Thursday, May 28, 2009

Tunggu pesta15 tahun Cheras..

KOI duduk bersembang, pekena kopi O di sebuah warung kat Taman Maluri. Kawan Koi ni orang kuat UMNO Cheras. Jangan sekali-kali cuba nak perlekehkan Syed Ali, silap gaya boleh bertumbuk. Bagi dia Syed Ali dah jadi macam Raja dalam WP. Dia tak boleh terima kalu ada orang pefrkecikkan Syed Ali. Bagi dia bila Najib dah puji Syed Ali dalam majlis ulangtahun Cheras baru-baru ni, Syed Ali dah tak ada cacat celanya. Cakap Syed Ali dah macam firman tak boleh sapa-sapa bantah.

( Gambar : Syed Ali dengan Raja Nong Chik bergambar berlatarbelakangkan gerbang 15 tahun UMNO Cheras)

Koi tak amik kesah pun pasai kawan Koi ni. Koi kenai sangat. Dulu sama-sama satu pejabat dengan Koi. Pernah dia makan sepinggan ngan Koi. Jadi Koi tau sangatlah sebabnya bila dia mati-matian pertahankan Syed Ali, bos dia dan Ketua Bahagian Koi.

Cuma Koi cakap ngan dia, program 15 tahun tu bagus..bagus sangat. Najib dah pun lancar, dah lama dah..tapi Koi sebut kat kawan Koi tu..bila dah lancar mesti ada program. Takkan takat lancar aje, lepas tu diam..

Patutnya lepas Najib lancar seluruh cawangan di Cheras termasuklah cawangan Koi buat program meraikan sambutan tu. Macam kita sambut Merdeka, sepanjang bulan tu ada saja program berkaitan dengan Merdeka. Jadi kepimpinan Bahagian Cheras patutnya atur supaya semua cawangan-cawangan dalam Cheras anjur program untuk rapatkan UMNO dengan rakyat.

Buatlah apa program, sukan ke, pertandingan nyanyi ke, ratu cantik ke atau apa ajelah asalkan sesuai dengan sambutan 15 tahun tu. Isi program itu dengan benda-benda yang boleh UMNO Cheras itu dilihat berfungsi ke akar umbi dan bukan setakat di peringkat Bahagian saja.

Koi cakap kat kawan Koi, kita taknak orang kat a,buat program 15 tahun tapi syok sendiri..lepas tu panggil pemimpin negara, puji ketua kita. Tak cukup tu..rakyat ari ni dah tak nak dengar puji-pujian. Rakyat dah meluat. Koi tanya kawan Koi, cuba hang pi tanya kat Bahagian berapa ramai AJK Bahagian jadi pengundi dalam Parlimen Cheras. Tanya Syed Ali pilihanraya baru ni, dia mengundi kat mana?

Koi berhujah dengan kawan Koi ni bukan apa, Koi taknak orang kata Ketua Bahagian Koi syok sendiri. Buat program 15 tahun, makan belanja ratus ribu tapi sasaran akar umbi tak sampai. Yang untung hanya Ketua Bahagian tapi ahli dan rakyat lain macam mana?

Koi bukan bantah program tu..Koi pun bangga tapi Koi pikir apa ertinya program itu kalau rakyat marhaen tak dapat faedahnya? Pada Koi apa yang kita buat mesti sampai ke akar umbi. Bukan syok aje..Koi setuju sangat dengan sampukan orang kat meja sebelah Koi, kata dia cukuplah UMNO tu dengan pesta berfoya-foyanya. Tak perlu sangat buat majlis besar tapi rakyat tetap tolak kita. Buat kecik pun tak apa kerana baik 10 orang tu sokong kita daripada beribu yang tak sokong kita.

