Saturday, July 17, 2010

Tandas Royale Chulan-gaya baru pilih wakil Setiawangsa

KOI nak tengok sendiri.Koi nak mata Koi jadi saksi.Koi tinggalkan Titiwangsa,Koi tak singgah pun di Batu apalagi Bandar Tun Razak.Bahagian ni ada mesyuarat juga hari yang sama tapi Koi ambil keputusan untuk hadir di Mesyuarat Tahunan UMNO Setiawangsa, Bahagian `hebat’ yang Koi sebut dalam dua siri tulisan Koi sebelum ini. Koi ambil tempat yang cukup mudah untuk Koi peratikan apa saja yang berlaku dalam Mesyuarat ini. Dari awal kehadiran Timbalan Presiden hinggalah mesyuarat selesai.Banyak yang menarik,banyak kerja gila yang ahli-ahli UMNO Setiawangsa buat.Dan Koi tak rasa sedikitpun rasa bersalah bila Koi dedahkan penyakit-penyakit dalam UMNO Setiawangsa sebelum ini.Koi betul dalam dua siri tulisan.Kata orang kampong koi,sudah terang lagi bersuluh.

Jelas dan nyata berlaku depan mata.Golongan oportunis dalam UMNO di setiawangsa ini begitu berleluasa.main duit mcm daha jadi darah daging kepada sebahagian orang-orang UMNO di sini.UMNO ni cakap je nak berubah tapi tak ada apa-apa pun.Koi tengok tandas Hotel Royale Chulan hari utu dah jadi macam kaunter bank,keluar masuk tak putus2 dan dua penjaga tandas iaitu Pak Ya Timbalan ketua cawangan Rampai Town Centre dan sorang lagi Razali, dua orang ni Koi lihat cukup-cukup sibuk melayani perwakilan yang kemaruk duit.Mereka ni dah takut dengan Tuhan,tak takut kena tindakan SPRM ataupun tak takut dengan tindakan dsiplin UMNO.Cara supa duit tu macam mereka yakin tak ada orang tengok atau tahu...

Dengan senarai perwakllan yang bertanding G7 dalam kertas berwarna putih (chai) dikepilkan bersama RM50 dan 7 nama itu siap dengan gelaran team wawasan dengan calon-calonya sebagai VIP….Fuhh hebat! Dan tukang pantau kepada gerakan-gerakan poltik wang tu adalah ketua cawangan Pak Ya.

Semua orang macam terkejut tengok Ketua cawangan ni hadir kerana selama ini,dekat satu tahun dia tak pernah hadir sebarang aktiviti bahagian, tak pernah hadir mesyuarat dan tak hadirpun Mesyuarat cawangan tetapi dia hadir hari tu hanya untuk tentukan `kuda tunggangan’nya menang bertanding G7.Dia kena pastikan astaman Aziz menang walau dengan apa cara sekalipun.Itu yang sibuk sangat rasuah duit kat perwakilan.Macam Koi kata sebelum nilah,murahnya harga mereka.Jijik mereka ini sama jijiknya dengan apa yang ada dalam tandas di hotel itu.Semain murah harga UMNO ni rupanya di tangan mereka ini.

Dalam mata Koi duk galak perati jual beli manusia, Koi terdengarlah pulak cakap-cakap Wanita yng sebelum Mesyuarat bahagian itu dipanggil ke rumah seorang Ketua Wanita,juga isteri kepada bekas Setiauasa UMNO Bahagian Wangsa Maju yang rupanya turut berpindah bahagian seperti juga Astaman.Dia kalah bertanding Wakil cawangan.Di rumah dia ni dah mcm ada `jumbo sale’-beratur perwakilan Wanita untuk dapat duit RM 50 dan ada yang dapat RM100 bagi beli undi mereka untuk sokong Astaman,yang penting Astaman kena menang.Kesian sungguh Koi tengok nasib dan maruah ahli-ahli UMNO ni dan Koi tanya diri sendiri-inikah nilai sebenar mereka?

Macam-macam mereka ini buat rupanya.Ada yang buat program di Hotel legend, jumpa makan-makan kononnya di Tupai-Tupai dan banyak lagilah.Nama2 seperti Azhar,Rahman hashim,saari dan Astaman dipilihlah oleh lebih kurang 95 perwakilan yang jual diri mereka dengan nilah seperti yang Koi sebut.Azhar ni apa yang Koi diberitahu adalah orang kuat Naib Ketua Bahagian dan mengaku juga sebagai orang kuat Muhyiddin dan juga gossip Azhar berskandal dengan salah seorang Puteri UMNO bahagian tu..lagi hebat! Ni pun Koi tengah kumpula maklumat, Puteri UMNO tu dah diberikan gambran kepada Koi.

