Wednesday, February 25, 2009

Nak marah? marahlah,,

KOI amat-amat tertarik dengan satu komen dari Sani AU2. Koi tak nak komen panjang-panjang, tapi sebenarnya Sani ni tak tahu apa-apa. Koi tak nak polemik, Cuma nak bagi tahu Sani kalau nak masuk gelanggang, kena tahu cerita sebenar. Soal Sani dengan Pengerusi Perhubungan, itu soal Sani, Koi tak minat nak campur.

Sani banyak dengar cakap, kata mat saleh `hear say'. Koi tak dendam ngan sapa-sapa. Koi cuma tak berapa suka hipokrit, Jangan bimbang, Koi akan dedahkan sapa Koi apabila tiba waktunya,

Semalam blog koi teruk kena bantai, takpa, Kalau Koi ada kepentingan, Koi boleh sekat komen-komen tu tapi Koi tak buat. Pada Koi sapa pun boleh berhujah, Koi dengan cara Koi, bila Koi tulis pasal individu, individu tu saja, Koi tak kaitkan dengan orang lain.

Takdak sapa-sapa belakang Koi, buat blog bukan kena bayar dan kalau Koi ada penaja, dah lama Koi buat portal atau laman web. Jadi Koi buat blog ni kerana nak belajar menulis, orang baru kadang-kadang bahasa kasar tapi nak buat camna, dah gitu kaedah Koi.

Apa yang Koi tulis adalah tanggungjawab Koi, hak peribadi Koi. Walaupun Koi jauh dari bandar Kuala Lumpur ataupun WP, Koi sentiasa perhati dari jauh.

Koi sedar, orang baru mcm Koi ni banyak kelemahan. Yang Koi kenal rapat Shafie, Ketua Wangsa Maju, itupun sebab sekampung. Biasa mandi lumpur, terjun sungai, cari anak ikan dibaruh atau sawah lepas musim menuai. Yang lain Koi buat kajian secara rambang, tanya pandangan kekawan dan hasilnya itulah yang Koi tulis.

Maaflah kalau ada yang tersinggung..

Tuesday, February 24, 2009

Bila tembelang Syed Ali terdedah

WAH..wahhh..marah betoi Syed Ali bila kena kritik, kena dedah tembelangnya. Siap pasang seluruh juak-juak politiknya untuk menyerang tulisan di bawah ini. Kabornya Syed Ali hantar sms kepada seluruh orang mengutuk tulisan di bawah ini. Kenapa Syed Ali melenting sangat ni?

Ingatkan Syed Ali berjiwa besar, sanggup terima kritikan. Ya lah, dalam hebat dia menjerit sana sini, terpekik terlolong suruh Pak Lah letak jawatan dan semua orang UMNO letak jawatan, bila ada tulisan mendedahkan dan melondehkan dia, dia tak dapat terima. Siap dengan maki hamun kononnya tulisan itu memfitnahkan dia. Masya Allah. Jangan jadi munafik Pak Syed!

Betoi kita tak nafikan ada yang kata dia lantang, UMNO perlu pemimpin macam ni tetapi kita nak tanya kelantangan beliau itu untuk apa, dalam UMNO sedang berdepan masalah, dia tak boleh menyalahkan orang lain, patutnya dia bersama dalam saf membetulkan kepincangan, dia tak patut suruh orang itu bdan orang ini letak jawatan kerana semua orang harus mengambil tanggungjawab apabila rakyat menolak UMNO.

Syed Ali kena buktikan bahawa dia mengundi dalam pilihanraya baru-baru ini. Syed Ali kena buktikan dia mengundi dimana, yang pasti dia bukan pengundi Cheras. Syed Ali jangan berlagak menunjukkan dia baik. Koi ada rekod buruknya dalam UMNO. Syed Ali tak payah nak mengkambingkanhitamkan orang lain bagi menghalalkan segala apa yang ia lakukan dalam WP. Syed Ali bukan jenis pemimpin yang menghormati pemimpin. Syed Ali umpama badut tua yang jenaka politiknya kadang-kadang menghiburan dan kadang macam orang bodoh sombong.