Koi kata lagi kat kawan Koi tu..nasib pemimpin UMNO ni macam selipar jepun je..pakai bila nak ke tandas je..dah habis lepas hajat, tukar pakai Bally, Alain Dellon dan jenama lain. Macam juga pasai Dato Seri Zulhasnan Rafiq, pemimpin kita takdak pun nak ucap terima kasih atas sumbangan ataupun kalau ada jasa yang dia buat pada WP. Kita dapat Muhyiddin Yassin dah macam Muhydidin tu Nabi, kita agung-agungkan. Apa salahnya sebagai orang Melayu, kita berlapik mulut ucap terima kasih kepada barisan kepimpinan UMNO WP sebelum ini...

Pada Koi walau zaman Zulhasnan ada sejarahnya tapi kita tak boleh salahkan dia semata-mata. Kita juga turut bertanggungjawab apabila 10 kerusi Parlimen dalam WP pembangkang menang. Apa yang kita sumbangkan? Kita duk sibuk dengan dengki khianat kita dan Koi tanya kawan Koi tu, adakah barisan yang ada ni elok sangat, kalau tengok pada mood rakyat hari ni...2 x5 je..

Kawan Koi lopong. Nampak ngetap bibir. Dia kata nak telefon Syed Ali. Nak bagi tahu Koi kondem dia. Koi jawan simple, Koi tak kondem kalau benda tu betul tapi Koi tak setuju kalau kita lebihkan diri dulu daripada rakyat terbanyak..Wallah hu alam.

Friday, May 22, 2009

Barisan yang cantik tapi cacat..

KOI terima sms ni..senyum Koi dan bila tengok nama Shafie, Koi nitis airmata, sedih. Ingat TSMY boleh jadi pemikir pada UMNO WP tapi macam nak ampu Najib jer..kesian TSMY.

BARISAN KEPIMPINAN UMNO WP


PENGERUSI : MUHYIDDIN YASSIN
T/PENGERUSI : RAJA NONG CHIK - LEMBAH PANTAI
SETIAUSAHA : SYED ALI - CHERAS
BENDAHARI : AZIM - BUKIT BINTANG
KETUA PENERANGAN : SHAFIE ABDULLAH - WANGSA MAJU

KOI nampak cantik barisan ni..Syed Ali balik semula jadi Setiausaha dan Azim kekal, sebab orang lain dah tak reti nak cari duit untuk bantu UMNO WP. Ataupun kononnya TSMY tak nak nampak dia gugurkan semua orang, jadi nak amik ati kekallah Azim...

( Gambar : Syed Ali dah ada jawatan..jadi gunalah jawatan tu untuk UMNO WP..jangan harap sangat kat Shafie tu..mamat tu kaki komisyen..Koi nak pesan..kurangkanlah penyakit dengki, khianat dan cmburu...tengok2 lah cawangan Koi ni..)

Koi nak ucap tahniahlah kepada TSMY tapi Koi terkejutlah tengok senarai nama yang dismskan pada Koi tetiba ada nama Shafie Abdullah yang rasuah komputer riba kepada Ketua-Ketua Cawangan dalam Wangsa Maju sebelum pemilihan Bahagian UMNO dalam pengurusan UMNO WP ni..

Koi tak tau hukum akai mana yang TSMY pakai hingga jadi mustahaknya Shafie ni..bila Koi renung dalam kitab lama..TSMY pilih Shafie pasai dia ni Setiausaha Politik Najib..kira-kira macam nak amik ati Najib lah ni...maknanya TSMY yang dipuja-puja ni bukanlah ada pendirian, bukan nak kaji latar belakang, patutnya dia amik tahulah sapa Shafie ni..selama ni mamat ni hanya duk jual nama Najib aje..kita pun tak tau macam mana Najib boleh amik dia, letak kat pejabat Kementerian Kewangan...ok la tu..rezeki dia...

Tapi bila Koi ingat masa Perhimpunan Agung UMNO, mamat ni kena boo dalam dewan..cakap tak tentu biji butirnya..jadi Koi pikiq macam mana TSMY boleh amik dia jadi Ketua Penerangan. Mamat ni nak terang diri sendiri pun tak boleh sebab asyik duk kira projek yang boleh telan aje kat Kementerian Kewangan, alamatnya barisan TSMY ni terutamanya Ketua Penerangan adalah haprak..

