Tuesday, November 25, 2008

Najib kotorkan lidah soal rasuah- Shafie perasuah tegar

NAK tergelak pun ada, macam tak percaya bila Najib bercakap pasal rasuah, politik wang dan macam-macam lagi yang berkait dengan wang. Sejak nak jadi Perdana Menteri ni, Najib nampak bersungguh nak benteras rasuah dan politik wang.

Tapi sebenarnya Najib hanya membebal aje pasal poltik wang dalam UMNO ni, saja nak tunjuk dia komited sedangkan dulu, kini dan selamanya di kelilingi oleh perasuah politik. Najib dah jadi macam burung kakak tua. Terjuih lidah, berbuih mulut.

Najib tak perlu cakap pasal poltik wang pada orang lain, Najib kena ambil tindakan dulu pada SETPOLnya di MOF tu, yang menang secara percuma jawatan Ketua Bahagian Wangsa Maju. Namanya Dato Shafie, gelaran Dr tu tak ada, saja diadakan. Ada laporan BPR pasal Shafie, ada laporan kepada lembaga Disiplin pasal Shafie, Najib tunggu apa? Jangan tengok rumah orang lain, tengok ke dalam rumah sendiri.

Najib tahu tak yang Shafie amal rasuah ni dah lama. Bukan dia sahaja. Bininya pun masa kerja kerajaan dulu pun dah langgar peraturan,jadi Lembaga Pengarah Bukit Kiara sehingga ke hari ini. Masa tu ada bini dia minta kebenaran. Shafie dalam syarikat yang sama, pegang syer 90,000 sehingga ke hari ini. Laki bini dalam satu syarikat. Dapat pulak Perdana V6. Bijak juga Shafie ni, dia letak bini dia jadi Pengarah, dia pegang syer..kong kali kong le tu..Tak percaya pergi siasat..

Soalnya jelas, Shafie lakukan kesalahan dan tidak dapat kebenaran ataupun pelepasan. Najib tunggu apa lagi, BPR tunggu apa lagi. Kenapa tak ada tindakan, kalau awal dah bacul, jadi Perdana Menteri lagilah bacul. BPR kena siasat, Najib jangan campurtangan. Apa, bila jadi orang kanan Perdana Menteri atau bakal Perdana Menteri, orang tu mesti kebal mengatasi undang-undang dan peraturan negara.Boleh buat apa sahaja dan rakyat marhaen ataupun rakyat yang tak kenal rapat dengan pemimpin, cepat aje BPR aatupun Lembaga Disiplin ambil tindakan.

Pegawai-pegawai BPR ke yang bacul sangat ni, Koi nak cadangkan, cari mana-mana lampu isyarat, buka seluar dan telanjanglah kat situ. Ajak sekali ahli Lembaga Disiplin UMNO, Setiausaha Agung UMNO tu.Najib sedar tk lagi yang Shafie dah jadi Peon kepada Dato Tiong, Pengerusi BNBBC. Masa dia nak bertanding KB Wangsa Maju, berapa banyak wang yang Tiong bagi. Cina bagi wang bukan percuma mesti ada sebab.

Sudahlah Najib tak payahlah berkokok takut nanti orang kata kokok berderai, ekor bergelumang dengan tahi. Tak payahlah bercakap banyak, nanti celaka badan kerana dikelilingi oleh seorang dua pegawai yang sial dan majal.