Thursday, May 20, 2010

UMNO WP masih bermimpi...

KOI duk tengok,kadang2 Koi senyum,kadang2 Koi gelak dengan karenah kepimpinan UMNO dalam WP ni.Kerja baru mereka selain duduk membahagikan harta atas nama2 projek DBKL dan Kementerian WP, mereka juga dah ada kerja baru, kerjanya menipu rakyat. Mereka cakap nak merakyatkan UMNO tetapi sampai hari ini rakyat terbanyak dalam WP tak tahu pun apa yang UMNO buat untuk mereka.

WP ada Menterinya tetapi rakyat macam tak sedar wujudnya Menteri WP kerana Menterinya asyik masyuk memberikan keutamaan terhadap Lembah Pantai semata-mata.Menterinya macam tak peduli tempat lain kecuali Kg Baru itupun sebab ada projek yang nak dibangunkan.

Suku sakat menteri pula sibuk mengatur projek sana sini. Untungnya bila menteri datang dari Lembah Pantai, suku sakat menteri di Bahagian itu dah jadi kaya raya.Yang muflis pun mewah bergaya, bekas Setiausaha Badan Perhubungan pula turut mengaut untung besar kerana jadi Setiausaha Bahagian, Timbalan pula tak usah ceritalah...BN kalah lagi kat WP ni, pun hidup mereka dan keluarga tidak akan susah atau papa kedana.

Dah setahun lebih kepimpinan baru UMNO WP diberikan tugas,amanah dan tanggungjawab tapi sampai la ni tidak nampak pun sebarang gerakan untuk kembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO. Pemimpin UMNO di peringkat Bahagian cakap berdegar-degar dalam mesyuarat kononnya mereka dah bersedia untuk apa sahaja kemungkinan
walaupun ditakdirkan Parlimen batu itu ada pilihanraya kecil. Mendabik dada, angkuh kononnya BN mampu mengambil balik kerusi tersebut. Sedangkan hakikatnya semua orang tahu.

Koi duk tengok dan bersetuju dengan cakap-cakap kedai kopi, kalau beginilah caranya pentadbiran UMNO di WP ketika ini, usahkan mengambil balik kerusi parlimen yang kalah, kalau tak kena gayanya, PRU13 nanti pembangkang akan sapu bersih termasuklah Putrajaya dan Labuan.

Koi dapat rasakan kepimpinan baru ini langsung tak ada keajaiban atau keistimewaan untuk kembali menyakinkan rakyat bahawa UMNO dan Barisan Nasional perlu kekal relevan di Kuala Lumpur,Putrajaya dan Labuan.Koi tengok tak ada usaha yang konkrit, kepimpinan UMNO WP Koi tengok lemah jiwa raganya,bacul sikapnya dan TSMY hanyalah puppet yang sedang diperbodohkan oleh jawatankuasa dia sendiri.

Barangkali tak salah TSMY cuma kesilapan besar TSMY, dia tidak sedar yang dia sebenarnya mempunyai pasukan kepimpinan yang lemah. Pasukan yang tidak bercita-cita besar untuk kembalikan maruah UMNO dan Barisan Nasional di WP ini. TSMY mempunyai keanggotaan yang hanya mahu menggunakan kedudukan atau jawatan dalam parti bagi menjadi kaya,berkereta besar dan tinggal di banglo mewah.