itu datang dan di tangan Koi sekarang ni dah ada pun Memorundum yg memperincikan segala konspirasi terancang daripada Shafie ( Setiausaha Politik Najib di Kem Kewangan),Syed Ali, Abas, Raja Nong Cik, Ikhsan ( Timb.Raja Nong Cik di Lembah Pantai) dan beberapa orang lagi.

Koi nak amik kesemapatan nak ulas satu ayat SMS tersebut..`dalam kapalterbang ke kuala Terengganu..’Koi rasa ini satu budaya baru dalam UMNO dan sekiranya Najib tahu perancangan untuk menyingkirkan Zulhasnan dan Kamaruddin Ambok yag dijalankan oleh Setiausaha Politiknya bersama rakan2 yg disebutkan dlm SMS itu, maka Najib juga bersubahat kerana sampai sekarang tidak ada tindakan diambil terhadap nama2 yang disebutkan itu.

Mereka inilah dalang yang menjahanamkan UMNO WP dan mereka satu strategi baru bagaimana untuk menyingkirkan seseoarang walaupun orang itu bertaraf Menteri ataupun Senator.

Apakah mungkin Najib menghalalkan segala konspirasi terancang ini?Sekiranya Najib menghalalkan dan betul cara yang dibuat oleh SUPOL beliau, maka Najib juga jangan terkejut kalau ada pula pihak-pihak lain turut menggunakan untuk membuat pendekatan yang sama dgn menggunakan fitnah memorandum utk singkirkan dia sebagai Perdana Menteri dan Koi diberitahu kerana Memo itulah Zulhasnan dan Kamaruddin Ambok tersingkir.

Konsiprasi itu dibuat ketika Zulhasnan masih lagi jadi Menteri WP, masih Pengerusi Badan Perhubungan WP dan MP Setiawangsa yang rakyat pilih.Apakah mungkin mereka ini ada keberanian utk merancang memorandum itu kalaulah tidak ada tangan-tangan ghaib di belakangnya. Siapa pemilik tangan ghaib ini? Najib atau siapa?

Dengan diketuia oleh SUPOL beliau yg begitu tinggi cita-cita utk jadi Menteri WP dan Pengerusi Badan Perhubungan dgn dibantu oleh tontonya yg bernama Ikhsan serta pasukannya yang terdiri drp Abas Batu, Syed Ali Cheras, perancangan begitu rapi dibuat sehingga di bawa perbincangan itu ke salah sebuah hotel di jalan Tun Razak.

Perbincangan ini turut dihadiri oleh Raja Nong Chik. Boleh tanya kebenaran ni pada Raja Nong Chik..kononnya Raja Nong Chik tidak bersetuju dgn rekaan memorandum ituy tetapi Ikhsan, Timbalan Ketua Bahagiannya memainkan perana yang cukiup besar dalam menyediakan deraf memorandum itu untuk diserahkan pada Najib dan ini secara tidak langsung Raja Nong Chik lepaskan Ikhsan ke depan sebagai proksi beliau. Ini gambaran yang Koi nak berikan..baca elok2.nanti kata fitnah pula.

Rancangan rapi mereka berjaya. Walaupun hanya dua orang yang sign surat tersebut iaitu Syed Ali dan Abas Batu namun mereka memperolehi nikmat jawatan selepas Zulhasnan disingkirkan. Syed Ali jadi Setiausaha Badan Perhubungan dan Raja Nong Chik jadi Menteri WP yang tak dikhtiraf oleh sebahagian besar kakitangan DBKL- sebab masuk ikut pintu belakang.

Dalam memorundum itu dicadangkan nama2 utk jadi MP WP, nama-nama itu adalah Tengku Adnan, Shafie Abdullah, Raja Nong Chik dan Syed Ali.Tengku Adnan tak dapat imbuhan jawatan hasil memo itu, yang lain dapat termasuklah Shafie yg jadi ketua Penerangan UMNO WP.
Persoalannya sekarang ini- adakah budaya memfitnah melalui memorandum ini dibenarkan?

Seperti yang Koi sebutkan tadi, kecualilah Zulhasnan ataupun Kamaruddin Ambuk itu org biasa, mereka Menteri dan Senator Dewan Negara dan tindakan mencemuh serta mengatur strategi penyingkiran ini tidak elok dan kalau Najib tahu bahawa SUPOLnya merancang, kenapa tidak ada tindakan daripada Najib terhadap Supolnya, Syed Ali dan Raja Nong Chik sendiri. Mereka ini bersubahat untuk mencemarkan jawatan menteri yang dipilih oleh Perdana Menteri.

Ataupun sememangnya Najib suka dan restu tindakan tersebut bagi membolehkannya menyingkir Zulhasnan dan apa dendam Najib kepada Zulhasnan ataupun Kamaruddin Ambuk ini. Kalau Najib suka dgn cara ini, jangan terkejutlah kalau ada pihak yang tidak senang dengan menteri itu dan menteri ini ambil jalan yang sama.

Apa Najib nak buat ketika itu, nak ignore, berat sebelah. Katalah Koi buat satu memrondum dan pakat dgn kawan2, janji nak bagi jawatan itu dan ini utk singkirkan pula Raja Nong Chik, nak ke Najib terima.