Yang Koi tau, kes rasuah komputer riba masih disiasat SPRM..Koi gerenti SPRM tutup sebab SPRM pun takut kat Najib..TSMY tak tau ke masa mamat ni kata kementerian Pertahanan..orang duk bercakap mamat ni telan komisyen dalam projek PLKN...tapi Koi pening jugak..Najib buat tak tau aje..tapi bila Koi pikir..Ali Rustam, Rafidah Aziz dia boleh amik dan kekal lagi dalam kerajaan dan parti..cakap nak benteras rasuah dari mulut Najib ni, kira busuk jugaklah. kata orang PPR Pudu Ulu..cakap tarak serupa bikin..

Koi setuju sikit dalam bab Syed Ali..sebab masa Adnan Mansor dulu nampak efisen Syed sorang ni..jadi kali ni dia kena buktikanlah..jangan duk cakap aje..marah orang itu orang ni..silap-silap aribulan, dia desak pulak TSMY lepaskan jawatan Pengerusi..tengok gayanya mungkin boleh jadi..yalah TSMY pun tak nampak ada selera pembaharuan yang boleh baiki parti..

Dapat pulak Shafie..alamat hancurlah...apa mamat ni tau buat..mamat ni tau kira duit je..tau kira komisyen..tau ngarah je...program dia buat kat Wangsa Maju, program UMNO jer..program untuk rakyat, habuk pun tarak. Koi tanya kekawan kat Wangsa Maju...ada kawan Koi kata...Shafie dapat jadi Ketua UMNO Wangsa maju dah jadi macam kera dapat bunga..tak tau nak buat apa..cakap buleh ler...bila dah jadi, tak terpikul, orang jadi Ketua dia nak jadi ketua..baik jadi Ketua dkt KMK ajeler..Kita tengok sapa nak maki Koi pulak bila Koi sentuh nama Shafie ni..wallah hu alam.

Wednesday, May 20, 2009

Baguslah kalau dah ada perubahan...!

KOI setuju semua orang kena sokong TSMY. Koi setuju kita kena sokong RNC dan Koi sokong kita kena setuju siapa sahaja yang bakal kena lantik dalam JK Perhubungan UMNO WP. Koi pun tak nak tengok UMNO mati, Koi pun taknak selamanya duk di bawah Tan Kok Wai, MP Ceras ni. Sebab tu kekadang Koi jadi kurang ajar, ada bahasa yang tak sedap bunyinya.

Sejak PR memang besar di WP, telinga Koi makin sakit. Orang duk kata pemimpin UMNO buruk laku, Koi cuba jugak nak pertahankan tapi ada yang betul. Betulnya apabila orang kata pemimpin UMNO syok sendiri, masalah rakyat tak peduli. Bergilir ganti Menteri tapi macam tu jugak. Kekawan didulukan, masalah rakyat tak juga selesai.

Oarng duk cakap merata, dalam WP ni bukan pengundi di WP yang kita dulukan tetapi kita lebih dulukan orang luar. Di Masjid India, berapa ramai yang sokong BN? Meraka ni semua orang luar. cari makan kat KL, mengundi balik negeri masing-masing. Petaling Street dalam kawasan Bukit Bintang, BN tak pernah menang pun tapi yang malunya orang tak suka kita dah lama tapi kita terhegeh-hegeh..

Kita tak pernah nak jengah masalah rakyat contohnya di PPR di Ceras ataupun Pudu Hulu ataupun Alam Damai?Banyak masalah..tu belum masuk kat Sentul...koi tegur kerana Koi tak nak dengar pemimpin BN kena perleceh dek pembangkang...nak ganti lift pun kena tunggu berbulan..keluar TV lagi..sipa tunjuk usung jenazah..

Jadi kita malu bila pemimpin kita tidak efisen. Duk sibuk kenyangkan perut kroni. Rakyat lapar atau susah, lantaklah...dan kalau ada pemimpin UMNO tak dapat projek, dimaki berbakul sedangkan tanggungjawab pada rakyat tak diselesaikan.

