Sunday, March 29, 2009

Cubaan fitnah Zulhasnan akhirnya makan tuan

YANG HARUS KITA TAHU,FIKIR DAN RENUNGKAN : -
SHAFIE ABDULLAH, KETUA UMNO BAHAGIAN WANGSA MAJU yang juga SETIAUSAHA POLITIK YAB DATO SERI NAJIB TUN RAZAK telah diboo dan disuruh BERHENTI BERUCAP oleh sebahagian besar perwakilan UMNO di dalam DEWAN MERDEKA sewaktu dia membahas usul kerana ucapan yang tidak ada tema, memperkecilkan ahli UMNO, ucapan yang SYOK SENDIRI.


MALUNYA...dan palitan malu ini juga diterima oleh Najib kerana pegawainya sendiri begitu bodoh..Apa agaknya perasaan Najib bila ada pegawai-pegawainya seperti Shafie yang begitu bodoh begini serta gagal memahami aspirasi UMNO?

WAKIL
-wakil yang memilih ahli MT UMNO cukup bijak. Mereka kenal sapa dalam WP yang perlu diberi tempat dan siapa yang harus disingkir. Koi tabik pada wakil-wakil yang cerdik, yang pandai menilai yang mana satu intan yang mana satu kaca, yang mana kaki bodek dan yang mana boleh berkerja.

Bila mereka pilih Zulhasnan Rafique sebagai calon tunggal dalam WP untuk MT, mereka bukan tersalah pilih. Mereka tolak segala fitnah yang dilemparkan kepada Zulhasnan oleh kuncu-kuncu empat ' penyamun politik' seperti Adnan Mansor, Syed Ali, Shafie Abdullah dan Abas Batu.

Mereka ini yang Koi katakan awal-awal dulu adalah beban kepada UMNO WP. Mereka ini adalah golongan yang mengejar pangkat dan kedudukan. Mereka inilah yang hebat tabur fitnah kepada seluruh perwakilan supaya tidak bagi tempat kepada Zulhasnan dalam MT yang baru habis bersidang.

Mereka berpakat serang Zulhasnan daripada seluruh penjuru. Reka macam-macam cerita. Tak kira dimana termasuklah di padang golf tapi mereka lupa, mereka bukan Tuhan yang mampu mengatur untung nasib seseorang. Mereka cuma ahli politik biasa yang tidak ada apa-apa dan meraka ini harus insaf bahawa bila hak yang timbul, yang batil akan tenggelam.

Zulhasnan tenang, selain merayu undi dan sokongan, dai kembali serahkan segala nasibnya dalam pemilihan MT itu kepada Allah S.W.T dan akhirnya Allah merestui niat beliau untuk menang dan menempa sejarah sebagai Pengerusi Perhubungan WP untuk menang MT dengan sekali cubaan sahaja kerana sebelum ini Adnan Mansor, dua kali masuk bertanding baru menang. Tahniah.

Lebih malu lagi apabila Shafie, Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju yang berucap mewakili Badan Perhubungan UMNO WP telah diboo dan disorak oleh perwakilan kerana tak tahu mengupas isu, tak reti menghormati orang lain, seolah-olah dia nak tunjuk dia saja kaki masjid.

Tuhan putar lidahnya kerana lidahnya sebelum ini banyak sekali menabur fitnah dan buruk sangka. Kerana lidahnya sebelum ini banyak menyembunyikan perkara sebanar hubungannya dengan Zulhasnan.

Koi tabik jugalah kepada Zulhasnan bila kawan-kawan bagitahu, dia cukup tenang menghadapi fitnah dan kata-kata nista daripada kawan-kawan politiknya dalam WP. Dia cukup sabar dan keletah budak-budaknya dalam UMNO WP. Kawan-kawan kata dia yakin, Tuhan akan tunjukkan siapa yang benar dan siapa kaki putar alam. Terbukti Tuhan memilihnya untuk menang dan bukan Syed Ali, bukan Astaman.

Koi pun nak ambik kesempatan ucap Tahniah sekali lagi kepada beliau kerana menang dalam pemilihan MT. Koi tengok Ku Nan macam tak percaya Zulhasnan boleh menang. Macam-macam taktik kotor dibuat tapi Zulhasnan menang jugak. Nombor bukan ukuran, yang penting menang.

Pada Dato Suleiman, Kamarudin Ambok, Dato Redzuan dan seluruh jentera kempan ataupun perayu undi WP, tahniah jugak kerana Koi diberitahu meraka ini bukan sahaja berdepan dengan taktik kotor tapi mereka berdepan dengan segala kerakusan orang yang menyalahguna kuasa bagi menghalang kemenangan serta memalukan Zulhasnan.

