Monday, July 5, 2010

Hanya nak menang G7- pelacur politik berpesta di Setiawangsa

KOI tumpang sedih,Nak tergelak pun ada tengok permainan politik orang-orang UMNO dalam Wilayah Persekutuan ni.Ada yang terpekik terlolong di Bahagian ataupun kawasan Parlimen masing-masing walaupun BN tak pernah menang pilihanraya. Ada pula tu yang begitu bercita-cita nak jadi wakil Rakyat, kononnya desak supaya kerusi diserahkan kepada UMNO. Macam-macamlah Koi tengok.Entah parti menang ke tidak pada PRU13 nanti, tak ada sapa yang nak fikirkan.Yang penting cari pangkat dan kedudukan,,

Lagi Koi nak tergelak bila ada kawan-kawan bagitau Astaman Abdul Aziz yang pernah digantung pasal politik wang sedang berusaha keras nak menang bertanding G7 di Setiawangsa. Terkedu jugak, bila masa dia berpindah ke Setiawangsa dan apa tujuan dia sedangkan dia sebelum ni molek saja duduk di Wangsa Maju.Nak cari apa dia kat situ sedangkan pelabuhan politik dia berakar umbi di Wangsa Maju sebelum ini?

Koi pun risik-risiklah mana yang patut.Rupanya kawan kepada sahabat Koi ini sedang cuba mencari nyawa poltik.Ke hulu ke hilir sebelum ini tak dapat tempat, akhirnya dia diterima masuk ke salah satu cawangan kat situ.Koi pun pelik jugalah, macam mana ahli Setiawangsa boleh terima dia? Bila Koi renung dengan mangkuk makrifat Koi, tak pelik sangat kerana hari ni nak beli penyokong bukannya susah sangat, kenalah pula sorang dua Ketua-Ketua Cawangan yang jenis pelahap duit, Koi percaya mereka ini dah di sogok wang dan mangkuk makrifat Koi pun bagitau, untuk mastikan dia menang G7, dia akan beli perwakilan yang memang jenis pelahap tadi.Beli membeli ni memang kerja dia kut..

Mustahak sangat ke G7 ni hingga dia sanggup untuk belanjakan duit bagi menangkannya? Atau dia memang ada agenda lain, nak pecahbelahkan UMNO Setiawangsa tu..?Panjang Koi mikirkannya…atau sekadar nak tunjuk hebat..baru masuk bahagian dah menang G7..ishhh pendeknya akal..

Murah sungguhlah harga ahli UMNO dan Astaman ni cukup bijak main perasaan. Cara menyusup masuk sama seperti dia gunakan emak dia untuk jadi calon kat Parlimen Titiwangsa dulu. Kali ni pun cara yg sama denga menggunakan Ketua Wanita Setiawangsa, entah apa ke namanya,Koi pun tak berapa nak ingat sangat..Cuma Koi andaikan mudah je..rupanya Ketua Wanita ni dah jadi macam ibu ayam..jual prinsip dan maruah perpaduan parti .Berapa pula upah dia dapat untuk menyambung politik Astaman ni..?

Dengan hanya termakan bujuk manis berbekalkan beg berwarna merah yang diberikan kepada perwakilan Wanita yang dibayar oleh Astaman..Ketua Wanita ini juga pastinya memainkan peranan untk mencari tempat sekrang-kurangnya bagi Astaman menang G7 di tempat yang pertama.berapa upah pula yang dia dapat?Wanita lain tau ke agenda Ketua Wanita mereka yang nampak macam inesen ini?

Kita nak dengar dia nak tak nafikan bahawa beg itu dibayar oleh Astaman?Takkanlah nilai beg itu sama dengan maruah Wanita Setiawangsa..Ketua jenis apa dia ni?Wanita Setiawangsa tau tak yang Ketua mereka sedang jual mereka bagi mencari sokongan untuk Astaman?.Tapi yang jenis tua2 ni biasanya mudah dibeli walaupun dengan nilai RM50..janganlah malukan Wanita..!

Secara logiknya pun, Astaman bukan mudah untuk menerobos masuk ke satu kawasan parlimen atau Bahagian UMNO yang dia tidak ada penyokong kerana dia bukannya ahli Setiawangsa sebelum ini. Dan cara paling mudah adalah dengan menabur wang dan semua orang tahu kalau tanpa wang, mana mungkin Astaman menang dalam poltik UMNO di Wangsa Maju maupun Setiawangsa ketika ini.Koi percaya sasaran dia bukan G7 semata-mata tetapi lebih mengidamkan jawatan Ketua Bahagian tu..dan ketika ini berpestalah pelacur-pelacur politik sebagaimana seorang dua sedang berpesta sekarang ini apabila Astaman tawarkan diri bertanding G7.