Koi bukan perleceh program Syed Ali tu tapi Koi jadi kesian kat Syed Ali, nampak dia saja bersungguh nak tunjuk kekuatan UMNO..orang lain duk senyap je...orang bagitau Koi, Syed Ali belanja ratus ribu..pasai apa..Ceras tu tak pernah pun UMNO bertanding dan MCA pulak tak pernah menang..patutnya Syed Ali bukan kat situ...

Macam Raja Nong Chik ni , dia baru..takdak pengalaman, patutnya bantu tapi Koi dengar sendiri waktu duk makan dengan anak bini di Hilton KL, ada pemimpin UMNO, Koi kenai duk maki hamun Raja Nong Chik..Koi kata kat bini Koi..ni tentu tak dapat projek dan Raja Nong Cik tak rekomen..itu contoh..Koi bukan nak buat fitnah..Koi tulis apa yang Koi dengar.

Macam kes Ramlan..Koi kesian kat Raja Nong Chik..Koi dengar sendiri, org pertikai..pasai apa lantik Ramlan jadi Pegawai Khas..Ramlan tu muflis..Koi mudah aje faham..tujuannya nak jatuhkan air muka Raja Nong Chik...kita ni jangan duk tuduh kalau tak tahu hujung pangkalnya..

Koi sokong sangat kalau kerja tu baik untuk rakyat..bukan sahaja baik untuk rakyat tapi kena baik jugak untuk UMNO dengan BN..masalah dalam UMNO WP ada pada setiap zamannya..zaman Adnan, ada masalahnya, zaman Zulhasnan ada masalah dan kita jangan ingat zaman YSMY dan RNC ni takdak masalah..

Macam juga zaman Menteri..sejak yang Koi tahu..Zaman Mohd Isa, zaman Pandikar Amin, Zaman Zulhasnan, zaman Adnan Mansor..ada masalah masing-masing. Macam mana nak jaga rakyat kalau pemimpin UMNO berebut segala mak nenek dari sekecik sampaias sebesarnya dengan rakyat. Rakyat tengok pemimpin kita rakus, pemimpin kita tamak kuasa dan harta..pemimpin kita lebih peduli nasib dan jawatan dia daripada nasib dan kehidupan rakyat miskin yang tinggal kat bandar.

Jadi bila TSMY kemudi WP, janganlah pulak ada pemimpin dalam UMNO WP nak bocorkan kapal..jangan kerana marah kat Raja Nong Cik, mereka rosakkan belanga besar dalam WP ni..maaflah Koi tak nampak lagi arahtuju BN ke arah nak menangkan pilihanraya nanti..selagi pemimpin UMNO BN duk bertelagah, jangan haraplah nak amik balik kawasan yang kalah sebelum ni...

Koi tak kecik ati langsung dengan komen yang orang tulis kat Koi..Koi terima..takdak hal. Koi bukan jenis ampu..Koi cakap bila Koi fikir betul..kita ni kalau setakat baca, tak selidik terus maki hamun...cucu Koi pun tau..Macam komen Razlan..tentu budak terpelajar...Kalau benar dah ada program..Koi terima itu sebagai pembetulan kepada Koi..dan Koi tak malu nak minta maaf kalau fakta Koi tu silap..Tapi cukupkah program begitu untuk menangkan hati rakyat..? Wallah hualam..


Sunday, May 17, 2009

Apa Muhyiddin nak buat dengan UMNO WP ?

APA nak jadi dengan UMNO WP ni? Badan Perhubungan lain dah buat mesyuarat. Dah lantik orang itu dan orang ini tapi di WP masih bengap lagi. Dah ada Pengerusi baru, Timbalan Perdana Menteri lagi dan ganding pulak dengan Menteri WP yang baru Raja Nong Chik, patutnya dah buat perlantikan kerana UMNO WP dah dekat nak mati dah ni..


Najib kata UMNO kena dekat dengan rakyat..sampai hari ni tak ada pun program yang dekat dengan rakyat..UMNO lain senyap sunyi kecuali Syed Ali buat program di Cheras khabarnya telan belanja ratus ribu.. Tu..orang kuat najib kat Wangsa Maju..tunggu apa lagi...takkan tak ada program rakyat..katanya rakyat nak didahulukan...takkan nak mengampu Najib aje...

