SEPERTI yang Koi janjikan. Koi mula balik, mula nak menulis.Bulan puasa dan Syawal, Koi diam sekejap.Kumpul maklumat. Tapi sebelum Koi panjangkan lagi tulisan Koi ini, Koi nak perturunkan satu SMS yang Koi terima pada hari kedua PAU. Ini SMSnya..
` Benarlah ucapan Datuk Ishak pasal Setpol di kursus Janda Baik.Dato Shafie telah memalukan Sharizat,Raja Nong Chik, Syed ali, Zulhasnan, Azim dan Rauf sekaligus berikan tamparan kepada Pengerusi WP.Seolah beliau tak berwibawa satukan Ketua2 Bhgn di WP. Apa agenda Shafie? Dulu di Batu, dia dilabel pengacau oleh Azman Atar.
Dikatakan pecah amanah dalam Persatuan Anak2 Pahang. Kena petisyen kes politik wang di Wangsa Maju.Sebagai mastermind jatukan Zainal Nazeri,Astaman dan Norza.
Telah atur pertemuan Syed Ali, Mustafa,Abas dalam flight ke PRK Kuala Terengganu untuk rancang jatuhkan kawan baiknya Zulhasnan depan PM.Atur meeting Ketua Bahagian di Prince Hotel buat memo untuk kritik Zulhasnan.IR Ikhsan (Timbalan Ketua Bahagian Lembah Pantai) pun turut hadir.Rupanya inilah wajah sebenar Shafie, sepesis yg diam2 rosakkan UMNO. Jumpa dalam siri 3’
Koi percaya bukan Koi sahaja yang terima SMS ini.Semua pemimpin UMNO terima SMS yang serupa ini.Dan Koi sedang mencari sapa pemimpin ataupun rakyat ataupun ahli UMNO yang berani kirim SMS ini. Koi tabiklah.Dulu orang kata Koi pandai-pandai nak fitnahkan pemimpin yang ada dalam WP. Macam2 orang tuduh Koi tapi Koi senyum je.
Koi tertarik dgn satu ayat `apa agenda Shafie’?Agenda Shafie mudah.Tak berbeiit.Dia nak jadi Menteri Wilayah Persekutuan dan dia nak jadi Pengerusi Perhubungan UMNO WP..!Jadi dia mengepalai satu gerakan merancang konspirasi untuk menjatuhkan semua pemimpin lama dlm WP dan langkah awal Koi nampak Shafie kena memalukan mereka ini dan tunjukkan dia kononnya ada wibawa, ada pengaruh dgn disokong oleh balaci ataupun barua2 dia dalam UMNO WP seperti Mustafa,Abas.Itupun selepas dia jatuh serta perbodohkan Astaman,Zainal Nazeri dan juga Norza.
Dulu Astaman dan zainal serta Norza dilihat saingan tapi dgn kelicikan dia, ketiga ini lari malam.Dan Koi percaya Najib tahu konspirasi ini dan Koi tak pelik kerana Najib telah buktikan `Kawan2 Didaulukan..sebab tu lah dia lantik Raja Nong Chik walaupun Raja Nong Chik selalu tergagap2 depan media..nanti bab Raja Nong Chik ni, Koi cerita lepas ni..
Walaupun Najib nak Shafie(Koi pun duk fikir sampai hari ni, apa sebenarnya budi yang Najib makan daripada Shafie) tapi Najib tak boleh ketepikan Muhyididn dan perlantikan Muhyidin halangan terbaru Shafie, tu lah sebabnya di Janda Baik, Shafie sambung lagi agenda dia. Sambil belasah bagai nak rak dalam masa yang sama menyindir Muhyidin- kecut telor dia.
Di Janda Baik, khabar yang sampai ke telinga Koi, sewaktu Koi duduk2 pekena teh kat Hotel Concorde,Azim KB Bukit Bintang cukup2 marah dengan Shafie ni..dimakinya Shafie semaunya hingga terkeluar perkataan `pu..mak..’apabila Shafie kononnya tunjuk hero depan Najib. Sebelum Koi nak cerita ni..sapa2 yang kenal Azim boleh tanya, betul ke tidak..bila shafie berlagak nak jadi jaguh, nak tunjuk dia lebih baik pada Muhyidin, dia panggil pemimpin2 UMNO yang dikatakan ada masalah, kononnya untuk berdamai…
Dipanggilnya Sharizat dan Raja Nong Chik..meleleh air liur Raja Nong Chik cium tangan Sharizat berkali-kali, dah jadi macam filem Hindu. Soalnya apa masalah Sharizat dgn Raja Nong Chik.Sharizat tak lawan Raja Nong Chik utk jadi KB Lembah Pantai. Kedua mereka ni pun Menteri. Apa tujuan Shafie lagi?Buruk betul perangai dia ni..