Koi nak cerita panjang lagi tapi Koi nak bagi peluang Syed Ali muhasabah diri. Syed Ali jangan main api, Syed Ali jangan ingat dia sahaja betoi, selama ni tak ada orang kritik dia, dia megah atau merak macam dunia ni tak akan kiamat.

Koi tetap pertahankan tulisan Koi sebelum ini. Syed Ali macam Tok Dalang wayang kulit dan dia pun lebih kurang Anwar Ibrahim, menggunakan kepandaian berhujah untuk menutup kelemahan diri sendiri sedangkan di sebalik gayanya, dia macam burung kakak tua.

Sudahlah tu Syed Ali..nak tanya pencacai, berapa pula Syed Ali bayar untuk menghantar komen2 bagi menyerang tulisan ni..

Friday, February 13, 2009

Perwakilan - Awasi calon ini ....

SATU peringatan kepada seluruh perwakilan untuk melihat jati dirii UMNO sebenarnya seorang ahli politik yang bernama Syed Ali Al-Habshee. Jangan mudah terpedaya dan termakan dengan segala retorik pemimpin yang sering mengaku sebagai pejuang UMNO yang tulen.

Selain beberapa nama yang perlu ditolak, Syed Ali antara calon yang perlu difikirkan dengan lebih mendalam. Apabila seseorang calon suka memburukkan orang lain, menghasut orang lain, sesesungguhnya Syed Ali TIDAK LAYAK untuk dipilih sebagai wakil MKT.

Antara sebab lain, setakat ini, ini dulu yang disenaraikan, fikirkanlah :

1. Calon ini adalah antara perosak kepada keharmonian UMNO Wilayah Persekutuan.

2. Menggunakan UMNO hanya untuk kepentingan peribadi.

3. Vokal tetapi umpama tin kosong. Nampak macam pejuang UMNO tetapi tidak mengundi dalam Pilihanraya ke 12.

4. Tidak menyalurkan peruntukan RM 700,00 untuk Pilihanraya ke 12. Bila tidak salur, kemana Syed Ali bawa wang tersebut?

5. Kononnya tidak mahu menang dalam pertandingan MKT UMNO dengan cara rasuah tetapi ada yang mengaku menerima RM 500 - RM 1,000 bagi membeli undi daripada pihak beliau. Cakap tidak serupa bikin.

6. Antara pemimpin yang syok sendiri. Kononnya beliau boleh menjadi jaguh di Wilayah Persekutuan.

7. Budak suruhan kepada Adnan Mansor, Ketua UMNO Bahagian Putrajaya yang juga Setiausaha Agung UMNO Malaysia.

8. Kerana kecewa tidak terpilih sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP, dia menyerang Zulhasnan, Menteri WP dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP.

9. Kerana marahkan Zulhasnan yang kononnya tidak membantu beliau untuk mendapatkan empat ekar tanah di Cheras, dia menghasut perwaklian supaya tidak mengundi Zulhasnan sebagai ahli MKT UMNO.

10. Hanya menggunakan jawatan UMNO di Cheras untuk kepentingan peribadi sedangkan dia bersama dengan hampir keseluruhan AJK UMNO Cheras bukan pengundi dalam Parlimen Cheras.

11. Cukup bijak manipulasi isu untuk kepentingan politiknya dalm semua isu.

12. Membayar secara bulanan kepada beberapa orang wartawan baik daripada media cetak ataupun elektronik untuk mempromosikan beliau supaya dilihat hebat untuk survival politiknya.

Meskipun UMNO perlukan perubahan, perwakilan diingatkan untuk tahu dan matang membezakan antara pemimpin yang mampu berkerja tanpa cakap berdegar-degar kalau mahu dibandingkan dengan Syed Ali yang hanya tahu menjerit terpekik terlolong macam orang mabuk todi.


Perubahan perlu daripada yang buruk menjadi elok tetapi memenangkan Syed Ali, tidak mustahil, lepas ini dia akan buat kenyataan supaya pemilihan UMNO diadakan semula kerana dia tidak menang.Orang yang mengaku hebat sebenarnya tidak mempunyai apa-apa idelisme. Fikirkanlah.