Koi akan dedahkan keseluruhan isi kandungan ni.Koi tak ada kepentingan dan tak guna pun Koi simpan. Koi cakap kerana Koi ada bukti. Tunggu saja…kebetulan computer Koi rosak..Koi ada sikit masalah nak loadkan memo ini..nasib baik ada CC.

Betullah kata Azman Attar, Shafie ni budak jahat, suka mengacau dan yang lain ambil kesempatan gunakan budak jahat ini bersama buat memorandum utntuk diserahkan kepada Najib bagi singkirkan Zulhasnan dan Kamarudin Ambuk. Najib pula semuanya YES kpeada segala tindakan SUPOLnya, maka apa lagi sekarang ini bermaharajalelalah orang2 yang dapat imbuhan.

Raja Nong Chik jadi menteri WP, Ikhsan dapat berbagai-bagai projek dari DBKL, jadi proksi Shafie lagi- dua2 dia makan- belah Raja Nong Chik dia makan, belah Shafie pun dia telan..Shafie pula selama ini merasakan Zulhasnan jadi penghalangnya, maka apa l;agi sekarang ini---mendabik dadalah- yang lopong dan jadi bangang, Syed Ali- Duk tanggung segala masalah dlm UMNO WP manakala yang lain sibuk duk kaut projek-projek dlm DBKL dan kementerian WP.

Masa Koi dedah sebelum ni- mcm orang kata kat Koi, rujuk tulisan Koi di sini bertarikh 27 April 2009 ataupun search semua artikel Koi dalam bulan tu…maknanya Koi tak terkejut langsung bila SMS disebarkan kerana Koi dah tahu awal tapi sebab ada yang tuduh Koi itu dan ini,

Koi malas nak jawab dan SMS tulah yang tulung jawab untuk Koi..Koi kesian sungguh dgn nasib Ketua bahagian Koi walaupun jadi Setiausaha Badan tapi dah sama taraf dgn balaci.

Di bawah ni Koi petik sikit tulisan Koi sebelum ni..baca tulisan dan cari jawapannya dalam mpsoting Koi ni dan ada kaitan dgn posting koi sebelum ni..

~Hanya 2 orang sign memo singkir Zulhasnan dan Kamaruddin Ambok
LEPAS cuti Koi ada mood nak nulis.Koi nak tunai janji. Koi dah dapat memorundum. Tajuk memorundum yang dihantar pada Najib cukup mudah, Menyingkirkan Pengerusi Perhubungan Wilayah Persekutuan Dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Wilayah Persekutuan. Nyata memo ini berjaya apabila Zulhasnan dan Kamaruddin Ambok tak dapat pegang balik jawatan tu.

Itu pada Koi oklah tapi yang sign memo ni hanya dua orang Ketua Bahagian iaitu Syed Ali, Ketua UMNO Cheras dan Yahya Mat Ghani, Ketua UMNO Batu. Yang Koi dapat tahu, memo menyingkirkan serta memadamkan karier politik bekas Pengerusi dan Timbalan Pengerusi ni berjalan cukup rapi dan sistematik.

Kabornya kumpulan yang nak singkir atau pancung karier politik kedua bekas yang Koi sebut tadi bermula dalam kapalterbang daripada Kuala Lumpur ke Kuala terengganu, dalam kapal tu ada Shafie, Yahya, Syed Ali dan Mustafa Seputeh. Kabornya mereka ni rancang cari jalan bagia mana nak reka memo tu.

Lepas balik dari Terengganu, mereka bincang di hotel Crown Princess, Kuala Lumpur. Yang hadir ialah Shafie, Yahya, Syed Ali, Raja Nong Chik, Ikhsan. Kata putus mereka buat, mereka senaraikan nama-nama yang patut ganti Zulhasnan iaitu Syed Ali, Tengku Adnan, Shafie dan Raja Nong Chik.Peliknya yang lain tak sign.

Selepas tu, kumpulan ni ada ruang main golf di Kelab Golf Sungai Long, program ni dianjur oleh UMNO Wangsa Maju, Najib dan Muhyidin join sekali, tikanilah kumpulan ni desak Najib supaya gantikan Zulhasnan dan Kamaruddin Ambok. Ini ceita yang boleh buat memo tu bergerak dan yang Koi terfikir, adakah Naib juga terlibat, macam Koi tulis sebelum ni..yang ada dalam kumpulan budak-budak nakal dalam WP ni termasuklah Setiausaha Politik dia iaitu Shafie Abdullah, Ketua UMNO Wangsa Maju.

Mustahil Najib tak tahu atau sengaja buat tak tahu supaya dia ada alasan untuk singkirkan Zulhasnan dari kabinetnya dan ganti dengan kawannya, Raja Nong Chik.

Koi ada cerita lagi lepas ni..Koi nak dedahkan semua yang terlibat dan sebelum tu, Koi terkejut jugaklah, dalam politik ni cukup dengan dua orang tak suka, kita boleh buang orang tu.Tunggu,,Koi nak sambung lagi lepas ni..Wallahhualam..INI adalah artikel Koi sebelum ni...isi kandungan Memo itu kena tunggu sekejap lagi...Koi nak tengok apa tindakan Najib? kalau tak bertindak, maknanya sesapa lepas ni boleh buat cara macamana UMNO WP buat.Dan seaiap saja tak boleh marah..Wallahhualam..