Kadang-kadang Koi fikir, apa nak jadi dengan sebahagian ahli UMNO WP ni? Gila ke apa ?

Pada Zulhasnan, ingatlah bahawa kemenangang ini adalah satu tanggungjawab besar. Di depan ada cabaran yang lebih besar menanti. Hari ini Zulhasnan bukan sahaja seorang Menteri WP, dia adalah tunjang kepada keseluruhan politik WP. Dalam pertandingan memang ada yang terguris, Koi percaya Zulhasnan ada mekanisme untuk membawa kembali kawan-kawan politik yang sebelum ini mencercanya dan cuba menghalang kemenangan dal;am pertandingan MT baru-baru ini.

Baik Shafie ataupun Syed Ali, cukuplah. Koi harap mereka kembali jadi manusia ataupun ahli politik yang mencari keredaan Allah, kawan dan rakan-rakan politik. serta beristiqamah dalam UMNO Jangan jadi gunting dalam lipatan. Akuilah siapa sebenarnya yang layak menjadi ketua. Cukuplah jadi musang yang berbulu ayam.

Bersamalah dalam satu saf kepimpinan dan jadilah makmun yang baik.Wallah hualam.

Tuesday, March 24, 2009

Bila Syed Ali merayu pada Shafie...malunya !

TERKINI :- SYED ALI DIKATAKAN SEDANG BERUSAHA UNTUK SINGKIR ZULHASNAN RAFIQUE SEBAGAI MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN DIGANTIKAN DENGAN ORANG LAIN. SIAPA? Maka jelaslah Syed Ali kejar jawatan ataupun dah jadi ketam batu..nak bagi kat sapa, bagi kat sifunya bailk iaitu Adnan Mansor supaya senang dia samun segala `harta' Kementerian WP dan juga DBKL? Bagi kat dia, alamatnya hancur leburlah wibawa serta intergeriti Najib Razak sebagai PM..dan Koi nak gelarkan syed Ali sebagai Syed Ali Ketam batu.

Dulu
Koi bagitahu Syed Ali ada niat tidak baik pada UMNO Wilayah Persekutuan. Ada tak percaya, marah kat Koi, budak-budak Syed Ali serang, kritik, hantar sms dan komen merata apabila maki hamun dan macam-macam lagilah yang tak elok tentang tulisan Koi.

Kalau tulisan sebelum ni Koi banyak bercerita tentang sifatnya yang suka mengambil ke4sempatan untuk mendapatkan publisiti murahan, kononnya menonjolkan dialah satu-satunya pemimpin UMNO yang sayangkan UMNO, kononnya dialah satu-satunya pemimpin yang mempertahankan pemimpin apabila ada pihak luar kritik pemimpin UMNO lain.

Suaranya kadang-kadang macam petir nak belah bumi tapi bagi Koi dialah satu-satunya pemimpin dalam UMNO Wilayah Persekutuan yang munafik, cakap tidak serupa bikin, mempunyai hati yang busuk sesama sendiri dan yang dialah antara pemimpin yang akhirnya membuktikan sanggup menikam belakang kawan supaya dapat tempat dalam UMNO hari ini terutama sekali di Wilayah Persekutuan.

Koi sebenarnya tidak berminat sangat nak menulis pasal Syed Ali ni tapi bila ada yang bagitahu Koi bahawa Syed Ali dah mula berpakat dengan Shafiee Abdullah untuk mengkhianati dan menghasut Najib Razak supaya singkir Zulhasnan dalam apa cara sekali pun, Koi rasa ada sesuatu yang Koi nak tulis.

Shafie ni semua orang Wangsa Maju bagitahu Koi perangainya dan dah pun Koi tulis sebelum ni tapi Koi terkejutlah bila Syed Ali yang selama ni mengaku pemimpin baik, tinggi moral dan akhlak, ahli yang sayangkan parti sanggup berpakat dengan pemimpin yang busuk seperti Shafie tu. Maknanya mudah, hanya orang yang busuk sahaja kenal benda-benda yang busuk-busuk ni.