Koi nak juga tengok transformasi UMNo di WP..yalah baru ni kalah teruk dalam pilihanraya..salahkan orang itu dan orang ini tapi datang yang baru, macam tu jugak...Koi tunggu jugak sapa yang nak dilantik..adakah syed ali dilantik balik Setiausaha, kekal ke Azim jadi Bendahari..betul ke abas batu jadi Ketua Penerangan..orang dah duk bercakap tapi sampai hari ni UMNO WP tak pun bermesyuarat...

Dia orang ingat jaga parti ni main-mainkan..macam program Pondok-Pondok Nabil kat TV9 tu ke..UMNO WP tak rosak tapi kerana ada sorang dua pemimin nak rosakkan parti maka jadilah UMNO WP ni kalang kelibut...dah macam tak tahu nak buat apa..agak-agaknya ada daripada dia orang ni duk sibuk hafal Yassin, nak baca waktu nak talkinkan UMNO...

Dalam pada tu Koi nak jugaklah sebut pasai Raja Nong Chik ni..ada orang bagitau raja lantik Ramlan Askolani jadi pegawai Khas di UMNO Bahagian Lembah Pantai..tak salah lantik kawan tapi yang salah Ramlang tu muflis, salah dari segi peraturannya. Lantik lagi jadi Setiuasaha satu Jawatankuasa yang melibatkan perumahan, salah lagi tu..banyak lagi orang-orang UMNo yang boleh Raja pilih.

Dan setakat hari ni Koi tengok Raja macam jadi Menteri WP untuk Lembah Pantai je..asyik2 program Lembah Pantai je..macam tak ada program kat Kepong ke, Wangsa Maju ke, Cheras ke, Setiawangsa ke atau Cheras atau Bandar Tunrazak ke..orang dah bercakap..Raja bukan jadi Menteri tapi jadi Pak Turut kepada Datuk Bandar...maklumkan Raja ni bukan tahu apa pun..tup-tup dilantik jadi Menteri sebab kawan baik Najib..macamlah Adnan dan dengan Yusuf Mahal tak layak..

Koi tengok UMNO WP ni lambat bertindak..dan kalau inilah caranya jangan haraplah nak menang balik kawasan yang pembangkang menang..Koi tengok pemimpin UMNO kat WP ni asyik nak isi tembolok sendiri je..tak fikir pasai parti..

Muhyidin kenalah agresif sikit..memanglah negeri lain banyak masalah tapi WP lagi banyak masalah..patutnya bentuk dulu JK di WP..lepas tu nak berambus ke negeri mana pun lantaklah..sekurang-kurangnya ada kat WP yang boleh buat keja..dah ada Setiausaha, SUK, Bendahari, Ketua Penerangan..mereka ni bolehlah rancang program..takkanlah dah dapat jadi TPM dan Timbalan Presiden tetiba jadi tak boleh fikir..

Nak harap Raja Nong Chik dia ni Timbalan je..pengalaman pun tak ada jadi patutnya Muhyididn bagi tumpuan kat UMNO WP..kalau tau atau banyak sangat tugas lain, yang sangup terima jadi Pengerusi Perhubungan tu buat apa..macamlah dalam WP dah tak ada pemimpin lain yang bagus..Wallah hu alam.

Saturday, May 9, 2009

UMNO WP paling ramai pengampu..

KOI malas nak layan komen2 tak ada kelas yang masuk dalam blog Koi ni..bagi Koi setiap org ada hak, baik hak yang bodoh atau yang cerdik.terpulang. Dan Koi lama tak menulis bukan apa..Koi balik kampung, tengok ladang Koi, tengok kambing boer yang Koi bela, tengok kolam ikan patin dan jugak ternakan ayam daging..

