Monday, July 26, 2010

Tahniah Yayasan Pendidikan Cheras...

KOI tumpang bangga tengok majlis yg Syed Ali anjur bertempat di KL Convention Centre.hebat sungguh majlis tu..ramai tokoh2 hadir termasuklah Timbalan Perdana Menteri, ada Setiausaha Agung UMNO dan ramai lagi pemimpin UMNO daripada Wilayah Persekutuan ni.Mata Koi pun berkilau-kilau dan nampak samar2 je tokoh yang hadir di majlis tu..meja Koi pulak jauh daripada meja tokoh-tokoh hebat ni..berbatek sakanlah…

Majlis hebat mestilah dihadiri oleh orang-orang yang hebat,Kena pula Syed Ali yang buat, tak boleh tidak segala kerja kena tinggalkan,segala yang mustahak lain kena ketepikan dulu demi memenuhi agenda Syed Alu Ketua UMNO Bahagian Cheras ni…Syed Ali kalau buat program, minta maaflah..kecik2 tak main dan kalau panggil perasmi pun, bukan kelas dia nak panggil pemimpin-pemimpin cabuk…Mesyuarat Bahagian dia pun Tun Mahathir yang rasmikan…

Tapi yang Koi tak sedap dengarnya, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO dipercepatkan hanya kerana nak attend majlis Syed Ali ni.Mesyuarat UMNO yg sepatutnya membincangkan hala tuju parti dan Negara dah jadi tak berapa mustahak kalau nak dibandingkan dgn Majlis Ulangtahun Yayasan Pendidikan Cheras ni yang mana Syed Ali adalah pemegang amanah bersama kaum keluarganya itu.

Ramai jugaklah kalangan ahli Majlis Teringi duk bercakap sama sendiri.Mesyuarat yg patutnya diadakan malam telah dipercepatkan pada waktu siang dan sebab itulah mesyuarat tersebut tak ramai ahli MKT yang hadi kerana pertukaran tarikh tu dibuat last minute kerana Timbalan Presiden nak rasmikan Ulangtahun tu.

Koi diberitahu,ramai ahli MKT merungut.Ada yg plan bergerak secukup masa daripada negeri masing-masing tapi bgila dah dipercepatkan..ada yang pousing balik kerana yakin mereka tak sempat samapi pada saat yang diperlukan.Jadula mesyuarat memenag mereka dan tahu awal tapi perubahan itu mereka lewat diberitahu..tak ke menyusahkan tu…

Koi tak nampak Syed Ali ambil kesempatan kerana yg pasti dia dah rancang lama dan Koi pun yakin tarikh mesyuarat MKT tu memang dah dijadualkan ataupun Syed Ali sengaja nak tunjukkan bahawa dia boleh desak mesyuarat MKT tu dipercepatkan kerana majlis dia dan Timbalan Presiden terpaksa dengar kata,bimbang kena sergah kat Syed Ali. Apa pun Koi tak kisahlah…UMNO bukan musatahak sangat pun .

Cuma bagi Koi mesyuarat MKT itu lebih penting kerana UMNO parti yang sedang memerintah Negara dan perlukan pandangan atau apa sahaja berkenaan dengan perjalanan parti dan Negara ini malah majlis Syed Ali itu juga penting tapi tak sepenting mesyuarat MKT itu.Koi diberitahu tak sampai separuh ahli MKT hadir pada mesyuarat petang itu kerana mereka diberitahu perubahan masa mesyuarat itu di saat akhir.

Koi bertanya diri sendiri..beginikah caranya mereka ini melaksanakan agenda parti? Soal majlis itu satu bab tetapi mempercepatkan mesyuarat itu hanya kerana majlis itu,rasanya tak kena sangat.Apa kata orang lain?Pernahkah PM atau TPM batalkan beberapa majlis hanya kerana memenuhi kehendak ataupun keinginan seseorang individu?Atau mesyuarat MKT itu satu kerja main-main?Sekadar melengkapkan syarat dan keperluan sahaja?

Syed Ali pun sendiri sepatutnya tanya dulu adakah majlis dia nanti bertembung dengan jadual penting apa-apa atau sememangnya Syed anggap MKT itu tak mustahak bila dia kalah bertanding untuk ahli majlis tu dan menggunakan kedudukannya sebagai Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan untuk menunjukkan siapa lebih berkuasa ke atas Timbalan Presiden UMNO.kalah MKT pun boleh atur jadual mesyuaratnya..

Syed Ali sedar tak sikap manipulasi beliau ni buatkan ramai kawan-kawan MKT terasa hati.Mcm tak ada tarikh lain sedangkan majlis itu Cuma anugerah semata-mata dan konsepnya pun begitu-begitu aje.Koi tengok majlis ni tak jauh bezanya.menghargai tu Koi setuju tapi banyak cacat celanya.Wallahhualam.