Permainan poltik Astaman ini cukup bahaya. Umpama parasit ataupun dedalu kerana dimana pun dia singgah UMNO akan jadi huru hara.Tengok saja Wangsa maju, bila dia bertanding Parlimen Titiwangsa, dia biarkan UMNO Wangsa Maju terkontang kanting,dia peduli apa, yang penting dia dapat jadi calon walaupun terpaksa meredah masuk rumah orang tanpa salam dan bila tak jadi calon, dia balik semula dan cuba pulak bertanding Timbalan, maknanya dia lebih meletakkan kepetningan peribadi dan jawatan daripada mahu melihat UMNO itu kukuh dan bersatu tanpa perpecahan.Harap ahli UMNO Setiawangsa bijak menilailah..

Koi tengok gerakan politik dia semuanya bermula dari wang dan tak peliklah bila dia digantung kerana terlibat dengan gejala itu namun dia tak serik, dia lupakan jerat dan Koi pun fikirkan juga..papa kedana sangatkah ahli-ahli UMNO Setiawangsa ni? Murah sangatkah nilai harga diri mereka? Banyak sangatkah Astaman berikan mereka wang hanya untuk bertanding G7? Tak serik ke mereka dengan pengalaman yang Astaman buat di Titiwangsa dan juga Wangsa Maju?Dan kenapa tiba-tiba mereka sanggup menjadi abdi politik kepada seorang pelacur poltik yang hanya melihat UMNO ni dari sudut wang sahaja?Cukup kotor dan menjijikkan...

Koi juga nampak dia sekarang ni sedang mempraktikankan poltik katak.Lompat sana sini.Koi `search’ permainan politik dia, bermula dari Shah Alam, gagal dapat tempat, dia melompat ke Bukit Bintang..ditolak dan melompat lagi ke Wangsa Maju, tak dapat jadi calon pilihanraya di Wangsa Maju, dia gunakan emaknya untuk jadi calon Palimen Titiwangsa, menang tapi setelah kena politik wang, dia tak kekal di situ dan kembali semula ke UMNO Wangsa Maju, betanding Timbalan Ketua Bahagian, kalah dan selepas tu dia pun cari dahan baru, masuklah pula ke Bahagian Setiawangsa,Leburlah pulak bahagian ni kalau ahlinya tak cerdik dan tak serik-serik dengan berpecah satu sama lain.

Koi ungkit ni bukan apa.Astaman patut tau dan insaf diri. Tak salah masuk cawangan tu tapi sabarlah. Cuba jadi makmun yang baik.Hormati kepimpinan sedia ada.Berbincang baik-baik dan bukannya masuk tempat yang ada tuan tapi nak berlagak macam belanda minta tanah.Politik ini ukurannya letak pada kesabaran dan ahli UMNO Setiawangsa pun cerminkanlah diri..dah banyak sangat Koi dengar macam-macam percaturan dibuat..sebab pada Koi yang lebih penting menang pilihanraya.Politik adu domba ni ketepikanlah dulu..tapi kalau mereka nak jadi seperti Wangsa Maju..pilihlah Astaman tu...

Cuma Koi duk fikir sekarang ni..besar sangat ke erti menang G7 ni hingga dia bersusah payah mengeluarkan duit untuk menangkannya? Dan murah sangat ke harga diri perwakilan Setiawangsa yang sanggup bersekongkol dengan sepsis katak politik ini sehingga sanggup jual diri? Besar sangat ke nilai duit tu hingga maruah diletakkan ke tepi?Janganlah memalukan diri sendiri...jangan kerana RM 50 atau RM 100...perpaduan ahli parti bercerai berai...lunyai..

Cuba Tanya Astaman,kenapa dia lari dari Wangsa Maju sebab kawan-kawan Koi kat situ bagitau, tembelang politiknya sudah pecah dan tak mampu diselamatkan lagi?Ingat duit bukan boleh beli segalanya dan duit juga bukan penentu kepada kekuatan perjuangan.Walaupun duit itu diperlukan tetapi janganlah sampai kerana duit, seseorang itu menjadi hamba yang boleh diperbodohkan.

Apa pun fikirlah yang terbaik untuk parti. Jangan hanya nak menang sorak hingga sanggup gadai kampung,,,Wallah hualam.