KALI ni Koi cuma nak tanya.Ada orang kata RNC bukan Menteri Wilayah Persekutuan tapi dia lebih sesuai sebagai Menteri Lembah Pantai. Apa kata kita? Sebab yang orang duk cerita yang RNC ni tak sesuai jadi MWP kerana dia sibuk jaga lembah Pantai je...dia tak peduli pun bahagian-bahagian lain kecuali jaga Ketua Bahagian je..suap makan kat mereka ni jer..
Setakat ni dia tak menyumbang apa-apa pun. Ye lah dapat jawatan pun free..tang ni koi setuju..dia tak pernah rasa susah jadi wakil rakyat tetiba je Rosmah dan Najib angkat dia jadi Senator..dapatlah jadi Menteri. Melawatlah dia pasar-pasar--itu je keja dia. Soal UMNO nak jadi apa, lantaklah..yang penting dia dah jadi Menteri.Orang kata pejabatnya penuh dengan Cina, Koi tak pelik sebab isteri RNC berbangsa Cina, jadi selain kawan2, bangsa isteri juga perlu diutamakan.
Koi dah tak peduli. Ada yang komen Koi kerana rasa Koi ada agenda. Ya! Koi ada agenda, Koi ngaku tapi agenda Koi ialah nak tengok UMNO di WP kukuh dan mampu tarik orang melayu selepas kalah teruk pada pilihanraya lepas. Kalah mesti ada sebab, rakyat tak tolak begitu je tanpa sebab dan sepatutnya RNC jangan duk harap Muhyiddin je, kena buat kerja untuk UMNO dan bukannya jaga Lembah Pantai je...Koi bukan orang Syed Ali, bukan orang Ku Nan, bukan orang Zulhasnan, bukan orang Kamarudin Ambok, pun bukan orang Suleiman Mohamed, tidak orang Redzuan Hamid, Mustafa, Yayhya Mat Ghani atau sesiapa tapi Koi orang UMNO yang sayang pada agama, bangsa dan negara.
Koi tak payah nak kejar projek dari UMNO, arwah bapa Koi tinggalkan meniaga yang tak ada kena mengena dengan UMNO dan kerajaan. Masih mampu Koi jaga anak-anak dan cucu walaupun Isteri Koi dah lama Tuhan amik tapi Koi tetap begini, tak payah jadi Timbalan Ketua bahagian macam Ehsan tu yang gunakan RNC untuk dapat dua tiga projek DBKL serentak. Koi tak marah kerana setiap orang tu ada rezeki masing-masing tapi bila RNC jadi pemimpin, jangan duk tengok kawan-kawan je..penting kena tengok UMNO, kena jaga rakyat.
Cuba RNC hantar spy, dengar apa orang duk cakap pasal UMNO WP di tempat makan bangunan PGRM. Macam-macam orang duk kata. Kalau Koi cakap, orang kata Koi nak fitnah, itu satu tempat je..cuba duk dekat kedai mamak Jalan Tunku Abdul Rahman, tempat pegawai-pegawai DBKL selalu makan tengahari, dengar apa umpat keji mereka kepada pemimpin UMNO. Jangan duk dengar cakap yang duk dalam selimut je..
Koi nak bertaruh tak berani sebab tu kerja yang Tuhan marah tapi kalau tengok pada gaya, UMNO WP bolah jalan sekali lagi dalam pilihanraya nanti. Ketika tu, kita tengoklah apa nak jadi kecuali pemimpin UMNO dah berubah.
Koi duk Cheras ni dah lama. Jadi ahli UMNO dah dekat 45 tahun. Sayu dengar orang duk cakap pemimpin UMNO pentingkan diri sendiri, pentingkan kawan-kawan, pentingkan cari makan je, soal UMNO WP dah nak lingkup mereka tak peduli. Ada juga yang syok sendiri, kalau dulu Cheras, kini berjangkit pula ke Wangsa Maju, buat program ingatkan untuk rakyat rupanya kutip derma. Dah papa ke UMNO ku ini?