Tuesday, April 14, 2009

Selepas 13 tahun..Siapa kenakan Suhaili ..!

KOI nampak ada orang yang akan untung bila Suhaili Abdul Rahman kena dakwa di mahkamah Kota Kinablau semalam.Yang di Labuan untung dan ada jugak di Kuala Lumpur ni yang untung. Untungnya, Suhaili kemungkinan besar tidak disambung sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan.

Bila tak disambung, mungkin Yusuf Mahal boleh senyum bangga. Sebelum ni dia kalah bertanding Ketua Bahagian dengan Suhaili, nampaknya dialah calon yang sedang siap sedia pasang badan untuk jadi Pengerusi, maklumlah dia ni MP Labuan. Tapi kabornya dia pernah minta banyak projek denga Perbadanan ni...dan ada orang bagitahu Koi, yang rancang nak kenakan Suhaili ni dialah..pakat pula dengan seorang Ketua Bahagian dari Kuala Lumpur..yang turut katanya nak menyamun di Labuan..

Tapi pasai Suhaili lambat lulus ataupun tak pandang pihak yang ada kepentingan peribadi, maka kenalah buat laporan supaya Suhaili kena tangkap..jadi lepas ni..mudahlah orang yang ada kepentingan tu masuk jarum di Labuan...berebut harta dunia tunggulah natijahNYA.


Yalah..bila Koi baca laporan akhbar, kes ni 13 tahun lalu..yang SPRM beriya-iya mesti ada sebab, mesti ada yang desak oleh pihak yang ada kepentingan. Kena pula sama dengan tarikh Suhaili akan disambung jadi Pengerusi Perbadanan tu..

Koi kesian dengan Suhaili ni..dahlah bini mati, gugur pula jadi calon MP Labuan dan hari ni kena pulak dakwa di mahkamah dan Koi [percayalah, SPRM ni hanya ditubuh untuk dakwa orang UMNO aje...yang rasuah, yang jahat cuma UMNO..PAS, KeADILan baik-baik belaka. Tak pun KOI dengar ada pemimpin pembangkang nak didakwa...dulu dengar Khalid Ibrahim tapi takdak apa pun...agak-agak kes Fairus ni ada ke...?

Koi nak minta Suhaili sabar dan Koi yakin Suhaili akan dedahkan di mahkamah nanti..mengapa jadi begitu...keluarkan semua dokumen...kalau betul Yusuf Mahal terlibat..dedahkan...dan kalau pegawai kepada orang utama yang jadi pernacang kes ni..dedahkan juga..orang WP dah tahu buruknya cuma boss dia je yang tak tahu lagi atau buat-buat tak tahu...KOi tahu sikit-sikit je ...Wallah hu alam.