Friday, April 10, 2009

Raja Nong Chik tidaklah bersih sangat..

KOI nak tergelak bila Koi jenguk laman web Syed Ali. Rupanya Syed Ali ni kaki ampu, kaki bodek. Bila Koi baca dia ucap tahniah pada Raja Nong Chik, baru Koi nampak wajah sebenar dia, siapa dia. Cara dia ucap tahniah macam Raja Nong Chik tu dah bagus sangat, macam Raja Nong Chik ada bawa tongkat hikmat ataupun tikar terbang yang boleh selesai semua masalah dalam Kuala Lumpur ni.

Tapi yang Koi nampak, Syed Ali macam dah ada jalan untuk dia menggunakan Raja Nong Chik bagi samun apa yang patut dalam Kuala Lumpur ni..,cara bodek Syed Ali ni macam Raja Nong Chik seolah-olah pemimpin yang cukup sempurna sedangkan kita takut, Raja Nong Chik juga ada masalahnya sendiri.

Koi amik jalan tengah bila Raja Nong Chik disahkan sebagai Menteri Wilayah. Koi diberitahu Raja Nong Chik ni pun bukan bersih sangat, sama aje dengan Sye Ali, Abas, Shafie dan Adnan Mansor, cuma Raja Nong Chik agak diam sikit, tak ada terpekik, terjerit terlolong macam Syed Ali.

Dari segi politik Lembah Pantai, dah ada yang bercerita siapa sebenar Raja Nong Chik. Ada yang bagitahu Koi, kalau nak tahu pasai Raja Nong Chik, tanyalah bekas Pemangku Ketua Bahagian Yusri, macam mana Raja Nong Chik tabur duit masa nak lawan Yusri utnuk menang Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai. Maknanya Raja Nong Chik ni bukanlah bersih sangat..itu baru satu perkara dan banyak lagi maklumat-maklumat menarik yang Koi diberitahu pasai Raja Nong Chik ni...akan Koi dedahkan one by one satu hari nanti.

Koi tahu Syed Ali kecewa tapi dia tutup rasa kecewanya bila Adnan Mansor tak jadi Menteri Wilayah, jadi mahu tak mahu dia kena sokong Raja Nong Chik bagi sambung nyawa dia dalam politik Wilayah..sebab tulah khabarnya dia beriya-iya hantar memorundum kepada Najib tak nak Zulhasnan jadi Menteri Wilayah Persekutuan, dia berpakat dengan beberapa orang, katanya yang turut serta serah memorundum tu, Ikhsan Timbalan Ketua UMNO Lembah Pantai, Mustaffa Ketua UMNO Seputeh, Shafie Ketua UMNO Lembah Pantai.

Walaupun Ikhsan babitkan diri, kita percaya ni bukan arahan dari Raja Nong Chik yang memang katanya cukup tergila-gilakan kerusi menteri kerana dia memang ahli politik yang lahir dari hingus dan kahak Najib. Oarang tidak terkejut kerana hubungan Raja Nong Chik dengan Najib ibarat macam seluar dalam yang selalu dipakai.

Jadi pada sesapalah dalam WP, jangan anggap Raja Nong Chik ni bersih sangat. Sharizat mungkin tak boleh lupa macam mana kumpulan Raja Nong Chik sabotaj dia dalam pilihanraya lalu hingga dia kalah ditangan budak hingusan Nurul Izzah dan Yusri cukup tahu bila dia kalah kerana penggunaan wang yang berleluasa oleh Raja Non g Chik kerana nak menang Ketua Bahagian.

Dan semua orang tahu darimana Raja Nong Chik dapat wang yang banyak untuk bukan kilang transformer. Semuanya bakal menyusul. Wallah hualam.