Sunday, June 13, 2010

Raja Nong Chik- cukup-cukuplah berbohong!


KOI dah mula tergelak sakan tengok keletah Raja Nong Chik. Semua serba tak kena Koi tengok, Makin hari mulut dia makin busuk dengan janji-janji manis.Betullah kata orang, bila tak ada pengalaman, seseorang tu akan bercakap sedap mulut je. Dia ingat bila dia Menteri dia boleh jaja bohong sana sini. Tipu kiri tipu kanan.Cakap pun dah mula berbelit-belit.Inilah padanya kalau dapat Menteri yang tak suka membaca, tak suka mengkaji sejarah, tak nak bertanya bila dah sesat jalan dan akhirnya malu sendiri.

Macam Kampung Baru ni..dia ingat orang Kampung Baru nak percaya cakap dia..sekajap kata ok..sekejap kata tidak ok..bila kena asak je..bertukar nada katanya semua milik bumiputera..kenapa bumiputera? Kenapa tak sebut milik Melayu 100 %.Keputusan dibuat tu Koi rasa macam terpaksa aje..nak menyelamatkan diri daripada dituduh sebagai pengkhianat kepada orang-orang Melayu di Kampung Baru tu..

Banyak kali dah Raja Nong Chik ni bohong,kalau ikut standard politik Jepun..dia dah patut gantung diri..dulu bukan main lagi angkuh dan bongkaknya..katanya,berikan dia enam bulan..dia pastikan semua perumahan PPR akan terjual tapi kini dah setahun lebih..usahkan dijual..nak beli pun tak mampu kerana harga yang diletakkan terlalu mahal. Alasannya mudah, untuk mengelak dikatakan bohong, buat alasan kononnya banyak karenah daripada penduduk yang menyewa PPR..Alahai Raja Nong Chik!

Balik pada isu Kampung Baru..Koi nak tanya, adakah Raja Nong Chik rujuk kepada pelan pembangunan Kampung tersebut, status tanah ke ataupun pemiliknya. Raja Nong Chik baca tak pandangan bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Elyas Omar?Dia baca tak atau faham tak tulisan bekas Menteri WP dalam Berita Harian..kalau dia baca kedua-dua tulisan ini..dia mungkin boleh jadi cerdik dan macam mana Ketua bahagian Lembah Pantai ini boleh tunjukkan perangai bodoh dia dan dilantik pulak dalam jemaah kabinet menteri di zaman Datuk Najib ni..?

Koi yakin kalau dia memahami dengan jelas maksud dan tujuan Elyas Omar dan memahami dengan lebih mendalam tulisan bekas Menteri Wilayah itu, dia akan dapat arah dan petunjuk untuk menangani masalah pembangunan di Kampung Baru itu tapi kalau dah jenis bodoh sombong..tindakan dia telah mendatangkan kemarahan kepada penduduk asal Kampung Baru. Dan siapa golongan 40 % yang dia cadang untuk diberikan itu?

Raja Nong Chik ni Koi tengok macam nak bakar matahari, macam nak bermain-main parang dan pedang dengan penduduk Kampung Baru. Dia ingat penduduk kampong ni boleh percaya atau telan bulat-bulat cakap dia..bila dah banyak kali bohong kalau kenyataan tentang Kampung Baru tu, orang kampong tersebut fikir berbelas kali nak percaya ke tidak cakap Menteri Wilayah kesayangan Datuk Najib ini.

Koi tengok Menteri ni dah hilang wibawa, hilang kelayakan untuk bercakap bagi pihak orang-orang Melayu di Kuala Lumpur ini.Tindakan dia, Koi andaikan lebih kepada menjaga hati dan bukannya mahu berjuang atas nama kebangsaan dan Koi yakin dia sedang memperalatkan kepentingan dan hak milik orang-orang melayu untuk kepentingan politik dia.

Tak Nampak keikhlasan Raja Nong Chik sebagai Menteri. Turun padangnya hanya di kawasan-kawasan yang ada projek-projek yang boleh menguntungkan dia semata-mata..sebagai contoh dia bertungkus lumus di Titiwangsa kerana kebetulan Kampung Baru itu berada dalam kawasan Parlimen Titiwangsa dan begitu juga di Brickfield, projek Little Indian..cuba tanya dia, ada dia turun padang di Kepong,Segambut,Wangsa Maju dan lain-lain tempat..tak ada sebab di kawasan-kawasan itu tak ada projek-projek yang menguntungkan dia dan kroni-kroni dia..patutlah Koi dengar nama jawatan dia pun dah bertukar..dah jadi Menteri Lembah Pantai..Alahai Raja Nong Chik!