Monday, March 15, 2010

Apalah nasib UMNO WP...

HEBAT sungguh Koi tengok pemimpin UMNO dalam WP ni Masalah rakyat mereka bukan peduli sangat.Soal UMNo mcm hidup segan mati tak mau, mereka bukan peduli pun, soal ahli dah jadi mcm cacing kepanasan kerana tak tau nak buat apa dalam UMNO WP, pemimpin mereka sibuk main golf. Betullah tak salah main golf tu, sukan apa salahnya tapi ada juga yang sering kata golf ni dikaitkan juga dengan judi dan pertaruhan..itu kata oranglah...Koi bab golf ni tak berapa pandai, Koi cuma tahu bab2 lastik burung je...

Koi sendiri tengok pemimpin UMNO dalam WP dah hilang fokus.TSMY pun macam tak dihormati, kena pulak dengan Raja Nong Chik, Menteri ni nampaknya dihormati di Lembah Pantai aje.Kalau nak harap Raja Nong Chik bantu TSMY, mcm jauh panggang dari apilah..TSMY pulak Koi tengok dah macam hidung tak mancung tapi pipi tersorong-sorong. Rakyat dalam WP ni macam tak terasa pun yang TSMY ni Pengerusi Perhubungan.

Banyak masalah lama belum selesai, masalah baru datang pula bertimpa di zaman Raja Nong Chik ni. Orang dah kata Raja Nong Chik dah banyak bohong. Dlm isu PPR, bukan main raja Nong Chik berjanji, berikan dia masa enam bulan, dia akan selesaikan masalah pembelian PPR tapi dah setahun lebih, masalah tak selesai jugak.

Koi adalah duduk-duduk di satu tempat, tengok kawan2 UMNO WP bukan main lagi belasah Raja Nong Chik, Koi pasang telinga dengar.Taraf Menteri Raja Nong Chik dah jadi semakin buruk.Satu demi satu kata penghinaan diletakkan atas Raja Nong Chik.

Ada yang buat perbandingan dengan menteri2 sebelum ini dan ada satu komen yang Koi dengar..`nak buat macam mana2, Raja Nong Chik dipilih oleh PM walaupun rakyat tak pernah undi dia..pilihan PM kena ikut...selagi PM pandang sebelah mata pada masalah yg Raja Nong Chik buat, tunggulah hasilnya pada piliharanraya nanti..'aduh,,buruk sungguh Raja Nong Chik.

nanti koi sambung lagi...