LAMA sungguh Koi tak singgah di Restoran Tupai-Tupai.Kebetulan ada kawan ajak minum-minum dan bertemu sapa, kebetulan restoran itu berdekatan dengan pejabat Persatuan Wartawan Melayu Malaysia,Rupanya restoran ini jadi tumpuan ramai.Ada musimnya jadi tempat tumpuan orang-orang politik untuk melobi dan ada masanya jadi sebuah restoran yang cukup selesa untuk santai-santai.Dan ada juga yang ambil kesempatan buat majlis harijadi.
Kunjungan Koi tak sia-sia.Sambil bertemu kawan-kawan lama, Koi terserempak dengan sekumpulan anak-anak muda dan puteri-puteri genit dan dari apa yang Koi amati, Koi berani kenalpasti yang kumpulan ini adalah daripada UMNO Bahagian Setiawangsa.Macam ada majlis harijadi je…tapi peliknya ada Pengerusi Tetap,ada Ketua2 Cawangan dan ada wakil Ketua2 Cawangan.
Koi tak perlu berfikir terlalu lama,jawapan kepada sekumpulan yang sedang Koi lihat ketika itu adalah proses tawar menawar sambil minum-minum antara seorang bekas Ketua Bahagian yang Koi sebut sebelum ini dan turut ada di restoran itu untuk mendapat tempat sebagai Wakil G7 dalam pemilihan UMNO Setiawangsa..Ada jugaklah beberapa orang Ketua Cawangan dan salah sorang tu kalau mata Koi tak silap,berkerja di Pejabat Badan Perhubungan UMNO WP.
Salah seorang pelobi itu, Koi kenal jugak dan Koi percaya dia adalah Ketua pelobi tersebut kerana kebetulan calon G7 itu adalah datang dari cawangan UMNO yang beliau jadi Ketuanya.
Mustahak sungguhlah G7 kepada calon ini sehingga sanggup perabihkan wang begitu banyak untuk nak menang Wakil itu. Betullah tu..kalau nak sesuatu mesti sanggup keluarkan sesuatu dan apalah sangat RM100 kepada beliau untuk diagihkan kepada wakil Pemuda dan Puteri-Puteri itu tapi barangkali tak ada yang sedar bahawa gelagat mereka itu dperhatikan oleh sekumpulan yang Koi nampak dan kenal anggota penguatkuasa SPRM.
Koi bukan apa, hanya kerana RM100 yang diberikan oleh Timbalan Ketua Cawangan bagi pihak Astaman itu, ada yang terapksa naik turun mahkamah. Kalau jumlah banyak tu pun mereka telan, maknanya mereka ini juga termasuklah dalam jenis Orang-orang Kurang Upaya..Barangkali kelas OKU ini lagi tinggi daripada mereka.
Koi bukan apa..bimbang tengok ghairan anak-anak muda ditipu dek orang-orang tua..hanya keranaa RM50 ataupun RM100, ada yang nanti berduyun-duyun ke pejabat SPRM.Lebih menakutkan lagi..ada pulak yang kena tahan…dahlah terpegang najis ekor pula bergelumang tahi.Ingat SPRM sedang perati tu..
Macam Koi sebut sebelum nilah.Barangkali ada yang kata Koi mengada-adakan perkara yang tak ada tapi peristiwa atau deklarasi Tupai-Tupai itu membuktikan bahawa terlalu murahnya harga diri dan perjuangan sekerat dua ahli-ahli UMNO yang sanggup jual semangat dan perjuangan parti mereka dengan nilai cuma sebanyak itu.
Calon tu tak salah sebab dia tahu kelemahan orang-orang yang jumpa itu.Yang jumpa wakil tu pulak dah letak diri mereka tu sama taraf dengan GRO atau setaraf sundal malam yang berada di lorong-lorong gelap. Kalaulah mereka ini tak malu dengan Tuhan pun, malulah dengan diri sendiri. Betullah seperti banyak kata orang..mereka jadi ahli UMNO hanya kerana kepentingan mereka dan mereka tidak peduli apa pun yang bakal berlaku ataupun tanggpan orang kepada batang tubuh UMNO itu sendiri.Detik hancur UMNO Setiawangsa bermula.
Koi andaikan mudah sahaja, calon yang sedang hebat melobi nak menang itu tak berharga sesen pun dalam UMNO. Pemimpin yang ada prinsip, dia tidak akan jadi Badwi, berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat,Kalau dia berprinsip, dia akan kekal di Wangsa maju tu, berdepan dengan rintangan dan bukannya bila kalah melompat ke kawasan lain dan cari pengaruh dengan menggunakan wang ringgit.Akhirnya yang rosak UMNO itu.Patutlah pun UMNO ni jadi tunggang langgang.Semuanya kerana duit dan langsung tak reti nak menilai jenis pemimpin dan kepimpinan bagaimana yang mereka perlukan.
Koi nampak dah..bibit-bibit berpecahnya UMNO Setiawangsa bermula dari ketika ini.Yang akan pecahkan kesatuan mereka selama ini adalah mereka sendiri.Pemuda yang sepatutnya menunjukkan contoh kepimpinan dan Puteri pula seharusnya berdiri teguh akhirnya turut juga menjadi bahan dagang sebagaimana Wanita yang telah didagangkan oleh Ketua mereka itu.Koi pun tak tahu siapa Ketua Wanita ini..nak kata Melayu nampak macam bukan Melayu dan nak kata India takut Melayu pulak…ishh keliru Koi…
Individu ini Koi nampak macam nak mengelirukan ahli-ahli UMNO Setiawangsa. Dan dari apa yang Koi dengar di Tupia-Tupai itu, kononnya dia bertanding kerana di suruh oleh PM dan juga Menteri Wilayah.Mengarut sungguh dah..! takkanlah PM atau Menteri WP yang suruh dia bertanding..sipa pulak dia ni..bekas Ketua Bahagian,bekas MP Titiwangsa dan bekas pemimpin yang digantung kerana politik wang.
Bukanlah Koi nak rendahkan martabat sebahagian ahli UMNO Setiawangsa ni Cuma Nampak sangatlah mereka ini tidak berada dalam kelas tersendiri untuk meilih pemimpin atau wakil mereka. Bagi mereka..siapa yang bagi duit, orang itulah yang mereka sokong..Mak oii dangkalnya otak orang UMNO..patutlah UMNO semakin hari semakin layu dan kuyu..iyalah selagi ada pemimpin dan ahli begini..tunggulah nasibnya nanti..Duduk dalam Bandar tapi cara berfikir macam duduk di kawasan setinggan.Rebahlah UMNO bila ahlinya tak mahu berubah.
Entahlah dimana cacat celanya UMNO Setiawangsa..Koi bukan nak mendahului kuasa Tuhan tapi Koi yakin katak-katak dan parasit ini sednag nak bvertukar wajah jadi dedalu,nak runtuhkan rumah UMNO Setiawangsa.Ada yang pilih jadi musuh dalam selimut,ada yang pilih berkongsi dengan orang lain..yang penting hajat mereka tercapai..soal UMNO nak jadi apa..itu urusan kemudian. Patutnya jagalah Setiawangsa tu baik-baik kerana Parlimen ini sahaj yang jadi mercu tanda adanya UMNO kat WP..bukannya adu domba yang akhirnya mereka juga rugi.
Yang senang duduk ketika ini sekarang Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, seteru politik dia dah lari,dah melompat ke Setiawangsa..jangan salah lompat je..kalau sebelum ni lompat melompat ok tapi kali ini takut KO je..keculai ahli UMNO Setiawangsa dah hilang deria cerdik mereka….