Naib ketua Bahagian inilah yang paling tak cerdik main politik.Tentang dia ni akan Koi ulas dalam tulisan Koi akan datang.Dan dalam usia Koi yang sebegini, Koi tak pernah jumpa lagi orang politik yang pendek akal seperti Naib ketua bahagian ni.Kalau inilah cara memilih pemimpin dalam UMNO Setiawangsa,alamat bungkuslah apa yang patut dalam pilihanraya nanti.Bodohnya Naib ketua Bahagian ini dia macam termakan janji kononnya dalam pemilihan UMNO akan dating, dia bertanding Ketua Bahagian dan Astaman Timbalan ketua bahagian, itupun kalau UMNO memerintah lagi…akai betul2 pendek.

Corak kempen Astaman ni betul-betul macam cara dia berkempen masa dia bertanding MKT dulu sehingga dia digantung oleh UMNO.Tapi dia buat lagi sebab dia tahu ahli UMNO Setiawngsa perlahap duit.Macam hari tu, dia tak hadir pun dalam Mesyuarat bahagian tu tapi dia memang yakin menang kerana segala `urusan’ dia dah selesaikan, dia ada Pak ya,Ahmad Yahya,Razali dan beberapa orang lagi.

Koi tanya sorang perwaklian, mana Astman dan mereka bagitau Astaman ke Afrika Selatan tengok final Worl d Cup tapi kata mereka lagi tak pa sebab semua Astaman dah uruskan-pilih sahaja senarai nama-nama yang dikepilkan bersama duit RM50 tu.Hebat Astaman main baling2 batu ni..Koi nak ucap tahniah kepada 155 perwakilan yang tak undi Team Wawasan tu..nyatalah mereka ini sebenanya lebih bermaruah daripada sebahagian yang lain iaitu 250 perwaklian cawangan yang hadir hari itu.Nilai RM50,apa sangat barangan Avon yang boleh dibeli!

Koi dapatlah senarai nama-nama tu dan kesemua mereka ini menang, patutlah Astaman ada keyaklnan tinggi. Koi Cuma nak tanya,sampai bila gejala politik wang ini mahu dibenarkan dalam UMNO? Tak ada ke tindakan ataupun kesedaran daripada ahli-ahli UMNO untuk buat laporan kepada SPRM ataupun kepada Majlis Tertinggi.yang Koi tahu membeli undi ini merupakan satu kesalahan yang cukup besar.Beli undi sama dengan perjudikan nasib dan masa depan parti.kalau ahli tak bermaruah tu memang biasa tetapi ahli yang menghina UMNO itu sendiri rasanya lebih jijik daripada bau tandas dan secara langsung menjadikan UMNO itu sebagai ladang pelacuran.

Koi nak tengok jugalah sejauh mana SPRM bertindak dan Koi yakin sangat kerana di Tupai-Tupai,anggota SPRM ada dan mempunyai bukti politik wang bermaharajalela.Kita tak nak SPRM ni jadi macam rimau kumbang yang cuma sanggup ada di tepi telaga dgn mata yang bersinar tapi tak berani buat apa-apa.

Kesedaran ahli UMNO Setiawangsa ini sendiri untuk bertindak merupakan sesuatu yg cukup penting.kalau mereka nak parti kuat,pemimpin yang ada kualiti dan tidak hanya muncul waktu nak bertanding sahaja. Mereka harus berani ke depan dan nyahkan pemimpin yang suka sangat membeli jawatan ini.Pesan2lah kepada 7 orang itu. Jangan kerana RM50 ataupun RM100, anak bini menangis kat rumah tengok suami kena lokap atau penjara.jangan ingat seronok kita aje..keluarga kena ambil kira juga.

Sehari suntuk Koi kat Royale Chulan ni.Jadi pemerhati dan nak membuktikan kepada Koi sendiri bahawa apa yang Koi pantau sepanjang perjalanan mesyuarat UMNO di wilayah ini…rekod pertandingan Setiawangsalah paling buruk.Diburukan oleh golongan oportunis seperti Astaman,Azhar,Rahman hashim,samad,Saari dan Wan Zainal.Koi nak dengar jugalah kut2 mereka ini nak menafikan bahawa mereka menang tak gunakan wang,betul tu Koi setuju sebab semua duit tu adalah duit Astaman.

Kepada astaman,belajarlah dari pengalaman dan sejarah.Cuba jadi makmun yang baik.Jangan sampai ada yang kata macam dedalu, hinggap di ranting,patah ranting ranting tu cari dahan lain pula dan begitulah seterusnya.jangan jadi parasit yang menghsipa darah dan kepada ahli UMNO Setiawangsa yang memilih pemimpin hanya kerana duit,rentikanlah kerana UMNO yang mereka jadi ahli ini sedang tenat..tunggu masa je untuk ditalkinkan kalau tak ada perubahan sikap dan kebertanggungjawaban.

Koi nak berenti sini dulu.Fikirkanlah.Koi nak tengok tindakan SPRM dan juga tindakan kesedaran ahli2 UMNO Setiawangsa untuk mendedahkan penyuburan politik wang dalam UMNO.jangan cakap aje berdegar-degar tapi ekor penuh tahi.Wallah hu alam.