PENGKHIANAT Melayu..itulah gelaran n yang Koi rasa paling sesuai untuk Raja Nong Chik,Menteri Wilayah Persekutuan.Dan beliau juga boleh letakkan namanya dalam sejarah Kuala Lumpur kerana buat pertamakalinya, Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan serta Putrajaya mempunyai seorang Menteri yang bodoh dan tidak pernah belajar untuk jadi cerdik sebagai Menteri dan Timbalan Pengerysi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.
Bila Raja Nong Chik beriya-iya untuk memberikan kuota 40 % kepada bukan Bumiputera dalam pembangunan Kamopung Baru, terbuktilah darah Cina mengalir dalam badannya.Raja Nong Chik menambahkan lagi bilang pemimpin-pemimpin yang menjadi pengkhianat kepada bangsanya sendiri apabila memilih untuk menjual harta orang-orang Melayu kepada bangsa asing.
Seorang Menteri yang kononnya ingin membuktikan bahawa dialah yang boleh menyelesaikan masalah Kampung Baru yang terhenti sekian lama tetapi dalam masa yang sama mengambil jalan mudah untuk menggunakan kuasa yang ada `kencing’ atas muka orang-orang Melayu di Kampung Baru.Inilah antara pemimpin bangsat yang lahir zaman kepimpinan baru ini.
Koi terperanjat dan tidak duga sama sekali begini rupanya wajah Raja Nong Chik yang berselindung di sebalik nama Melayunya.Menggunakan Kampong Baru, dia sedang memilih jalan untuk memperdayakan penduduk Kampong Baru yang ternyata lebih cerdik dan bijaksana daripada beliau.
Dengan menggunakan bahasa yang mudah iaitu mendapatkan kelulusan cabinet untuk menukar taraf tanah Kampong Baru itu dan secara tidak langsung sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, dia berkuasa wewenangnya untuk membangunkan Kampong Baru itu mengikut acuan beliau.
Tapi malangnya, Raja Nong Chik tak kenal diri sendiri.Kebodohan dan kebebalan makin terserlah apabila setiap keputusan yang dia buat akhirnya memakan diri sendiri dan tindak tanduk beliau membuktikan bahawa dia bukan Menteri Wilayah Persekutuan yang boleh dipercayai dan diyakini untuk pertahankan hak dan warisan Melayu.
Tindakan itu juga Koi yakin akan menambahkan lagi luka da kekecewaan orang-orang melayu terutamanya di kampong tersebut kepada UMNO. Rupanya selama ini lain yang mereka bincang, lain yang Raja Nong Chik putuskan.
Malah sebagai pemimpin UMNO Raja Nong Chik sedang membawa kehancuran kepada parti itu dan juga memberikan malu yang cukup besar kepada Perdana Malaysia yang lantik dia.itupun kalau Perdana Menteri jenis yang tahu malu.
Sesiapa sahaja yang tengok program Dialog yang disiarkan secara langsung oleh RTM dapat membaca dan membuat tafsiran bahawa Raja Nong Chik sebelum ini hanya bercakap kosong tanpa fakta kerana beliau sebenarnya tidak tahu apa-apa tentang kesan dan sejaran pemilikan tanah di Kampung Baru itu. Malah keputusan yang dia buat itupun sebenarnya tidak pernah dibincangkan dengan pemilik-pemilik tanah di kampong tersebut dan bila di asak kepada KSU yang menjadi tamu pada malam itu. Secara jelas membuktikan bahawa Menteri Wilayah Persekutuan ini seorang munafik dan pengkhianat melayu baru yang lahir untuk memusnahkan perkampuingan tardisi orang-orang Melayu ini.
Banyak kali dah Koi tengok Raja Nong Chik ni buat silap.Setiap kesilapan dia memberikan imej dan gambaran yang buruk kepada UMNO Wilayah Persekutuan.Merit apa sebenarnya Najib lantik Coffe Boy seperti Raja Nong Chik ini sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Menteri yang bercakap dan bertindak tanpoa berfikir dan menteri yang tidak langsung tahu tentang sejarah Kuala Lumpur dan mungkin juga dia sendiri pun tak tahu apa sejarah yang perlu dia pertahankan di Lembah Pantai.
Untuk Raja Nong Chik, kalau tak tahu bertanya.Belajar daripada orang lama. Kalau sedar diri yang masuk cabinet itu kerana ehsan,jangan bodoh sombong.Baca sejarah kampong tu dan jangan nak tunjuk pandai.
Koi tak pun rasa malu dengan perlantikan ini kerana bukan Raja Nong Chik sahaja yang tidak cerdik tetapi berada dalam cabinet Najib, ramai lagi Menter-Menteri yang bangang,bebal dan tidak membaca sejarah perjuangan Negara bangsa berada dalam cabinet Najib.Jadi tidak hairanlah kalau Raja Nong Chik pun seperti itu.
Sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, dia seharusnya berbincang terlebih dahulu dengan penduduk dan hasil perbincangan itu diseminarkan dan setiap butir persetujuan itu perlu diminitkan tetapi berlainan dengan corak Menteri seekor ni, dia tidak pernah bincang dan terus buat keputusan seolah-olah dia Raja di Kampung Baru dan boleh buat apa sahaja keputusan.
Secara mudahnya lain yang patut dibuat tetapi lain yang Raja Nong Chik cakap.Koi juga tertanya di mana suara Syed Ali yang sebelum ini begitu lantang bercakap tentang hak-hak Melayu dan apakah isu Kampung Baru ini tidak memberikan beliau jiwa untuk bangun mempertahankannya daripada tindakan serta keputusan pengkhianat seperti Raja Nong Chik ini.
Tapi Raja Nong Chik ini juga Koi tengok jenis bodoh sombong, jenis tak nak mengaku silap dan kesilapan yang dia buat, dia bebankan kepada orang lain untuk menjawabnya.Menteri dan KSU yang sama-sama bodoh akhirnya menelan kebodohan mereka sendiri.Terbukti siaran langsung RTM itu memberitahu rakyat, kepimpinan UMNO Wilayah Persekutuan yang ada sekarang ini tidak layak dipercayai dan selagi ada harta Melayu selagi itulah mereka berusaha untuk menjualnya. Kalau inilah jenis Menteri yang diberikan tanggungjawab untuk mempertahankan Melayu, maka bersedialah untuk hilang banyak lagi.
Kita tidak perlu ada pemimpin seperti Raja Nong Chik ini.Pemimpin yang hanya jadi penunjuk arah kepada orang-orang tertentu di sekeliling Najib.Pemimpin yang sedang memporak perandakan Wilayah Persektuan dan kemunculan dia dalam gelangang politik Wilayah Persekutuan ini ukmpama tisu jamban yang tidak berharga dan kita percaya tindak tanduk beliau akan dihukum oleh pengundi di Wilayah Persekutuan ini.
Harapan UMNO untuk kembali berkuasa seperti dulu hanyalah mimpi yang tidak berharga yang lahir dari tidur dan angan-angan Raja Nong Chik semata-mata. Kecuali orang WP yang tak tahu malu sahaja yang akan mengaku bahawa mereka bangga ada Menteri Wilayah persekutuan seperti ini tetapi kepada yang ada harga diri. Tindak tanduk dan kedudukan Raja Nong Chik cukup memalukan. Sudah sampai masanya dia bersara dalam politik dan balik semula jaga kilangnya.Wallah hualam.