Ada yang bagitahu Koi, kebencian Syed Ali pada Zulhasnan bukan baru. Sebelum ni pun dia dah cari macam-macam jalan supaya Zulhasnan tak dapat tempat dalam UMNO WP. Bila Zulhasnan dipilih sebagai Pengerusi Perhubungan, Syed Ali pasang angan-angan, dialah Timbalan Pengerusi tapi Tuhan tak izinkan bila Pak Lah pillih Kamarudin Ambol. Sejak tu dia mula cari jalan bermusuh dengan Pengerusi Perhubungan.

Marah Syed Ali membuak apabila dia dan kumpulan `penyamun'nya gagal mendapatkan projek-projek DBKL atau Kementerian Wilayah bila Zulhasnan memperkenalkan sistem tender, dah tak ada runding terus.

Bila Zulhasnan tawar diri nak bertanding sebagai ahli MT, Syed Ali tak senang duduk, ada yang cerita kat Koi, bukan sorang dua, Syed Ali menggunakan segalanya untuk memaki hamun Zulhasnan, nak menunjukkan dia ni baik sangat dalam WP, nak tunjuk kononnya dialah pemimpin hebat dalam WP. Katanya dia bukan kejar jawatan tetapi nak berkhidmat..pooorah..geli geleman Koi bila kawan Koi cerita pasa Syed Ali ni..

Syed Ali tak nak sangat Zulhasnan menang, sebabtulah masa main golf dengan Najib dan Shafie serta beberapa orang lagi di Sungai Long, Syed Ali mengajak rakan sejahatnya untuk menghasut Najib Razak. Syed Ali ni pemimpin jenis apa ni ? Cakap depan lain, belakang lain. Kadang-kadang Koi terfikir, Syed Ali ni spesis pemimpin yang memang suka main belakang kawan-kawan ke ?

Sebelum ni ada yang dah bagitahu Koi, Syed Ali dan beberapa penyamun yang pernha Koi tulis sebelum ni dah bertemu dalam satu majlis kat Sabah dengan Zulhasnan. Kata sumber tu semua yang ada dah sepakat akan hentikan kempen memburukkan Zulhasnan dan akan sokong Zulhasnan dan semua calon lain dalam WP. Tapi hari ni lain pulak jadinya.

Koi tidak kenal rapat sangat dengan Zulhasnan ni tapi Koi percaya Iman Zulhasnan lagi kuat berdepan dengan rakan-rakan politik munafiknya yang hari ni telah menampakkan wajah sebenar mereka. Dulu bila Koi tulis semua komen marah-marah tapi bila kawan-kawan Koi bagitahu, Koi tidak merasa sedikit pun bersalah ataupun berdosa kerana menulis pasal Syed Ali, Shafie, Adnan Mansor termasuklah seorang lagi yang suka menyalak macam Syed Ali, Koi lupa namanya.

Koi terpaksa guna perkataan menyalak ni kerana Syed Ali Koi tengok tak habis-habis menyalak. Kata orang tua, macam anjing tersepit. Tapi betullah tu, Arab ni sepatutnya ada keikhlasan, ada kejujuran, tidak ada dendam, dengki. Syed Ali macam Koi kata sebelum ni, cerminkan diri dan UMNO kena jadi macam seberkas lidi.

Syed Ali tak payah hasut sapa-sapa, berpakat dengan sapa-sapa. Syed Ali tak payah jadi Tuhan, nak tentukan untung nasib seseorang, nak suruh orang lain buat sesuatu pada orang lain. Syed Ali kena percaya pada Qada dan Qadar Allah S.W.T. Tak ada sapa boleh mengubahnya dan hari ni Tuhan tunjuklah wajah sebenar Syed Ali.

Kita kena percaya Tuhan, Koi cukup percaya tetapi tahulah Syed Ali dengan kumpulan `penyamun'nya, percaya pada Tuhan atau tidak bahawa untung nasib seseorang itu bukan kita yang tentukan, ini semua kerja Allah S.W.T. Jangan duk hina sangat orang lain kerana kita merasakan kita hebat dan baik kerana sekali kita hina orang, seribu kali penghinaan akan kena terhadap kita baik secara nyata atau ghaib.

Itu hari Koi dah suruh Syed Ali bertaubat, minta ampun pada Tuhan kerana selama ni jadi duri dalam daging kepada UMNO WP, jangan takbur, jangan kufur tapi Syed Ali tak tobat-tobat, maka alamatnya UMNO WP akan tetap ada pemimpin sesat macam Syed Ali ni. Wallahhualam.

Tuesday, March 17, 2009

Apa jasa Norza pada UMNO ?

