Thursday, November 12, 2009

Konspirasi melalui MEMORANDUM ini...

SEPERTI yang Koi janjikan, Koi perturunkan Memorandum sepertimana Koi janjikan selama ini.Terpulanglah kepada pembaca untuk menilainya namun hati kecil Koi cukup-cukup terluka pabila ada pihak-pihak tertentu sedang berusaha untuk gagalkan gagasan 1Malaysia yg sedang dibawa oleh Dato Najib, kecewa dimana sepatutnya Najib mendapat sokongan padu tanpa ada kepentingan diri daripada org2 yang sedang hebat menggunakan namanya.

Najib sepatutnya dibantu dan bukan dijadikan alat.Koi bangga kerana dapat berPerdana Menterikan Najib. Kalau ada yang mengatakan Koi tidak boleh menerima Najib sebagai PM, itu kenytaan yang silap, Koi cukup2 bangga tetapi Koi teramat kecewa kalau Najib terus membiarkan orang2 tertentu bukan sahaja dlm WP tetapi di seluruh negara menggunakan namanya tanpa dia mengambil tindakan sewajarnya.

Najib telah berubah dan Koi nampak perubahan itu mula dirasai tapi sekiranya kumpulan haprak ini dibiarkan bermaharajalela, impian Najib akan hancur musnah.

Sesiapa sahaja yang sayangkan Najib sebagaimana Koi sayang dan menyokongnya, bangunlah dan beritahu Najib bahawa dia sedang dikelilingi oleh orang2 yang bakal memusnahkan masa depan dia, UMNO dan negara ini.

Mereka ini adalah jenis muka yang tak tahu malu..

Memorandum ini akan dijadikan budaya sekiranya tidak dibendung.Sesiapa sahaja boleh melakukannya dan sesiapa sahaja boleh kehilangan jawatan sekiranya ada yang menerima bulat2 segala konspirasi ini dan kita tidak mahu Najib juga diturunkan dengan cara sebegini.Pakatan jahat harus ditentang.UMNO tidak perlu pemimpin macam ni.Politk dendam,benci dan khianat tidak harus di suburkan.

Menggunakan memo, terlibat dengan konspirasi dan akhirnya mendapat habuan yang cukup2 lumayan.Koi labelkan mereka ini adalah kumpulan pelacur jenis baru yang ada dalam UMNO.Siapa bapa ayamnya?Siapa pelanggannya?Terpulang untuk sesiapapun tentukan..

Seluruh negara tahu wujud konspirasi yang didalangi oleh Shafie, Raja Nong Chik tahu, Syed Ali Tahu, Abas tahu dan semua orang tahu.Apa yang Koi laporkan dalam blog ini bukan cerita dongeng, ianya akan jadi dongeng kepada pihak yang telah menerima habuannya tetapi tidak akan menjadi dongeng kalau semua orang berfikir secara matang dan rasional. Kita semua harus berdiri teguh di belakang kepimpinan Najib, kita tentang kumpulan jahat yg nak menjahanamkan Najib, kita dedahkan segala tipu muslihat ornag2 yang mengaku Najib restuinya sedangkan Najib mungkin tak tahu sepatah haram pun.

Esok Koi akan berangkat ke Mekah 17hb ini. Doakan Koi. Doakan Najib supaya terbuka pintu hatinya untuk melihat kelilingnya. Kita mahu Najib bukan sahaja nampak kuman di seberang laut tetapi kita juga mahu Najib nampak gajah di depan mata. Bacalah memorandum itu dengan hati yang sebenarnya. Mungkin isinya tidak seberapa tapi inilah budaya dalam poltik UMNO, cantas mencantas, dengki khianat sesama sendiri.

Memo ini dikarang oleh Ikhsan-Timbalan ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, diketuai gerakannya oleh Shafie Abdullah- Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju merangkap Setiausaha Politik menteri Kewangan, Syed Ali- Ketua Bahagian Cheras merangkap Setiausaha Badan Perhubungan UMNO WP, Yahya Mat Ghani (Abas)- Ketua UMNO Bahagian Batu merangkap Ahli Lembaga Penasihat DBKL, Raja Nong Chik- Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai dan sekarang ini Menteri WilayaH Persekutuan.Tapi malangnya yang tandatangan Cuma dua orang- Syed Ali dan Abas.Wallahhualam.