Monday, April 27, 2009

Hanya 2 orang sign memo singkir Zulhasnan dan Kamaruddin Ambok

LEPAS cuti Koi ada mood nak nulis.Koi nak tunai janji. Koi dah dapat memorundum. Tajuk memorundum yang dihantar pada Najib cukup mudah, Menyingkirkan Pengerusi Perhubungan Wilayah Persekutuan Dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Wilayah Persekutuan. Nyata memo ini berjaya apabila Zulhasnan dan Kamaruddin Ambok tak dapat pegang balik jawatan tu.

Itu pada Koi oklah tapi yang sign memo ni hanya dua orang Ketua Bahagian iaitu Syed Ali, Ketua UMNO Cheras dan Yahya Mat Ghani, Ketua UMNO Batu. Yang Koi dapat tahu, memo menyingkirkan serta memadamkan karier politik bekas Pengerusi dan Timbalan Pengerusi ni berjalan cukup rapi dan sistematik.

Kabornya kumpulan yang nak singkir atau pancung karier politik kedua bekas yang Koi sebut tadi bermula dalam kapalterbang daripada Kuala Lumpur ke Kuala terengganu, dalam kapal tu ada Shafie, Yahya, Syed Ali dan Mustafa Seputeh. Kabornya mereka ni rancang cari jalan bagia mana nak reka memo tu.

Lepas balik dari Terengganu, mereka bincang di hotel Crown Princess, Kuala Lumpur. Yang hadir ialah Shafie, Yahya, Syed Ali, Raja Nong Chik, Ikhsan. Kata putus mereka buat, mereka senaraikan nama-nama yang patut ganti Zulhasnan iaitu Syed Ali, Tengku Adnan, Shafie dan Raja Nong Chik.Peliknya yang lain tak sign.

Selepas tu, kumpulan ni ada ruang main golf di Kelab Golf Sungai Long, program ni dianjur oleh UMNO Wangsa Maju, Najib dan Muhyidin join sekali, tikanilah kumpulan ni desak Najib supaya gantikan Zulhasnan dan Kamaruddin Ambok. Ini ceita yang boleh buat memo tu bergerak dan yang Koi terfikir, adakah Naib juga terlibat, macam Koi tulis sebelum ni..yang ada dalam kumpulan budak-budak nakal dalam WP ni termasuklah Setiausaha Politik dia iaitu Shafie Abdullah, Ketua UMNO Wangsa Maju. Mustahil Najib tak tahu atau sengaja buat tak tahu supaya dia ada alasan untuk singkirkan Zulhasnan dari kabinetnya dan ganti dengan kawannya, Raja Nong Chik.

Koi ada cerita lagi lepas ni..Koi nak dedahkan semua yang terlibat dan sebelum tu, Koi terkejut jugaklah, dalam politik ni cukup dengan dua orang tak suka, kita boleh buang orang tu.Tunggu,,Koi nak sambung lagi lepas ni..Wallahhualam..