LAMA Koi tak menulis. Bukan apa cuma ikut rombongan ke tanah suci, sambil-sambil kenal tempat orang. Bila balik Malaysia, Koi ada terbaca tentang Norza Zakaria, calon MT yang dihadapkan ke mahkamah kerana beri rasuah bagi beli undi untuk menang pertandingan MT.

Norza seperti dilaporkan sebak ( macam nak menangis) bila dia kena tuduh begitu dan sebagai nak mencari simpati, dia pun buat-buat dirinya penting untuk UMNO. Katanya dia tak sangka, dia kena tuduh begini sedangkan dia banyak jasa kepada UMNO.

Tang inilah Koi nak tergelak, Koi cuba tahan gelak tetapi tergelak jugak. Entah daripada mana dia dapat idea hingga keluar kenyataan kononnya dia banyak jasa kepada UMNO. Wartawan yang tak kenal asal usulnya poun barangkali turut sebak hingga keluar airmata buaya macam Norza tu.

Koi pun cubalah selidik, cari jasa dia kepada UMNO Malaysia, cari jasa dia kepada UMNO Wangsa Maju, cari jasa yang dia buat untuk UMNO Wilayah. Sehari suntuk Koi buang masa fikir apa yang jasa Norza buat, tanyalah kawan-kawan kut Norza ni ada jasa yang mungkin Koi terlepas pandang. Kawan yang Koi tanya, tanya balik Koi, apa jasa Norza? Mustahak sangatkah Norza kepada UMNO ni? Hebat sangatkah Norza ni hingga SPRM tak boleh sentuh dan dakwa dia?

Pada Koi, Norza ni dah jadi macam sampah dalam UMNO. Elok sangatlah dengan tindakan SPRM tu, buang sampah-sampah yang menjolok mata ni. Dalam WP, bukan Norza sahaja yang jadi sampah kepada UMNO, ada lagi satu dua yang pernah Koi sebut dalam blog ni yang berlagak macam orang penting kepada UMNO.

Kalau sesapa ingat sejarah Norza, dia pernah nak dihadap undi tak percaya oleh pemuda yang dia pimpin di Wangsa Maju.Buka sekali, dua kali. Tapi dia nasib baik kerana berada di bawah ketiak Pak Lah dan KJ. Selamatlah kali tu. Tetapi dengan SPRM dia tak selamat. Nasib baik SPRM tak cungkil segala salah laku waktu dia jadi Setiausaha Politik Menteri Kewangan yang lalu. Daripada mana dia dapat wang dan harta berjuta sedangkan semua di WP tahu, dia ni juga sengkek punya kaki. Sejarah dia hanya orang Wangsa Maju yang tahu.

Koi geram bukan apa. UMNO ni parti suci, yang lahir dari tiik peluh dan airmata UMNO. Tetiba dia pulak kata dia banyak jasa. Cuba dia sebut apa jasa dia pada UMNO. PRU12, dia tak mengundi pun, berkampung di Tasek Gelugor, bodek Nor Yaacob, kut-kut dapat lagi jadi SUPOL Menteri. Nor Yaacob menang, Norza hilang jawatan sebab Nor Yaacob pun tahu sapa Norza ni.

Ramai yang pegang jawatan SUPOL dalam WP ni jadi kaya raya yang luar biasa. Bukan saja Norza, Shafie pun, sekarang ni Ketua Bahagian Wangsa Maju, masa belum jadi SUPOL Najib, hidupnya cukup-cukup sengkek, dah jadi SUPOL Najib, kayanya mengalahkan P. Ramlee dalam filem Ahmad Albab.

Jadi tak peliklah kalau macam Norza boleh beli undi dan dia tak payah kesal pun habis duit banyak tu kerana dia tahu punca duit tu datang darimana. Hanya Norza yang tahu dan Koi pun tahu sikit-sikit. Selama ni mereka ni peralatkan UMNO dan hari ini padan muka mereka kerana badi UMNO terkena balik pada mereka.

Pada Norza, kalau berani buat kena berani tanggung. Tak payah berpura-pura tunjuk baik. Tak usahlah bayar akhbar mana-mana untuk mempertahankan diri sendiri. Jawab di mahkamah. Kalau buat ,insaflah. Bawak-bawak bertaubat. Isthigfar banyak-banyak. Lupakan De Vegas, Supersatr atau mana-mana tempat hiburan. Tarbiyahkan diri sendiri tu.

Tidak ada orang lain yang boleh membantu Norza. Selain Norza hanya Allah S.W.T sahaja tempat terbaik Norza mintak petunjuk. Kalau dah sesat baliklah ke pangkal jalan.