Dipanggilnya pula Syed Ali dan Zulhasnan. Yang ni pelik sikit.Zulhasnan di Setiawangsa, Syed Ali di Cheras.Ni jelas paling memalukan, apa masalah Syed Ali dengan Zulhasnan? Zulhasnan pernah jadi Pengerusi Perhubungan, pernah jadi Menteri, siapa Syed Ali kalau nak dibandingkan dgn Zulhasnan sdgkan jawatan Syed Ali paling tinggipun sebelum ni hanya SU Badan Perhubungan je..paling2 tinggi dilantik Senator..dah tamat tempoh dah pun..tebal sungguh dendam Shafie pada Zulhasnan dan kalau Syed Ali ada perasaan, dia kena lebih malu kerana Shafie hina dia sebegitu..kalau adalah..! Malang sungguh KB kawan ni..
Kalau niat Shafie baik, dia patut panggil Tengku Adnan.Yang jelas kalau ada masalah adalah antara mereka ini sebab keduanya pernah pegang jawatan dan bertaraf Menteri.Kenapa tak panggil? Syed Ali cuma pemuka kepada Tengku Adnan.Nothing.Takut sangatlah dia kat Tengku Adnan tu..tapi pasai nak tunjuk depan Najib, kononnya dia berani,,dia buat lah macam tu tapi tetap takut kerana tak berani pun sebut nama Tengku Adnan dan Muhyidin yang dimalukan oleh Shafie terkebil-kebil tengok wayang Cina yang Shafie mainkan macam cicak tertelan kapor.
Apa pula masalah antara Azim dengan Rauf ( SUK UMNO). Mereka ni tak ada masaklah apa pun, Azim menang Ketua Bahagian tanpa bertanding, Rauf pula menang Naib Ketua Bahagian Memang tak ada masalah dan Shafie saja mencetuskan masalah supaya Najib tahu Muhyidin tak reti nak selesaikan masalah ataupun dia memang sengaja nak cari masalah di WP.
Boleh tanyalah Azim kesah2 di Janda Baik ni dan kesungguhan pemimpin UMNO WP nak cari jalan untuk perkasakan UMNO dicacatkan oleh makhluk bernama Shafie ni..lain perbincangan yang dibuat serta dipersetujui lain pula yang Shafie buat…Koi nak tambah satu je…daripada percayakan Shafie ni lebih baik percayakan sundal kerana taraf sundal lebih baik daripada dia kerana sundal selalunya berpegang pd janji tapi tidak Shafie..
Cuma Koi nak ingatkan balik kata2 sahabat lama Koi..dah meninggal pun dia..Al-Fatihah..Azman Atar bahawa Shafie selagi lama dia hidup dalam politik UMNO WP, maka selagi itulah UMNO akan bermasalah..Shafie jenis suka mengocak air yang tenang dan dia suka jadi punca untuk timbulkan masalah dan selepas tu dia akan selesikan masalah itu, jadi Najib akan tengoklah kononnya dia hebat, dia layak dan sebab tulah di Janda Baik, dia buat ketetapan, deangan apa cara sekalipun, dia nak bertanding di Wangsa Maju.Nak jadi calon PRU nanti.
Mana nak letak wakil MCA?Boleh bertanding tapi boleh ke menang? Dan Koi pun nak tengoklah sapa mangsa yang akan Najib korbankan kerana nak bagi tempat pada kawan dia ni. Sebab Koi Nampak Shafie ni dah jadi macam anak emas kpd Najib, apa Shafie mintak, Najib bagi dan apa salah yang Shafie buat, Najib tutup mata, Shafie rasuah, Shafie jual nama dia, sekeliling orang bercakap tentang buruknya feel Shafie, Najib buat pekak badak aje..
Koi setuju dengan satu pandangan yang sampai ke telinga Koi, konspirasi yang sedang Shafie lagukan ini kalau tak dibendung akan menimbulkan banyak lagi masalah. Koi tak nak sambung cerita lain yang ada dalam sms tu sebab Koi dah dedahkan pun sebelum ni..dan apa yang Koi rasa telah pun terjawab di Janda Baik.
Tapi Koi yakin sms itu datang daripada seseorang yang mempunyai sistem rangkaian terbaik, yang pasti dating daripada orang UMNO yang bertanggungjawab, yang tidak mahu melihat Najib jadi bodoh dalam kecerdikan 1Malaysianya. Tidak mahu melihat Muhydin diperbodohkan. Siapa mereka tak penting tapi yang penting UMNO WP perlu diselamatkan daripada menjadi konspirasi Shafie yang akhirnya menguntungkan dia sahaja tetapi UMNO rugi secara total.Wallahu alam.