Monday, February 9, 2009

Politik jahat dan biadap Syed Ali & Shafie

KOI dah lama dah tengok gelagat Ketua UMNOBhg Cheras, namanya Datuk Syed Ali Al-Habshee. Seronok tengok gelagat dia, menjerit sana sini, suruh orang tu dan orang ni letak jawatan, pecat orang itu dan orang ini, ganti orang itu kepada orang ini. Pendeknya bab pecat memecat ataupun ambik tindakan cukup seronok keluar dari mulut Syed Ali.

Kadang-kadang tengok dia berhujah dalam TV ataupun surat khabar macam nak terkeluar lidah ataupun bijik mata. Kononnya dia nak tunjuk dia orang perjuangan, ada prinsip, sayangkan parti, kasihkan Barisan Nasional tetapi bila Koi selidik, tanya khabar kawan-kawan, rupa-rupanya Syed Ali ni jenis pemimpin yang cakap tidak serupa bikin, syok sendiri. Dia nak tunjuk dia bagus rupanya ada sebab kerana nak bertanding Majlis Kerta Tertinggi UMNO Mac ini.

Tetapi perwakailan kena diberitahu siapa Syed Ali ini? Kalau dengar cakap dialah antara pemimpin hebat, berani tetapi sebenarnya dia ni tidak ada apa-apa. Pegang Ketua UMNO Bahagian Cheras tetapi tidak membantu Barisan Nasional Cheras dalam PRU lalu. Hari mengundi dia lari pi Penang.

Takpa jugaklah yang paling tak sedap bila ada kalangan kawan-kawan dari Cheras bagitahu, peruntukan hampir 700 ribu yang sepatutnya dibelanjakan dalam PRU lalu, Syed Ali simpan dan tak guna pun duit tu. Khabarnya pihak UMNO Malaysia pun tahu kisah duit ringgit yang dikatakan telah ditelan oleh Syed Ali dan konco-konconya ini. Malah hampir tiga suku AJK UMNO Bahagian Cheras bukanlah pengundi dalam Parlimen Cheras, jadi Syed Ali hanya guna UMNO untuk kepentingan diri sahaja.

Itu cerita bab duit dan kerenah Syed Ali, yang baru sampai ke telinga Koi, Syed Ali bersama dengan Shafie Abdullah sedang menjalankan gerakan di seluruh negara mempengarahui perwakilan UMNO supaya tidak memilih Zulhasnan, Pengerusi Perhubungtan UMNO WP untuk menang jawatan MKT dalam pemilihan parti mereka nanti.

Khabar yang sampai ke telingan Koi, ada perwakilan yang dibayar supaya tidak pilih Zulhasnan. Koi jadi pelik dengan perangai orang UMNO terutama sekali dalam WP. Apa penyakitnya sampai ada kumpulan masing-masing. Yang benci sangat Syed Ali kepada Zulhasnan kenapa, kita pun nak tahu, takkan kerana tak dapat tanah di Ceras, Syed Ali jadi macam katak mabuk hujan.

Kita nak pesan kepada perwakilan UMNO, kita percaya mereka cerdik, matang dan tahu memilih yang mana tong bersisi dan yang mana tong kosong. Mcam Syed Ali ni, kalau perwakilan tak suka Zulhasnan tetapi janganlah pilih Syed Ali sebagai wakil MKT dari WP, pilihlah orang lain tetapi kalau sekadar nak berpolitik, menjerit terpekik terlolong tapi kesanya tidak ada apa kepada parti, orang yang paling sesuai adalah Syed Ali. Kalau UMNO nak pemimpin jenis yang syok sendiri, tak lain tak bukan orangnya adalah Syed Ali Al-Habshee.

Macam Shafie pulak, Koi tak tahu dia ni jenis apa, bangsa apa, keturunan mana, Koi dan kawan-kawan nak sangat tahu, apa dosa Zulhasnan kepada dia tetapi yang Koi tahu, Shafie banyak dosa kepada Zulhasnan. Cuba Shafie bangun pagi, tengok muka kat cermin- tanya pada diri, wajar tak dia bagi duit kepada perwakilan supaya tidak mengundi Zulhasnan, cuba tengok sekeliling rumah, wangt siapa yang Shafie gunakan untuk tinggal di rumah mewah tu.

Jadilah orang Islam yang baik. Jangan jadi diri seperti anjing, saat tersepit cari kawan untuk bantu tapi bila dah terlepas, digigit pula orang yang membantu.