Tuesday, August 3, 2010

Akhirnya pelanduk terjerat juga...

APA yang Koi nak coretkan kali ni ada kaitan dgn keratan akhbar sebelah ini dan berkait jugak dengan tulisan-tulisan Koi sebelum ini.Koi setuju ada yang marah-marah dgn Koi-tu biasa-mcm selalu Koi kata asal jangan fitnah dan nambah-nambah cerita.

Koi tidak terkejut pun bila SPRM kata mereka sdg siasat seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian dan juga The Star,tajuk tu pun tak menggemparkan Koi - dan Koi harap sangatlah siasatan SPRM ni tidak berhenti setengah jalan dan kalau SPRM buntu, Koi nak bantu jugak SPRM berikan nama-nama yang terlibat menerima upah untuk mengundi calon yg SPRM siasat itu.

Tapi Koi yakin SPRM dah tahu, siapa yang terima duit kat tandas Hotel Royale Chulan tu tempat berlangsungnya Mesyuarat seperti BH dedahkan ini dan pengesahan kpd tulisan2 Koi sebelum ni..siapa yg terima duit di Legend Hotel kononnya untuk bayar parking, siapa yang terima duit di Dewan yang ada majlis kononnya majlis koperasi (Wanita pun pandai menipu), dapatlah RM50 setiap sorang…dan Koi tetap yakin SPRM juga tau sapa yang terima duit di rumah seorang Ketua Wanita Cawangan.Dan Koi yakin SPRM dah ada nama-nama ni semua.

Bila SPRM siasat je…Koi dah boleh urut dada yang Koi ni bukan pandai-pandai buat fitnah atau reka cerita…Koi tulis pun sebab Koi ada di tempat yang Koi sebutkan sebelum ni dan tunggu dalam dewan mesyuarat untuk tengok sendiri yang masalah politik wang dalam UMNO ni sebenarnya masih belum tamat.

Masih ada yg tidak peduli parti nak jadi apa.pandangan ahli atau masyarakat kepada UMNO, yg paling mustahak adalah gunakan segala yang ada untuk menang.Maka menanglah tapi tak senang duduk bila jenayah mereka ini dikesan oleh SPRM.

Koi kesian jugak pada yang terlibat ni tapi dah begitu jalan mereka ni pilih..tanggung jelah…pakailah mana-mana Peguam yang handal-handal untuk bela mereka kononnya mereka ini tidak terlibat.Mrk dah pilih jalan kotor dan kalau ditakdirkan mereka kena humban di tempat yang kotor..tanggunglah…tapi Koi percaya `tokey mereka itu mampu selesaikan….kalau dgn SU Agung UMNO pun dia boleh selesaikan macamana nak jadi calon kat Titiwangsa dulu…inikan pula dgn SPRM…tanggung beres pak!

Koi jugak yakin sangat,pegawai2 SPRM dah pun menghubungi ataupun akan menemui beberapa suspek ni..baik yg muda ataupun yang tua..baik Puteri ataupun Wanita…ketika ni dah tak ada sapa dah boleh menipu SPRM tu.Cuma Koi nak tanya.,dah siap ke jawapan bila ditanya nanti…

Koi tak nak ulas panjang2 sangat kerana dah banyak Koi tulis dan tegur sebelum ni..bukan saja di Setiawangsa ni tetapi di seluruh Bahagian tu tapi puak2 ni tetap tak nak berubah jugak dan sambil tunggu kut2 ada yang nak bela kes ni…cuma Koi rasa bangga sikitlah dapat sumbangkan idea dan apa yg Koi tau hinggalah SPRM ambil tindakan dan Koi juga kesian dgn kawan Koi yang sama-sama duk berjuang kat Lembah Pantai dulu tapi akhirnya kami bawa diri masing-masing.

Dan yg Koi bangga sangat tu kawan Koi ni ada blog..baguslah..Cuma tengah duk fikir ni…bila masa kawan Koi ni hebat menulis ni..? Mcm Koi, nak kata hebat sangat tu tidaklah tapi pernah lah kerja kat BH masa muda-muda dulu.Menulis skrg ni pun sekadar nak menyumbang je…maknanya jugak dia dah ada kemajuan tapi Koi Nampak mcm mempertahankan agenda peribadi je tu..sapa dibelakang tulisan dia tu…?

Lagi Koi terkejut..katanya kawan Koi ni dilantik jadi Pengerusi satu NGO.Lagi pening Koi mikirin..Kawan Koi ni banyak sakitnya…kencing manis,darah tinggi dan mcm2 lagi termasuklah Gout dan paling Koi senyum tak habis2..kawan Koi ni tak berapa lancar bercakapnya…tersekat-sekat…Kawan tak pening sangat bila mikirin ini, yang menjadi Koi bertambah pening…org melantiknya tu yang Koi rasa tak berapa sihat…takkanlah dia dilantiknya..mcm tak ada dah orang lain…tapi tahniahlah dgn keperkasaan tu…Walllahhualam..