Jadi Koi nak bagitahu, Koi hidup bukan tadah tangan macam orang lain, Koi usaha sendiri. Tak pinjam duit bank pun..harta arwah bapak dan emak Koi tinggal, tak habis makan sampai ke cucu Koi pun..Koi bukan kaki bodek pemimpin UMNO, Koi bukan ampu macam seorang dua dalam WP yang Koi kenal..Koi bukan kaki ampu Syed Ali, bukan kaki ampu Shafie dan tak pernah mengampu Zulhasnan pun..niat memang nak jumpa tapi kawan yang janji, bila Zulhasnan dah tak jadi menteri, hilang dengan janji-janjinya.

Biasalah tu..kata orang kampung Koi, kita ni bila dah takdak kuasa, usahkan kawan lalat pun tak nak hinggap. Begitu jugalah dengan nasib Zulhasnan, usahkan masa tak ada kuasa, bila ada kuasa pun kawan-kawan dia dalam WP nak cantas politik dia..Koi setuju sangatlah nasib kita ni yang tentukan Tuhan..jadi Koi nak pesan jugaklah, kita ni jangan terlalu gembira dengan kejatuhan orang lain..hari ni hari dia, hari kita belum tahu lagi..takut bila kita jatuh nanti..usahkan lalat, langau pun tak nak hurung kita..jadi kalau sokong pemimpin yang ada hari ni..berpada-padalah..

Koi nak cerita kali ni pasai Adnan Mansor dengan Rauf..SUK UMNO yang baru. Orang dah cerita Adnan memang tak berkenan sangat dengan Rauf ni tapi pasai Rauf ni katanya baik dengan Elis Noor, bekas Setpol Najib yang katanya sekarang ni dok jaga jadual Rosmah Mansor, Adnan kena terima jugaklah..kena senyum walaupun sakit hati dia hanya dia saja yang tahu..

Rauf ni penyangak besar dalam WP. Tanya orang Bukit Bintang. Tanya Norza.Tanya Azim dan tanyalah sesiapa sahaja. Rauf ni jenis manusia suka amik kesempatan dan dia berjaya jadi SUK kerana pandai amik kesempatan, Jadi terkial-kiallah Abu Khamis yang dok nak sangat jadi SUK UMNO, Adnan pun suka dengan Abu Khamis ni..

Ada orang bagitahu Koi, Adnan langsung tak tunjuk muka ketika Syed Ali yang syok sendiri anjur ulangtahun UMNO Cheras. marah betoi Adnan bila Najib lantik Rauf dengan tidak bincang dengan dia..Koi pun heran jugaklah apa manderam yang Elis Noor tiup kat Najib dan apa pulak agenda Elis Noor dengan Rauf..?

Yang Koi dengar lagi..ada jugak yang kata Rauf ni ada kena mengena dengan Norita yang katanya mati kena bunuh di kondo Damansara. Kes ni senyap jer..kalau betoilah rauf terlibat, ada skandal dengan Norita..mak lengkaplah skrip buruk pengurusan UMNO...dahlah ada yang tuduh Adnan tipu waktu pemililhan MKT UMNO dulu..kerna nak menangkan kawan baiknya Hamzah Zainuddin dan jugak arahan menangkan Hishamuddin untuk jadi VP UMNO, Adnan sanggup tipu waktu kira undi..itu tak pelik keran Adnan memang begitu..

Koi yakin sangatlah dan yakin macam orang lain, hayat UMNO ni dah tak panjang. Koi tak heran pun kerana selama ni Koi hidup, besarkan anak dan cucu bukan kerana mengampu UMNO tapi Koi kesianlah dengan penyokong UMNO ni..yang hidup mengemis daripada orang-orang UMNO..amik upah hantar komen, kritik Koi dan macam lagi-lagi. Kalau tak ada orang UMNO bagi upah..agak2nya mereka ni jadi pengemis dok kat tangga Puduraya..

Koi nak pesan jugaklah..pada orang yang dok gelak kerana orang lain jatuh atau hilang kuasa atau hilang pangkat..jangan dok gelak besar sangat..setiap dari kita akan ada hari pembalasannnya..Wallah hualam..