Friday, January 23, 2009

Malangnya Norza Zakaria !

KOI kesian tengok budak Norza tu.Bersungguh sekali nak menang MKT. Bawak pulak penyapu buruk yang dah tak laku di Wangsa Maju, namanya Idris. Idris ni jugaklah antara yang menjadi punca Astaman kena gantung dan kini Norza pula berdepan dengan hukuman gantung oleh UMNO dan mungkin hukuman penjara oleh SPRM.

Kesan dari ghairah nak bertanding, dia lupa ada perangkap yang menanti beliau dan Koi percaya Norza diperangkap oleh orang yang tidak senang dengannya dan ada pula yang kata, Shafie Abdullah yang merancang segala apa yang berlaku pada Norza di Temerloh itu.

Norza bernasib malang kalau nak dibandingkan dengan Ali Rustam ataupun Mat Taib yang juga hebat menabur duit untuk menang jawatan Timbalan Presiden UMNO. Ataupun nasib Norza tidak sama dengan beberapa orang calon-calon Naib Presiden juga hebat menabur duit.

Norza sedar mungkin dengan tak ada apa-apa jawatan dalam politik Wangsa Maju, dia perlu berkerja keras untuk menang MKT tetapi sayangnya, kokok masih belum apa-apa, ekornya sudah bergelumang tahi.

Di Wangsa Maju, karier politik Norza dah dicantas oleh Shafie kerana Shafie merasakan Norza bukanlah calang-calang orang walaupun tingginya tidak sampai lima kaki dan kerana itulah Shafie tidak mencalonkan nama Norza untuk bertanding MKT termasuklah Zulhasnan Rafique dan Astaman Abdul Aziz.

Tapi Koi percaya Norza ada hujah tersendiri untuk membela diri daripada dituduh membeli undi dan kalaupun ada tuduhan dan terpaksa menerima hukuman, Norza kena reda kerana dalam politik orang sanggup menggunakan apa sahaja asalkan musuh mereka berjaya dilumpuhkan.

Koi pun heran jugak, darimana Norza dapat duit sebanyak itu dan belli perwakilan dengan menabur duit sebegitu rupa sedangkan beliau hanya bekas Setiausaha Politik Menteri Kewangan 2? Duit datang dari langit ke ataupun Norza jugak dah jadi macam Shafie yang jadi hamba cina.

Thursday, January 8, 2009

Najib atau Shafie yang nak jadi PM ?

SHAFIE ABDULLAH, Ketua Bahagian Wangsa Maju yang dapat jawatan kerana helahnya yang penuh licik sedang hebat merancang untuk menggulingkan kepimpinan UMNO WP. Itulah SMS yang Koi terima. Malah Koi diberitahu, Shafie juga sedang menjalankan rancangan untuk menukar seluruh kepimpinan UMNO Malaysia bagi melengkapkan penguasaannya dengan menggunakan nama Dato Najib atas kedudukannya sebagai Setiausaha Politik Dato Najib.

Senarai bayangan kepimpinan UMNO WP yang sedang dirancang oleh Shafie -

Pengerusi- Shafie Abdullah - Wangsa Maju
Timbalan Pengerusi - Syed Ali - Cheras
Setiausaha - Mustafa - Seputeh
Bendahari - Adnan Mansor - Putrajaya
Ketua Penerangan - Yahya Mat Ghani @ Abas Batu

Koi tak tahulah apa yang Najib buat. takkan tengok aje Setpolnya sedang salah gunakuasa, jual nama beliau. Shafie yang ada kes rasuah pun Najib selindungkan. Shafie yang jadi barua Cina, Najib macam restunya. Malah ada yang kata, Shafie dah tak pakai RM tetapi sekarang ni dah pakai Us, Euro dan Paund.

Koi pun dah pening tengok sikap Najib ni. Macam dah kena nasi kangkang dengan Shafie, tak berani buat apa.

Tuesday, January 6, 2009

Bila 'penyamun' jadi ketua

LAMA betul Koi cuti. Ada yang email tanya, apa dah jadi dengan budak kuala lumpur ni. Hidup lagi ke..Insya Allah, panjang umur cuma rezeki aje tak berapa ada sekarang ni,,maklumlah kerja sendiri. Tapi bukan bermakna lama tak up date, Koi tak tahu apa cerita dalam Kuala Lumpur.

Koi buka lembaran tahun baru 2009 ni, nak cerita sikit pasal busuk hati, khianat, dendam tak sudah-sudah di kalangan sesama sendiri ahli UMNO di Wilayah Persekutuan. Sekarang ni sedang bergerak satu kumpulan didalamnya ada Syed Ali Cheras, Adnan Mansor Putrajaya, Shafie Abdullah Wangsa Maju, Mustafa di Seputeh dan terbaru Abas di Batu untuk memperkecilkan Zulhasnan Rafique sebagai calon MKT untuk pemilihan bulan Mac nanti.

Kumpulan ini beriya-iya dengan bantuan beberapa orang balaci menjalankan agenda jahat untuk memastikan Zulhasnan kalah dalam pemilihan nanti. Modus operandi mereka cukup mudah, mereka gunakan orang-orang yang gagal mendapat kepentingan peribadi daripada Zulhasnan sebagai Menteri Wilayah, orang-orang inilah yang akan caci maki serta memperlekehkan Zulhasnan luar dan dalam.

Ada orang bagitahu Koi, ada satu dua orang yang memang kerjanya mencari upah memaki pemimpin bukan sahaja Zulhasnan, Pak Lah dan Najib pun mereka balun sama. Keraja balaci ini adalah menerima daripada kumpulan yang disebutkan di atas tadi tetapi balacu ini boleh berpaling tadah sekiranya orang yang mereka caci maki itu panggil mengadap. Ada peluang makan keliling.

Tapi malangnya orang yang mereka maki itu tidak sedikit pun peduli dan inilah yang membuatkan mereka lagi cuak dan mulalah mereka-reka cerita untuk memburukkan lagi. Tapi yang herannya tukang dengar tu melopong aje. Sudahnya tukang dengar yang kena bayar makan atau minum.

Koi pun heran, sepatutnya mereka semua ini duduk semeja, bincang, muzakarah mana yang patut dan sama-sama bermuhasabah diri. Bukannya duk mengata satu sama lain. Mereka ni sedar ke tidak bahawa rakyat makin benci. Mereka bukannya benci sangat pada UMNO tetapi benci kepada pemimpin UMNO yang duk berebut gila jawatan dan akhirnya menyamun harta rakyat,

Patutlah UMNO kalah. Dapat pemimpin cakap berdegar-degar. Suruh orang tu letak jawatan, orang ni letak jawatan tetapi ekor dia sendiri bergelumang tahi. Koi kenal sangat dengan pemimpin UMNO dalam Wilayah ni termasuklah yang Koi sebutkan nama di atas tu. Mereka ni sebenarnya dah jadi libaliti kepada UMNO. Mereka duk kejar jawatan kerana nak menyamun wang rakyat, nak bolot projek, nak tambah betina simpanan dan macam nak tambah lagilah..



Sepatutnya mereka ini merenung ke dalam diri. Bukannya duk jaja fitnah dan memfitnah orang sana-sini. UMNO harus dikembalikan kepada rakyat dengan penuh keyakinan, biar ada iltizam baru, Bukannya bercakaran sesama sendiri, sepatutnya bila ada yang menawarkan diri bertanding MKT, semua pihak bersatu memastikan kemenangan.