Wednesday, May 20, 2009

Baguslah kalau dah ada perubahan...!

KOI setuju semua orang kena sokong TSMY. Koi setuju kita kena sokong RNC dan Koi sokong kita kena setuju siapa sahaja yang bakal kena lantik dalam JK Perhubungan UMNO WP. Koi pun tak nak tengok UMNO mati, Koi pun taknak selamanya duk di bawah Tan Kok Wai, MP Ceras ni. Sebab tu kekadang Koi jadi kurang ajar, ada bahasa yang tak sedap bunyinya.

Sejak PR memang besar di WP, telinga Koi makin sakit. Orang duk kata pemimpin UMNO buruk laku, Koi cuba jugak nak pertahankan tapi ada yang betul. Betulnya apabila orang kata pemimpin UMNO syok sendiri, masalah rakyat tak peduli. Bergilir ganti Menteri tapi macam tu jugak. Kekawan didulukan, masalah rakyat tak juga selesai.

Oarng duk cakap merata, dalam WP ni bukan pengundi di WP yang kita dulukan tetapi kita lebih dulukan orang luar. Di Masjid India, berapa ramai yang sokong BN? Meraka ni semua orang luar. cari makan kat KL, mengundi balik negeri masing-masing. Petaling Street dalam kawasan Bukit Bintang, BN tak pernah menang pun tapi yang malunya orang tak suka kita dah lama tapi kita terhegeh-hegeh..

Kita tak pernah nak jengah masalah rakyat contohnya di PPR di Ceras ataupun Pudu Hulu ataupun Alam Damai?Banyak masalah..tu belum masuk kat Sentul...koi tegur kerana Koi tak nak dengar pemimpin BN kena perleceh dek pembangkang...nak ganti lift pun kena tunggu berbulan..keluar TV lagi..sipa tunjuk usung jenazah..

Jadi kita malu bila pemimpin kita tidak efisen. Duk sibuk kenyangkan perut kroni. Rakyat lapar atau susah, lantaklah...dan kalau ada pemimpin UMNO tak dapat projek, dimaki berbakul sedangkan tanggungjawab pada rakyat tak diselesaikan.

Koi bukan perleceh program Syed Ali tu tapi Koi jadi kesian kat Syed Ali, nampak dia saja bersungguh nak tunjuk kekuatan UMNO..orang lain duk senyap je...orang bagitau Koi, Syed Ali belanja ratus ribu..pasai apa..Ceras tu tak pernah pun UMNO bertanding dan MCA pulak tak pernah menang..patutnya Syed Ali bukan kat situ...

Macam Raja Nong Chik ni , dia baru..takdak pengalaman, patutnya bantu tapi Koi dengar sendiri waktu duk makan dengan anak bini di Hilton KL, ada pemimpin UMNO, Koi kenai duk maki hamun Raja Nong Chik..Koi kata kat bini Koi..ni tentu tak dapat projek dan Raja Nong Cik tak rekomen..itu contoh..Koi bukan nak buat fitnah..Koi tulis apa yang Koi dengar.

Macam kes Ramlan..Koi kesian kat Raja Nong Chik..Koi dengar sendiri, org pertikai..pasai apa lantik Ramlan jadi Pegawai Khas..Ramlan tu muflis..Koi mudah aje faham..tujuannya nak jatuhkan air muka Raja Nong Chik...kita ni jangan duk tuduh kalau tak tahu hujung pangkalnya..

Koi sokong sangat kalau kerja tu baik untuk rakyat..bukan sahaja baik untuk rakyat tapi kena baik jugak untuk UMNO dengan BN..masalah dalam UMNO WP ada pada setiap zamannya..zaman Adnan, ada masalahnya, zaman Zulhasnan ada masalah dan kita jangan ingat zaman YSMY dan RNC ni takdak masalah..

Macam juga zaman Menteri..sejak yang Koi tahu..Zaman Mohd Isa, zaman Pandikar Amin, Zaman Zulhasnan, zaman Adnan Mansor..ada masalah masing-masing. Macam mana nak jaga rakyat kalau pemimpin UMNO berebut segala mak nenek dari sekecik sampaias sebesarnya dengan rakyat. Rakyat tengok pemimpin kita rakus, pemimpin kita tamak kuasa dan harta..pemimpin kita lebih peduli nasib dan jawatan dia daripada nasib dan kehidupan rakyat miskin yang tinggal kat bandar.

Jadi bila TSMY kemudi WP, janganlah pulak ada pemimpin dalam UMNO WP nak bocorkan kapal..jangan kerana marah kat Raja Nong Cik, mereka rosakkan belanga besar dalam WP ni..maaflah Koi tak nampak lagi arahtuju BN ke arah nak menangkan pilihanraya nanti..selagi pemimpin UMNO BN duk bertelagah, jangan haraplah nak amik balik kawasan yang kalah sebelum ni...

Koi tak kecik ati langsung dengan komen yang orang tulis kat Koi..Koi terima..takdak hal. Koi bukan jenis ampu..Koi cakap bila Koi fikir betul..kita ni kalau setakat baca, tak selidik terus maki hamun...cucu Koi pun tau..Macam komen Razlan..tentu budak terpelajar...Kalau benar dah ada program..Koi terima itu sebagai pembetulan kepada Koi..dan Koi tak malu nak minta maaf kalau fakta Koi tu silap..Tapi cukupkah program begitu untuk menangkan hati rakyat..? Wallah hualam..